Tunaikan ibadah korban anda secara online. Tarikh tutup: 30 Sept 2014


Jun 022011
 

Adinda evans…Inilah nama empunya badan yang aku nak ulas sikit.. Dah jadi trending di twitter yang mana sorang girl ni iaitu Adinda Evans yang memang kontroversi habis. Ceritanya bermula apabila si Adinda Evans ni dia buat entry dalam blog dia dan mengaku dia takde dara.

gambar entry adinda evans
Sumber: Kesah ape aku bukan virgin (ada selagi masih belum di-delete)

Well bagi aku, apa yang nak dihairankan. Aku pernah baca kajian sebuah universiti di Malaysia menunjukkan ramai pelajar sekolah atau remaja Malaysia yang dah melakukan hubungan seks sebelum nikah. No wonderlah..

 

Bagi aku, remaja tak kiralah budak universiti ke, lelaki ke, perempuan ke, tetap dia tu seorang manusia yang ada akal dan nafsu serta berisiko tinggi untuk hanyut dalam noda-noda dosa dan maksiat. Inilah realiti zaman sekarang. Memang terjadi pun benda ni.

pasangan suami isteri kahwin cium dahi
Islam itu indah jika diamalkan dengan sebenar-benarnya…

Bukan aku nak bukak pekung siapa-siapa. Tapi inilah realiti remaja zaman sekarang. Walaupun bertudung, walaupun berpelajaran tinggi, walaupun ada jawatan dan nama baik, tapi dalam diam, belakang kita, dia masih manusia yang lemah dengan tipu daya syaitan dan nafsu serakah. Kalah di dalam godaan yang dicipta oleh mereka itu sendiri.

 

“Kahwin itu umpama payung. Ia melindungi kita dari ditangkap basah. hihi…”

 

Kepada Adinda Evans dan korang semua, aku tak kisah korang nak bermaksiat atau ‘bermain’ sepuas-puasnya. Aku tau kubur masing-masing. Tapi sebagai umat Islam kenalah saling tegur-menegur. Aku tak boleh ubah korang. Yang boleh ubah hanyalah tuan empunya badan tu. Kan kan??

 

Seriously, aku ni menegur ar jugak dalam diam-diam ni. “Demi waktu, Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan berbuat kebaikan, dan saling menasihati untuk kebenaran, dan saling menasihati untuk kesabaran. – Surah Al-Ashr “. Peace!!

 

P/s: Betul ke masih ramai antara kita yang hanya Islam pada nama?? Solat entah ke mana?? Maksiat menjadi teman setia?? Oh dunia dunia…

Comments

  1. restu resort says:

    jgn biarkan syaitan bermaharajalela..

  2. Oh. Tapi aku masih teruna. Damn! Hahahaha.

  3. motte says:

    Masalah dia ni sebab dia pergi cerita benda tu di blog. Memang tak dinafikan berlambak permpuan lelaki tak dara teruna dah. Isu nya ialah dia buka aib dia sendiri. Benda macam ni bukan ke kita patut diam diam je. Cerita di blog macam tu, dengan exposed lagi gambar muka dia , duduk mana semua, dengan mudah je orang tahu dia siapa, agak melampau. Kalau blog tu anonymous boleh faham la juga. Malu.

  4. Aya Ariel says:

    budak2 sekarang dah makin berani + melampau!!

    1. FITRIHADI says:

      dunia dah akhir zaman.. nak buat camna…

  5. remina says:

    allah… elak kn berkapel.. tumpu kn pd perkara yg berfaedah..insyallh..

    1. FITRIHADI says:

      a’ah..itulah yang terbaik..kan kan

  6. santet meleweyh says:

    nie laa stu2 nye blog yg aq suke….
    bkn ape,sume blog madah nk kutok adinda evans uh jep…
    da npe an???
    sume org ckp sal maruah,sal bangsa,sal agama dgn maki hamun org yg wat slah…
    hahahaha…
    agama mne yg mnyuruh umatnye mencaci??
    bangse mane yg mmbudayakan maki hamun??
    btol x??
    islam sendiri mmberitahu bhwa ade 3 care mnasihati..
    1.nasihat dgn tangan
    2.nasihat dgn mulot
    3.nasihat dgn hati..

    kte xmmpu nk nasihat dgn tgn,kte gne laa mulot…tp bkn dgn care maki hamun…
    nme pown nasihat,msti laa dgn sopan,brdpan…
    kalo da xbley sngt,nasihat dgn hati…
    iaitu mnasihati diri sndri agar xwat bnde yg trlarang…

    p/s:kte mati mg kubor laen2,tp bkn kte sndri yg gali n bce talkin…de org laen gak yee…
    hehehe..

    1. FITRIHADI says:

      thanks for the support :)
      Apa pun setiap perkara tu tak perlulah dilihat dari sudut negatif..

  7. Fifie says:

    Knp ramai yg ktuk Adinda Evans tu? Kn lbh baik nasihatkan dia supaya dia berubah. Klau setakat ktuk je, x de beza pun sebab sama2 buat dosa. Yg sorang buat hal n yang lain mengutuk. Better duduk diam je. Semua manusia buat silap tapi antara kita sedar atau tidak (mcm penceramah plak hahaha). BTW jgn lupa kunjungi my blog : fifieatyra.blogspot.com (sempat plak nak promote) hehehe…

    1. FITRIHADI says:

      A’ah kengkadang nak kutuk rasa tak patut lak sebab siapa lah diri kita ni… cuma selalu beringat je la supaya tak buat benda-benda yang tak senonoh tu…

  8. Izwan says:

    perlu perbanyakkan lagi program2 untuk belia yg lebih bermanfaat sekarang ni.. nak tahu camane generasi masa depan kita nanti,tengok dulu generasi belia sekarang..itu jawapannya.. semoga mereka2 yg telah terlanjur kembali ke fitrah sebenar..

    1. FITRIHADI says:

      a’ah sekarang ni ramai remaja yang buta agama.. kesian gak kat diorang.. takut kot tak sempat nak taubat..

  9. hafizmd says:

    moga kita sama2 berdoa moga kita sentiasa menjadi lebih baik dari semalam…insyaAllah

    p/s-maruah kelaurga ttp juga kena jaga..

  10. naqib says:

    btol jugak jgn smpai mngganggu ketenteraman.. tetapi lebih baik ape pon jgn buat sbb bile mati atau sdg buat maksiat tetiba mati, kan dh mnyusahkan kite.. so kite cume menasihati je lah.. sdgkan rasulullah semulia2 nabi dan rasul dan dalam kalangan manusia pon cume menasihati dan memberi amaran terhadap manusia2 ingkar ingat tentang azab Alla S.W.T…

  11. daimpressive says:

    pergh, aku baru tau cite ni. dahsyat, laknat dunia ngaku zina terang2