Hari ni dah 31 hb. Actually bagi blogger yang komited pada blognya, hari ni mungkin akan jadi hari paling sibuk berbanding hari-hari lain. Dan pada penghujung bulan ni lah blog masing-masing akan di siasat prestasinya. Jadi apa yang blogger boleh buat pada setiap 30 atau 31hb setiap bulan?
1. Tengok top comentator untuk bulan tersebut
Bagi yang belum pasang lagi widget top commentator ni bolehlah pasang. Berlambak tutorial kat google tu. Plug-in untuk wordpress pun ada. Rajin-rajinlah cari ye. Bagi yang dah pasang tu, korang buatlah satu entry yang menghargai top commentator ni. Ada beberapa kebaikan antaranya;
- bagi BACKLINK free dan commentator pun suka backlink free! Bagus untuk kesihatan pagerank blog kepada top commentator tu.
- eratkan silaturrahim. Lepas publis entry tu, gi ar terjah blog diorang dan bagitau yang dia jadi top commentator of the month. Mana tau lepas ni dia plak yang rajin bagi BACKLINK kat korang.
- dapat galakkan pembaca untuk tinggalkan komen. Kalau tak memberi, orang pun tak nak merasa. So fikir-fikirkanlah.

Top commentator Fitrihadi.com untuk Julai 2011.
2. Cash Out Earning Nuffnang atau Churpchurp
Bagi sesiapa yang rasa earning dia tu dah boleh cash-out (untuk Nuffnang kena lebih RM50 dan Churpchurp lebih dari RM100), time ni la nak cash-out sebab Nuffnang dan Churpchurp akan proses permohonan cash-out kita tu pada hujung bulan.
Tapi, kalau korang klik cash-out tu pada 1 hb, tetap korang kena tunggu sampai hujung bulan tu baru diorang proses. Dan sebulan lepas tu baru cek korang akan sampai. Kena pandai-pandai ar bajet masa nak cash-out. Salah bajet kang lari lak plan nak shopping. Jangan nak ‘cukur bulu’ makwe korang sudey. Tak jantan ar camtu :p

Baru snap je. Japgi b4 kul 12 nak cashout mengikut perancangan. Yeah!!
***Nak join Churpchurp tak? Isi je borang ni. FREE je. Pastu mula ar sebarkan iklan diorang thru FB dan twitter. Bayaran akan dibayar mengikut klik bersih sebanyak RM0.20-0.40 setiap klik. Mudah je kan? Lumayan lak tu!
3. Snap rekod visitor untuk bulan tersebut
Untuk siapa-siapa yang suka tengok prestasi blog diorang setiap bulan pasti akan snap statistik atau graf visitor blog diorang tu. Jadi boleh ar tengok pengunjung bulan ni merosot ke tak atau kena improve-kan lagi prestasi blog. Buat give-away ke, contest ke atau terjah menerjah ke. Ikut suka korang lah…

Rekod bulanan visitor Fitrihadi.com setakat hari ini.
4. Dating!
Err kalau takde keja sangat gi dating je la dengan suami atau isteri korang. Pastu update dalam blog. yeah!!! Heehee gurau je. Tak kisah ar hujung bulan nak buat apa pun, tanak buat tips ni pun boleh pun boleh. Yang penting korang happy2 je!

So selamat berhujung bulan dan selamat berpuasa nafsu! Peace!
_ _ _ _ _ _ _ _ _
Tahniah kepada yang memberikan komen pertama pada entry yang lepas;
kreatif daa…
~ cikguden


wahh..menarik tips ni..btw, tingginyer earning nuff..
blog saya xde earning camne nak cashout..hahaha..
nice blog bro..
takde earning takleh ar cahsout.. tak dapek eden nak nolongnya… hehe
Belum sempat buat ulasan prestasi blog. Bukan Jun sudah terlepas harap sempat untuk buat bulan Jul. Cemburu dengan prestasi trafik blog bro
wow.. bnyk duit tu.. nnti jgn lupa kalau buat contest ajak aku sekali yo.. hehe.. (lama x singgah blog ijo ni..)
insyaallah.. thanks sebab ingat aku lagi hihihi
aku pilih yang nombor 4 la..
haha no hal.. pastu share dalam blog boleh gak dapat trafik hihihi
nice info! Good earning!
thanks :)
yang lain dah buat tapi yang top commentors tu selalu nak pasang tapi tak jadi je.hahahaha. tak apa, nanti boleh cuba lagi.thanks.
ouh cuba ar letak untuk hargai pembaca.. hihi
wa.. ilmu lagii ni.. yes.. hehe
btw, aku yg ketiga top comenterator?? x perasan pulak selama ni.. hehehe
hehe tahniah bro! thanks gak sebab rajin menerjah blog ni. (^_^)
wow!!bnyknye nuff ko weh..huhu..
btw aku dpt no 2 top comentator bulan julai..yeay..
selamat berpuasa :)
boleh ar.. tu hasil bebrapa bulan baru boleh dapat banyak tu.. btw tahniah dan thanks banyak2 sebab rajin terjah blog ni :)
serius aku kagum…
boleh ar sikit-sikit :)