Featured

(Video) Hukum Main Alat Muzik Gitar oleh Ustaz Dat

Ingat lagi bila Ustaz Azhar Idrus bermain gitar pada malam sambutan tahun baru 2012 yang lepas? Apakah hukum bermain alat muzik seperti gitar dan seruling?     Ikuti video ulasan dan jawapan

Read More
(Video) Hukum Main Alat Muzik Gitar oleh Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man

(Segmen) Bagaimana Akhirnya Saya Bertudung?

First of all, segmen atau entry ini bukanlah nak mengatakan saya ni bertudung. Atau menunjukkan saya ni wanita. Jauh sekali maknanya tu. (Saya ni lelaki tulen, ok! Hehe..) Di sini saya nak berkongsi k

Read More
(Segmen) Bagaimana Akhirnya Saya Bertudung?

(Artikel) Kisah Gadis Cina Loo Jo Yee Mendapat Hid

Tahniah kepada seorang gadis cina bernama Loo Jo Yee yang berjaya mendapat hidayah Islam.       Artikel kisah beliau ni aku dapat dari facebook dan mungkin boleh menjadi inspirasi kepad

Read More
(Artikel) Kisah Gadis Cina Loo Jo Yee Mendapat Hidayah Islam

(Video) Mas Kahwin & Hantaran Tinggi Melangit

Baru-baru ni tersebar di alam facebook dan twitter tentang Nilai Hantaran Kahwin Mengikut Harga Purata Terkini dan Status Pelajaran di Seluruh Semenanjung Malaysia iaitu :   UPSR, PMR/SRP: RM1,00

Read More
(Video) Mas Kahwin & Hantaran Tinggi Melangit Tapi Pengantin Perempuan Hampeh.. Berbaloi ke??

(26 Soalan) Ustaz Azhar Idrus Di Masjid Shah Alam

Siapa yang pergi sesi kuliah maghrib khas bersama Ustaz Azhar Idrus semalam (29 Januari 2012) di masjid Shah Alam memang beruntung dapat tambah ilmu dan keberkatan dari Allah.     Ada 26 soa

Read More
(26 Soalan) Ustaz Azhar Idrus Di Masjid Shah Alam 29 Januari 2012


...........................................................

(Fit-Says) Sosialiti Blogging Dan Pendidikan Yang Semakin Merudum? | Cara Hargai Pembaca Korang

by

Pelajar Kita Yang Semakin Kurang Ajar

Aku pelik dan terkedu jap. Sebab baru-baru ni aku terbaca “Seorang guru cedera ditumbuk pelajar“? Woo menakutkan. Gila ke apa budak-budak zaman sekarang ni? Diorang memang dah tak tahu hormat orang ke?

Of course dalam arus pembangunan dunia tanpa sempadan ni semestinya budak-budak zaman sekarang terdedah dengan aksi-aksi ganas, gejala sosial dan mudah jadi nakal. Dan kita golongan dewasa ni semakin terbeban untuk mengajar dan membuang pengaruh serta jajahan minda barat yang berpunca dari TV dan internet.

otak pelajar blogger takde akal
Ini kot otak pelajar-pelajar yang kurang ajar tu..


Apa pula dengan sosialiti blogging??

Firstly, ini aku nak komen pasal blogger melayu Malaysia. Not all Malaysian blogger sebab aku tatau apa issue yang melanda blogger chinese. I think they’re ok kot..

2011 – mungkin aku boleh katakan hampir separuh dari jumlah penduduk di malaysia ni adalah blogger. Jadi, bayangkan kepadatan yang berlaku akan terjadi persaingan untuk menempa nama sebagai blogger terbaik. Dan terbaru, aku dengar ada beberapa suara mengatakan “blogger popular tak layan blogger newbie” lah.. dan macam-macam lagilah yang sewaktu dengannya..

Memang aku kecewa sikit dengan suara-suara tersebut. Sebabnya sama macam kes guru ditumbuk tu. Apakah blogger-blogger kita dah hilang penghormatan kepada blogger yang lebih berpengalaman darinya? Apakah dengan suara-suara tersebut dapat meningkatkan harga diri sebagai seorang blogger?

