Apr 012011
 

Nampaknya Fan Page Nur Kasih The Movie sudah giat menjalankan promosi habis-habisan untuk mempromosikan filemnya yang akan keluar di pawagam pada 19 Mei 2011. Sama ada melalui internet, peraduan anjuran bersama dengan syarikat lain, dalam media cetak dan juga word of mouth, memang meriah ar promosi diorang..

Kalau korang belum tonton trailer atau preview filem Nur Kasih The Movie ni boleh terjah entry (Preview) Filem Nur Kasih The Movie ni. Dan poster rasmi pun dah keluar which is below here..

poster nur kasih the movie


Apa yang aku suka dan harapkan dari movie Nur Kasih ni?

1. Jalan cerita yang gempak dan lain dari yang lain (bukan ikut ‘skema jalan cerita’ filem malaysia) segempak drama bersirinya.
2. Rasanya ini kali pertama Tiz Zaqyah berlakon filem. Wuu terujanya nak tengok kembar aku keluar filem.. apa? korang tak caya.. eh, ye ar.. dia lahir 15 hari lepas aku lahir.. so?? hahaha…
3. Dah lama tak dengar suara Tiz Zaqyah yang serak-serak basah dan innocent tu.
4. Ada Mia Sara. .comey arr tambah-tambah berlakon dengan Tiz Zaqyah yang cun tu.. Siapa la yang tanak tonton kan..
5. Hasil kerja Khabir Bhatia memang tak mengecewakan. Dia salah satu pengarah yang memang unik dan terbaik ar bagi aku.. jadi, takkan nak lepaskan peluang untuk tonton hasil kerja dari pengarah top di Malaysia ni..
6. Tak lupa juga skrip dan jalan cerita yang mantap dari Mira Mustafa yang juga isteri Khabir Bhatia. Memang terbaik ar gabungan diorang berdua ni..
7. Remy Ishak + Tiz Zaqyah + Fizz Fairuz = super cool habes!
8. Err cukup2.. aku memang tak pandai bagi review sebab ayat aku memang tak power dan lagipun aku tak tonton lagi filem ni.. hehe

Erm… Ada siapa-siapa sudi nak sponsor tiket boleh contact saya.. haha gurau je.. So my point is inilah salah satu filem wajib tonton tahun ini dan siapa tahu filem ni mampu mengangkat martabat filem Malaysia sejajar dengan filem-filem dari Indonesia atau dari seluruh dunia yang berunsurkan keIslaman…sama-sama kita tunggu…
(Visited 43 times, 1 visits today)
LIHAT JUGA:  (Movie Trailer) Salt: Garam Yang Tak Masin Tapi SEKSI Dan Penuh Aksi Dari Angelina Jolie

Comments

  1. nur says:

    lame tak dengar suara dia??tengokla gemilang..

  2. sweet says:

    poster dia mmg cantik. kalau x cantik pon sy mesti mau dtg tgk.. hope dpt tiket free dr adik abg fizz, she’s my bestfren. jimat di situ -_-

  3. nana says:

    tau tak kat ne bleh donlot citerrr nieh huhuhu~:P klu tau nak link yerrr~

    1. FITRIHADI says:

      rasanya tak de sebab kuar kat pawagam je.. kat astro first atau dvd memang takde. so takde lah kot…


LIKE KAMI DI FACEBOOK