May 082011
 

Apa yang aku nak kongsikan ni hanyalah dari segi iklan. Bukanlah nak kena guna skill coding tahap Super Saiya ke 3 ke apa. Kalau korang perasan dah sebulan aku pasang papan iklan kat dua-dua belah header tu. Selain nak cuba, aku juga cuba buat eksperimen dengan earning aku. Kalau korang perasan dalam entry ‘Bila Churp Churp Akan Update Earning Korang?‘ aku ada mention earning aku masa tu adalah RM77 je.

Sekarang lepas sebulan entry tu dikeluarkan, earning aku dah capai…

image gambar earning churp churp
Yupp Strategi aku berjaya!!!


Okay ar dari dulu sebab dulu earning churp-churp aku memang lambat nak bergerak. Sekarang dalam seminggu nak dapat RM10-20 pun dah senang je. Aku harap lepas ni makin cepat bertambah ar. Dah ar kos hidup kat universiti macam empangan pecah je. Laju je duit tu keluar. Adeh.

Jadi, camna caranya nak dapatkan klik dan earning yang bersih tanpa bersusah payah??? (untuk iklan kat blog je. Kalau spread guna FB atau twitter tu lain cerita ar…)

1. First sekali pastikan blog korang ramai pengunjung. Tak susah pun kan benda ni. Buat je entry pasal artis berduyun-duyun yang akan masuk blog korang.

2. Bila dah ramai pengunjung, barulah kena buat diorang klik iklan korang. Tips pertama dari aku, kalau boleh korang jangan letak iklan yang berlainan lebih dari satu. Kalau boleh dalam seminggu tu korang fokus untuk satu iklan je. Pengunjung takkan klik iklan korang kalau kotak iklan tu berlambak-lambak bermacam jenis macam takde nilai je. So pastikan iklan churpchurp korang ada satu atau sejenis je, baru nampak ekslusif dan profesional.

3. Iklan ni umpama memancing. Korang pancing pakai umpan kan. Jadi kalau umpan dah lama dalam air, apa kita nak buat? Mesti lah kita tukar umpan kan. Hah camtulah iklan churpchurp ni. Korang kena tukar tiap-tiap minggu supaya orang yang dah klik boleh klik iklan lain plak. Biasanya tempoh kempen iklan churpchurp ni tahan seminggu je sebelum earning tu diagih-agihkan sampai habis. So korang kena ar selalu cek kat web churpchurp tu tengok iklan yang korang tempek tu masih available atau dah tamat tempohnya.

4. Ni tips nak join atau pilih kempen iklan churpchurp tu. Pastikan dia punya reward tu masih banyak lagi. Ini untuk elakkan tempoh available tu jadi pendek. Selain tu korang kena pastikan juga jenis iklan tu apa kelebihannya. Tolong kaji betul-betul iklan tu kalau korang nak iklan korang di klik. Japgi aku cerita kat bawah apa yang aku buat dengan hasil kajian tu.

Dan kalau korang perasan, churpchurp ni ada dua jenis earning. Pertama, earning per click dan yang ke dua earning per deal. Yang lumayan of courselah earning per deal. Tapi korang perasan tak, ada ke kawan-kawan korang nak deal melalui iklan korang tu. Susah beb. Jadi, lebih baik fokus kat earning per click je. okay???

5. Ni pasal hasil kajian tadi. Apa yang korang kena tau adalah ‘apa akan jadi bila kita klik’ dan lagi satu ‘ apa ganjaran yang kita dapat bila kita klik/join suatu program dalam iklan tu’. Bila korang dah dapat jawapan kepada soalan tu tadi barulah korang boleh design iklan atau bagitau diorang point-point yang menarik tu. Yang pasti lagi besar ganjarannya, lagi besar daya tarikan yang buat pengunjung untuk klik iklan kita. Trust me.

6. Erm nak cerita apa lagi ye? Kalau korang ada lagi point yang menarik boleh kongsi di ruangan komen di bawah. So takdelah tips ni ada 5 je. ye tak? Sharing is dapat pahala tau.. hehehe..

So selamat berchurp-churp!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  34 Responses to “Rahsia Aku Dapatkan Klik Yang Bersih (Untuk Banner Iklan ChurpChurp) | Senang Dapat Earning”

  1.  

    bagus tips nie… leh lah ikut… rajin2 lah jengah blog saya ek.. recently baru je dapat top commnetator award dari blog redmummy.com

  2.  

    Banyak membantu~

  3.  

    eh nak tanye boleh,,saya nie tak pandai nak pasang iklan churp churp kat blog..Boleh tolong ajarkan saya….????please

  4.  

    cmner nak guna churp nie

  5.  

    cmner nak gune churp nei..anyone please help me…

  6.  

    Alhamdulillah saya dapat RM36.xx setakat 6 hari baru join Churp Churp ni… Jeles tengok orang lain leh dpt banyak huhu

  7.  

    thanks untuk info berguna, hope boleh jadi rakan blogger

 Leave a Reply

(required)

(required)

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>