Korang kena faham, blogger otai atau famous ni, dah berusaha sedaya upaya untuk naikkan jenama blog diorang. Semua ada style masing-masing. Dan masing-masing dah berada di level tertinggi yang mana diorang memerlukan usaha yang keras untuk menempa nama di mata dunia blogging. Dan jangan kita lupa diorang pun ada kehidupan sendiri. Tak 100% diorang nganga depan komputer untuk berblogging. Jadi, tak perlu harapkan layanan terbaik dari diorang. Anggaplah diorang ni macam guru yang boleh dijadikan rujukan. Bukan sekadar mamat tepi jalan yang boleh say hi camtu je..

Tapi, tak salah kalau korang nak cuba berkawan dengan diorang. Cuma pastikan kena caranya. Jangan plak bila diorang tak layan, korang dah emo seribu air mata. Cuba ar lagi sampai dia layan korang. Support blog dia. Means selalulah backlink ke blog dia. Tak pun kalau susah sangat, usaha jadi top commentator blog dia pun jadilah. Of course dia akan mula hargai korang..

Serius aku cakap dalam dunia blogging ni kalau takde kreativiti, takde keunikan tersendiri, takde sesi pembelajaran berterusan memang korang akan tersungkur.

Berdikarilah yakni berusaha belajar sendiri ilmu blogging tu untuk capai impian yang korang nak. Aku tak tahu impian korang.. Mungkin korang nak ada blog yang popular. Mungkin, nak ada visitor bak empangan pecah. Atau nak ada follower mencecah ratus ribu. Terpulanglah pada niat korang, tak salah pun semua tu asalkan korang rajin mencari dan belajar ilmu blogging tu sendiri mesti korang boleh capai.

Cara Hargai Pembaca Blog Kita

Dan kepada yang rasa dia tu blogger otai/popular atau siapa-siapa saja yang ada blog, hargailah readers korang. Tak susah pun. Ni antara yang aku belajar dari blogger otai yang sebetul-betulnya jaga hati readers diorang (Disebabkan blogger otai ni sibuk, ini je cara diorang nak hargai korang. Korang yang newbie tu kena ar faham) :

1. Tiap-tiap hujung bulan buat review top 10 commentator. Paling koman pun kalau takde review tiap hujung bulan tu, just letakkan je la widget top commentator tu. ++Pastikan nama admin/korang tu tak termasuk dalam senarai tu.

2. Kalau rasa malas nak reply komen visitor, just terjah dan spread their entry yang agak-agak best. Itu lebih dari appreciation kan.. tak kira lah retweet atau fbshare.. Dan yang paling readers suka adalah bila korang pun komen dalam blog diorang.. kalau malas gak, just say ‘Hi’ in their shoutbox. Appear yourself, kalau tak, mulalah ada yang merungut “E’eh peramah sungguh blogger pujaan aku ni!” kata Rebecca Black sambil beraksi seperti pelakon Oh Yeah yang Sentap ni..

3. Pasang plug-ins Commentluv (untuk blogger wordpress) sebab menatang tulah penambah semangat para readers korang untuk bagi komen. Kalau korang tak pasang, umpama masuk kedai makan yang ada meja tapi takde kerusi. Kan kan?

4. Buat seberapa banyak giveaway atau contest yang korang mampu. Walaupun hadiahnya just pengiklanan di blog korang selama sebulan itu, dah cukup untuk reader blog korang. Tu untuk yang tak berduit lah.. so be creative. Kalau ada rezeki lebih, go on, buat contest yang ada ramai pemenang.. baru meriah blog korang.. dan readers pun makin sayangkan korang..

5. Letak juga recent comment supaya blogger rasa dihargai bila komen diorang muncul kat sidebar blog korang.. Of course lah sebab ada link ke blog diorang..

“Jangan tanya apa yang dunia blogging boleh lakukan untuk korang tapi tanya apa yang boleh kita lakukan bersama-sama untuk dunia blogging.” – Fitrihadi.com

erm tu je luahan aku tentang apa yang berlaku baru-baru ni. Dah lama aku tak menulis dari hati ke hati dan panjang berjela macam ni.. kalau ayat aku merapu tu aku mintak maaf ar. Apapun hidup tak perlu ar serius sangat. Chill la beb!

