Jun 132011
 

Disebabkan laptop aku dah ‘period’. Cable pun rongak takleh guna dah. Tu tak cakap pasal performance lagi. Memang slow sungguh. Aku nak edit sekeping gambar tu pun rasanya cukup masa untuk berumahtangga serta dapat sorang anak. Adeh. Tu seentry haram pun takde update kat blog ni. Takpe sok atau lusa aku drive gi umah bapak sedara aku kat Shah Alam gi ambik PC aku yang power tu.

 

Ni aku update guna handphone ja. Nasib baik Nokia E63 ni ada wi-fi. Boleh tahan ar jugak nak online dan menaip ni.

 

Pernah dengar pepatah “Hangat-hangat taik kuceng ayam”? Kalau tak pernah dengar meh sini aku nak bagi korang pegang taik ayam tu. Baru tau taik ayam ni hot & spicy ke tak.

 

Biasanya bagi mereka yang tak matang, cinta ni hanya seronok apabila dikejar dan mengejar. Macam tackle bola ar. Time mengejar tu syok habis sebab yang penting nak dapatkan bola tu. Tapi bila dah tackle, yang menackle dapat kad kuning dan yang kena tackle diusung keluar dari padang sebab injured. Dapat bayang tak?

 

Aku pasti korang semua pun hadapi benda yang sama. Semua dah rasa sesi tackle-menackle ni. Sanggup buat macam-macam demi mengejar bunga yang sekuntum tu. Sanggup minta duit dari mak sebab nak topap, malam nanti nak gayut dengan si dia sampai pagi. Tu salah satu contohnya lah. Kalau korang ada pengalaman tackle-menackle ni leh ar cita kat ruangan komen di bawah ni.

 

 

Tapi perasan tak remaja biasanya bercinta hangat-hangat taik ayam je. Awal-awal je hot & spicy. Pastu lama-lama busuk gak. Sebab apa? Sebab time ni diorang tak matang lagi. Just fikir nak seronok je. Bila bercinta boleh pegang-pegang. Boleh peluk-peluk. Boleh raba-raba. Tu baru sesi menghampiri zina. Bila dah lama-lama, mula ar ‘body ku body mu jua’. Aiyakkk…

LIHAT JUGA:  (Gambar) Notis Larangan Melancap Di USM?

 

Nak kekalkan cinta? Tak susah pun. Tetapkan matlamat dan perancangan dalam perhubungan then semuanya akan berjalan dengan lancar. Suatu perhubungan tu akan kekal kalau ada satu matlamat yang jelas iaitu perkahwinan. Tapi kena usaha ar untuk mempertahankan cinta korang tu.

 

Tak kisah ar kalau korang masih bersekolah pun tapi dalam hati dah pasang niat nak kahwin dengan si dia. Tak salah pun. Bila ada matlamat baru boleh kekal dan ada usaha untuk mempertahankan hubungan tu tak kira apa pun yang terjadi. Yang jadi masalahnya bila matlamat dalam perhubungan tu tak jelas dan tak pegang dengan kukuh, tu yang terburai habis tu. Alaa dah jumpa yang lagi best takkan tak tergoda kot. Ni sah-sah ikut pepatah ‘buang yang keruh, ambil yang jernih’. Pantang nampak yang segak, muka kacak macam Shah Rukh Khan atau muka cun macam Lisa Surihani sikit, mula ar nak menggatal macam kena miang buluh. Yang duduk kat sebelah tu pun ditinggalkannya. Last-last habuk pun tarak…

 

Eh jap jap. Pernah dengar ‘matlamat menghalalkan cara’? Hah ni ungkapan yang menunjukkan benda tu HARAM sebenarnya. So kalau matlamat korang berdua adalah berkahwin, tak semestinya korang dah boleh ehem ehem macam orang dah kahwin tu. Tolong jangan mabuk nak kahwin je. Sila berusaha dulu untuk kahwin. Then malam pertama tu baru fikir nak buat camna. Erkk… Terlebih suda.. Haha..

 

Rasullullah pernah berkata, pilihlah pasangan hidup itu dari 4 perkara; agama, keturunan, harta dan paras rupa. Jika agama yang jadi keutamaan maka itulah pilihan yang terbaik. Peace :)

 

P/s: kalau ayat aku merapu tu sorry ar. Aku update pakai phone ja ni. Bosan tatau nak buat apa. So hentam je la hihi

(Visited 16 times, 1 visits today)

Comments

  1. Amir Izzat says:

    erm..itulah matlamat aku.. menuju ke arah perkahwinan… Sekiranya kita ada hala tuju, maka kita akan berusaha untuk menjayakannya….terima kasih!!!

  2. Wuucin Kimora says:

    yer…cinta berlandaskan nafsu xkekal lama :)

  3. INA says:

    Tulahh, macam2 skarang. Cinta sejati pyah nak dpat.

  4. mushroo says:

    budak2 zaman skg ni an.. memang teruk la.. malu kat dorang.. selamber badak je wt benda2 haremmm

  5. wei, apsal update pakai phone boleh taip panjang ni? :p

    matlamat tak menghalalkan cara, tu termasuk dalam kaedah fikh

  6. Puteri Balqis says:

    Bukan senang nak dapat orang yg betul2 cinta sejati, ramai yg jenis cinta harta paling ramai….

  7. akubiomed says:

    Cinta Monyet boleh dipanggil Cinta tahi ayam?

  8. titan says:

    awat ramai benor buat entri pasal cinta nih..

  9. yaya says:

    kesabaran tu pun penting. nice entry. :)


LIKE KAMI DI FACEBOOK