Apr 092011
 

Gempak habes.. Sampaikan meja komputer aku ni pun bergegar hasil penangan aksi-aksi dari filem terbaru arahan Syamsul Yusof ni. Perghh siapa yang jenis teruja atau ghairah nak tengok filem penuh aksi, belasah orang, tendang-menendang dan tumbuk menumbuk, hah ni ar masanya korang nak gi terjah pawagam, beli tiket filem KL Gangster ni dan bersedia untuk dibelasah sorang-sorang.. haha…

Terbaik tu aku tengok preview filem ni.. sistem bunyi pun bukan main meletup lagi. Dan barisan pelakon dalam filem KL Ganster ni terdiri dari Aaron Aziz, Syamsul Yusof, Zizan Raja Lawak, Adi Putra, Zul Huzaimy, Sheera Iskandar dan Ridzuan Hashim. Semua hero gempak-gempak tu bro…




Aku rasalah.. prinsip hidup Syamsul Yusof ni.. mungkin lah…dia fikir ‘Kalau nak buat filem aksi, baik buat aksi betul-betul.’ Sama macam filem khurafat tu ar. Sama kot prinsip dia ‘Kalau nak buat filem hantu, baik buat filem hantu betul-betul’. Ni pendapat aku ar.. sebab tu filem dia gempak-gempak je.. Betul tak bro Syamsul?? hehehe

Ok bro.. Nanti 9 Jun 2011 aku terjah pawagam dan bersedia untuk dibelasah dalam panggung tu selama lebih sejam hehehe…

P/s: Apa korang ingat aku baik sangat ke.. Aku ni jahat dan kejam siot.. Kalau korang nak tau, aku dah bunuh 3 ekor nyamuk malam tadi.. hah takut tak?? takut tak??
(Visited 15 times, 1 visits today)
LIHAT JUGA:  (Gambar) Segak Sungguh Zizan Raja Lawak Bergambar Bersama Miera Leyana Kasmi Dan Superbike Kawasaki!!

Comments

  1. pergh, mantap gile stunt diorang. kena tengok ni.

  2. Adha says:

    ada Aaron Aziz,Zul Huzaimy ngan Zizan…kompem mantap citer dia kali ni..

  3. matjoe says:

    ahaha, still x minat syamsul nyer lakonan yang kayu

  4. tips-kurus says:

    kejam! takotnyee!! berapa ekor ayam dah berjaya disembelih en fit? :-)

  5. akubiomed says:

    Aisay tidaklah boleh view lah bor. Tidak tahu samada browser bermasalah atau sebab lain

  6. saiful says:

    macam best je cerita dia ,wajib tonton nih tapi tunggu masuk astro firstla,hehe

  7. Amirez says:

    hebat trailer ni. harapnya cerita syamsul ni pun hebat. tak sanggup dah tertipu dengan trailer2 dia dalam filem2 sebelum ni…

  8. MDHAFiZ.NET says:

    agaknya memang dh trend masa kini kot buat cerita mcm nih… :)

    1. FITRIHADI says:

      biasa ar budak2 zaman sekarang suka tengok cerita aksi. Nak nak filem yang belasah orabg gini..lagi ar diorang suka. Takut kang nanti makin banyak kes pukul memukul kat malaysia ni…

  9. nizam says:

    memang gempak habisla bro… hehehe

  10. afiq aiman says:

    mmg xdinafikan setiap filem symsul gempak habis. mungkin 1 sebab dia mampu dgn kos filem dan dia pandai pikat golongan anak muda. pandangan aku la :)

  11. aiseh..shamsul ni asyik berlagak nak samseng je haha

  12. akubiomed says:

    Masih relevan cerita aksi ala-ala gangster Hongkong?

  13. maybe betul jugak apa yg u cakap tu.. prinsip syamsul tu kalo nak buat, kena buat betul2.. baru lah puas hati :)

  14. mie says:

    fuh!!!!
    stylo la gangster ni..
    eheheheee

  15. 3 ekor nyamuk??
    bapak takut siot..
    Aku masa tulis komen ni pun terketar-ketar..

  16. decrewz says:

    Stunt betul2 ok lagi, tapi kalau hantu betul2, nak bayor cemna..wahhahaha

  17. adie says:

    trailer saje dah gempak dol.. ini mmg aku kasi letak full review dekat blog aku nanti

  18. apek says:

    aik~~heran,kata ada zulhuzaimy~~xde punn..propa la lu samsul


LIKE KAMI DI FACEBOOK