Pasal komen tu memang aku dah jarang balas sebab takde masa. Cuma aku balas komen yang bertanya je la.. Kalau komen yang “haha memang kelakar ar.” atau “Perghh ini dah macam ayam belakang umah aku je”, memang aku angguk je la.. dan lepas tu aku terus terjah blog korang bila ada masa. Minggu ni minggu terakhir semester ni. Memang busy skit dengan project dan presentation. Dan penulisan atas ni dah lama aku tulis. Kalau tak publish kang berulat lak dalam draft tu..

See ya when I see ya!

P/s: “Perkara Yang Aku Perasan Tentang Orang Famous

Related Posts with Thumbnails

37 Comments

  • rina

    17/04/2011

    sebenarnya kan, penting sgt ke blogger famous kena komen blog kita????????? kenapa dgn blogger famous tu???kenapa mesti blogger famous yang kita mahu dia komen kat blog kita????kenapa????habis tu readers yg baca blog kita????wut happen???mereka xlayak???

    hahahahah

    • FITRIHADI

      19/04/2011

      ermm ntah le cik rina oi.. diorang yang merungut dahagakan kehadiran blogger famous..yang dikejar tak dapat, yang dikendong jatuh berciciran..

  • raihana rahman

    16/04/2011

    betul tu. skrg nie bnyk org suke hentam org dlm blog. aishh apelaj =,=’

    • FITRIHADI

      19/04/2011

      ermm ntah.. cari publisiti murahan kot…

  • MDHAFiZ.NET

    15/04/2011

    bila lg nak sampai ke tahap tu..adehh.. :)

    • FITRIHADI

      19/04/2011

      takpe..slow-slow ar bro..

  • akubiomed

    15/04/2011

    Banyak lagi saya perlu belajar mengenai dunia blogging kerana blog pun belum capai 1 tahun lagi
    akubiomed recently posted..Hantu Kak Limah balik RawangMy Profile

    • FITRIHADI

      19/04/2011

      takpe..slow-slow ar belajar.. insyaallah nanti bro boleh capai impian bro :)

  • tengkorak emas

    14/04/2011

    secara jujurnya aku tak tau nak komen apa, sebab semua yg dikatakan adalah benar sama sekali, dan pastinya aku lebih memfokuskan untuk memotong bro akubiomed yg telah meninggalkan aku jauh..
    tengkorak emas recently posted..Sorry- your dream crushedMy Profile

    • FITRIHADI

      19/04/2011

      thanks sebab support entry aku ni :)

  • nescafe_ais

    14/04/2011

    nice la..ada betul jugak…

    Kebenaran Disebalik Industri Daging
    nescafe_ais recently posted..MalaysiaKinicom Kena HackedMy Profile

  • decrewz

    13/04/2011

    Walaupun blog Jai tak popular, nak jugak buat review, tapi selalu terlepas ujung2 bulan disebabkan urusan kerja, inikan pulak blog yang dah popular kan.. Mentaliti rakyat malaysia ni lain sikit kot, asal x layan dikatakan sombong, ssh sgt nak fikir positif.. Kalau org kata kita bodoh, cuba berfikir dari sudut positif, ada sebab kenapa sesetengah ayat itu diucapkan atau ditulis.. papepun, great opinion bro… Kapidup..
    decrewz recently posted..Tarikh Peperiksaan UPSR- PMR- SPM- STAM- STPM- MUET 2011My Profile

    • FITRIHADI

      19/04/2011

      ermm mentaliti yang tak patut ada dalam diri blogger.. thanks sebab support this entry :)

  • adie

    13/04/2011

    fit.. layan la aku.. kalau ko xlayan aku ko adalah blogger yg sombong.. layan nafsu aku cepat.. hahahahahaha
    adie recently posted..Laporan Buat Duit ClickbankMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Subscribe!

Enter your email address:

Sementara Itu…

..............................
BHO Malaysia Top Site Ranking