Jun 072011
 

First time aku tengok preview Filem 3, 2, 1 Cinta ni rasa teruja gak sebab dah lama aku tak tengok filem yang ada tomboy berlakon. Naik superbike lak tu. Tambah-tambah, ada banyak gak unsur komedi yang aku perasan dalam preview filem 3, 2, 1 Cinta ni.

Thumbs up Pierre Andre yang berjaya bawa watak kelakar tu. Dan kalau korang nak tau yang jadi tomboy dalam filem 3, 2, 1 Cinta ni adalah Diana Amir. Wahh cam tak caya je aku yang Diana Amir tu boleh bertukar jadi tomboy. Cer tengok cer tengok..

poster filem 3, 2, 1 Cinta diana amir farid kamil bercium


Selain tu ada gak pelakon top lain seperti Farid Kamil, Pierre Andre, Mustapha Kamal, Sheila Mambo, Zila Bakarin, Ruzaidi Abdul Rahman. Hah mesti korang tertanya-tanya apa kes dengan Farid Kamil cium Diana Amir tu. Hah boleh tengok preview filem 3, 2, 1 Cinta ni kat bawah ni. Wuu panas…



Dan berikut adalah sinopsis filem 3,2,1 Cinta. Menarik gak untuk ditonton sebagai hiburan hujung minggu.

Apakah akan terjadi apabila nisbah perempuan lebih tinggi berbanding lelaki? Siti Aishah ataupun Sam(diana Amir) merupakan seorang perempuan yang berpewatakan kasar, tinggal bersama ayah dan adik tirinya selepas kematian ibu bapanya. Selepas beberapa kali bertukar universiti, Sam akhirnya memilih untuk melanjutkan pelajarannya bersama rakan baiknya Ayam (Pierre Andre).

Di sana, Ayam memomokkan Sam dengan artikel tesisnya iaitu ‘perempuan 37:1 lelaki’, menyebabkan Sam rasa tak senang duduk dan mula mencari jalan untuk mencari teman lelaki segera sebelum menjadi andartu. Sam secara tidak sengaja terlihat lelaki idaman remaja, Nazril (Farid Kamil) dan memutuskan utk memikat beliau. Malangnya Nazril tak berminat langsung dengan Sam dan rakannya, Ayam sendiri tidak menyokong usahanya itu. Namun ianya tidak mematahkan semangat Sam.

Adakah Sam, seorang perempuan kasar dapat memikat hati Nazril? Nantikan filem 3, 2, 1 Cinta di pawagam berhampiran anda Jun ini.

Tarikh tayangan dikhabarkan pada 16 Jun 2011. Ada lagi beberapa hari je lagi. So siapa yang support Farid Kamil atau Diana Amir atau Pierre Andree boleh gi tonton nanti. Sekadar hiburan hujung minggu. Aku tak sure lagi nak gi tonton ke tak. Tapi for sure aku akan gi tonton kalau ada orang belanja atau sponsor aku hehehe jangan marah ar…

P/s: Walaupun sekarang ni ‘perempuan 37:1 lelaki’, takde lak perempuan nak kat aku.. hahaha :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  17 Responses to “(Preview | Sinopsis) Filem 3, 2, 1 Cinta – Farid Kamil Cium Diana Amir? Wah hot!!!”

  1.  

    waahh cam best nak tgk tapi ummm xder mse ahh hukhukhukhuk

  2.  

    eh..skang ni btol ke ratio die gitu? gile ramai pompuan..huhu

  3.  

    tengok trailer macam best. suka la pulak tengok diana amir jadi tomboi. . .

  4.  

    oo..cam2 citer dia.. mesti dapat punya dia pikat laki 2

  5.  

    tgk trailer cam best gak..ntah ade mase ke x nak tgk…huhu..

  6.  

    best lah filem ini…………..

  7.  

    Filem ini setanding Lagenda Budak Setan tak?

  8.  

    awat den rase diana amir cam tak best jerk jadi tomboy?…

  9.  

    Apa pasal laaa kalau filem2 malaysia ske sngat letak tajuk perkataan CINTA. menyampah betul laaa
    cari lee tajuk lain plak. ni mesti filem david teoh.

  10.  

    macam best. ok..tunggu aje kuar kat pawagam..

  11.  

    boleh gtau x apa tajuk lagu tema 321 cinta tu. .sape penyanyi dier. .puas try search lagu tu x dp. .tmbah pulak x tau tajuk lagu tu. .please gtau klau ada sesapa yg tau. .tq. .

 Leave a Reply

(required)

(required)

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>