Jun 282011
 

Sebut je gasing teringat zaman sekolah rendah dulu. Sangup habiskan 2-3 ringgit semata-mata nak beli gasing untuk lawan pangkah dengan kawan. Yang paling best kalau tengok gasing kawan tu bercalar kena pangkah. Hahaha nakal siot time kesik-kecik dulu.

Tapi zaman sekarang ni gasing dah tak guna tali. Dia main tarik-tarik plak baru bleh pusing. Ala.. Gasing tu orang panggil beyblade ar. tanya adik-adik korang, diorang tahu ar. Tu gasing zaman milleneum. Zaman alaf baru. Then masuk tahun ni, Jepun buat gasing yang ada remote control pulak. Nama dia Super Control Beyblade. Canggih betul! Siap boleh kawal nak bergerak ke kiri atau kanan. Dan main pun dalam ‘belanga’ macam beyblade tu gak ar.

super control beyblade
Ni ar rupa Super Control Beyblade tu.


Cer tunjuk video bawah ni kat adik korang mesti diorang teruja. Super Control Beyblade ni kalau jual kat Malaysia, sah laku giler ni. Rasanya sikit masa lagi ada ar jual kat kedai mamak tu. Confirm!



P/s: Tapi, ada ke yang nak main benda alah ni. Rasanya budak-budak sekarang layan PSP je, tak pun layan PS3. Mana lah tak obesiti. Nak salahkan nasi lemak kantin lak…
(Visited 52 times, 2 visits today)
LIHAT JUGA:  Tablet 7 Inci Asus MemoPad Hanya Berharga RM499

Comments

    1. FITRIHADI says:

      a’ah… lepas ni cipta congkak ada remote control lak.. hehehe

  1. matjoe says:

    layan gak main gasing. btw my pr pon 4. tahniah utk kita semua

    1. FITRIHADI says:

      wahh cayalah! tahniah! memang berbaloi dengan usaha bro tu :)

  2. akubiomed says:

    Memang kreatif. Kalau masuk Malaysia confirm beli. :-)


LIKE KAMI DI FACEBOOK