May 272011
 

Beberapa hari lepas aku dengan penuh ‘down to earth’nya telah ajukan satu soalan dalam Fan Page Fitrihadi.com yang berbunyi;

terima lelaki hodoh cinta pakwe


Ye la. Aku ni nak kata ada makwe tu memang ada. Nak kata takde makwe pun boleh kata takde gak. Sebab pe kitorang dah dua tahun tak jumpa sebab jauh. Lagipun si dia tanak nanti kitorang buat dosa lagi masa gi dating. Cukuplah saat-saat semasa masih berjiwa ‘baru kenal dunia’ tu.

Berbalik pada soalan cepumas tu, actually masa aku tanya tu, aku ada mood swing sikit sebab bosan dan alone. Tu yang keluar soalan pelik-pelik tu. Dan yang lagi peliknya, ada lak 3 gadis cun dan comel yang sudi jawab soalan aku tu. Yang pertamanya dari;

Farhanah Ahmad ;
terima cinta lelaki hodoh pakwe

Aku suka dan support dengan kata-kata si Farhanah ni. Ye la kalau korang hodoh, senang sikit nak tengok si dia tu ikhlas ke tak sayangkan korang. Takdelah nanti sayang sebab muka lawa je. Kalau dah tua, kerepot jugak muka licin korang tu. Takde guna korang nak iron muka korang masa tu sebab dah takleh berubat dah.. hehehe…

Komen kedua datangnya dari sedara;

Dayah Ramli ;
terima cinta pakwe lelaki hodoh

Erm si Dayah ni macam alone je. Tapi takpe ar sebab dia ada kengkawan yang happening. Good for you! Dan memang betul kata dia X-Factor setiap orang tu berbeza. Kalau sama je kang ramai pulak yang datang mengorat. Kan kan.. hihi

Dan komen ketiga adalah dari;

Masturah Idrus ;
terima cinta pakwe lelaki hodoh

Wahh ayat.. ni yang buat aku cair ni… jom-jom kita gi tengok wayang, piknik kat tepi pantai ke atau makan seafood.. hahhaa! Gatal… tolong garu jap :p

Pada pendapat akulah, tak semua lelaki kacak tu baik dan tak semua lelaki baik tu kacak.. so fikir-fikirkanlah. Kita hidup ni sekali je. Takde ulang-ulang dah. So, better kita jadi yang terbaik dan bercintalah ala kadar je sekadar memberi semangat untuk hidup sebagai manusia yang inginkan teman. Dah kahwin baru boleh bercinta bagai nak rak. Ini yang aku nampak, terbalik lak. Sebelum kahwin romantik habes tahap gaban. Bila dah kahwin, jalan sama-sama pun tak mau dah.. adeh…

So, kalau korang, korang nak jawab pe? Apa yang buat perempuan tu tertarik kat lelaki yang tak kacak macam… aku ni? Cer cite cer cita…

(Visited 61 times, 1 visits today)
LIHAT JUGA:  Rakyat Malaysia Mempunyai Minda Kelas Ke-3 Dan Mudah Dipengaruhi???

Comments

  1. Salam… “cantik”, “handsome” bla bla bla tu semua is in the eye of the beholder. Maknanya pada mata yang melihat. Dan org yg melihat tu punya taste berbeza2.. tak semua sama. Jadi kalau awak kata awak “hodoh”.. dari pandangan siapa awak melihat definisi “hodoh” tu?

    Akhirnya back to square one… manusia semua sama je, yg buat mereka cantik dan handsome adalah kombinasi pelbagai perkara.. selain wajah, badan, gaya, attitude, minda juga diambil kira. Ada wanita yg rasa lelaki yg bijak tu sangat handsome.. ada wanita yg rasa lelaki yg pendiam dan lurus bendul tu la yang handsome.. so.. cantik, handsome is very subjective.. mcm yg atas tu… is in the eye of the beholder. Okeh dik.. jangan emosi2 ok. Hehe.

  2. aiza says:

    secara jujurnya… aiza x suka lelaki handsome..
    tgk suka lah… nak buat pasangan.. ermmm kalau boleh elakkan… hehehehehe

  3. Amanda says:

    hm..actually ada btulnya ckp2 tu. Mungkin org yang merasa lebih mengetahui. Mcm adik perempuan sy, dia tergolong antara gadis yang sangat cantik la..lengkap paras rupa dan baik..hehe (puji adik sndri :P) since sek rendah smpaila msuk universiti. ramai gak lelaki yang suka kat dia, semuanya hensem2 smpai buat saya cair~~ tapi dia kwn jek dgn suma konon kata tak cukup hensem.

    tapi ending episod love life dia..dia pilih lelaki yang kureng hencem skit for her future husband. Bila sy tnya kenapa pilih dia, dia kan tak hencem? adik saya kata, sebab dia sangat baik dan sayang angah dgn jujur. See..lelaki kacak2 mmg susah nak cari yang jujur..which is true..sbb wlaupun tgh couple dgn adik sy..sumtime lelaki2 kacak tu msih usha aweks len..ceh..

    Just for sharing :P

  4. nobitasensei says:

    cari yang berIMAN.

  5. Piston Pecah says:

    ehem2… aiza…
    saya pon tak hensem sgt…cubalah try..ehem2..errr..

    1. FITRIHADI says:

      ehem ehem.. jual minyak nampak haha :p

  6. nana says:

    huhuhu btol2 nana pon asyik2 knl ngan ore encem semuanyer hampeh prsn dier bgus sgt~tapi xsemestinyer owg ugly xleh jdik encem…huhuhuh klu bergaya pandai jage diri bersih dan baik insyaALLAH~JODOH pasti yg lawa huhhuhu so owg2 yg ugly nieh xyah risau selalunyer pasti kamu akan dpt jodoh yg luar dijgkaan kamu uhuks~so jgn down sgt utk owg2 ugly..kamu kena fikir sehodoh2 kamu aderlah scntik2 makluk yg dicipta oleh ALLAH S.W.T..so dlm muka bumi nie xder yg hodoh manusia aderlah yg tercantik n lengkp..

    1. FITRIHADI says:

      a’ah betul tu.. lagipun orang yang segak-segak ni mesti ramai yang dok kacau tak kira ar lelaki atau perempuan. Kalau tak matang, memang mudah tergoda ar.. so jalan selamat better pilih yang sedang-sedang je..

      thanks for the words tu. Suka dengan ayat “sehodoh2 kamu aderlah scntik2 makluk yg dicipta oleh ALLAH S.W.T..so dlm muka bumi nie xder yg hodoh manusia aderlah yg tercantik n lengkp..”

      :)


LIKE KAMI DI FACEBOOK