Apr 022011
 

5 Blog Paling Kerap Dilawati 2011 – lagi satu projek dari blog Denaihati.com yang sememangnya kerap dilawati oleh seluruh rakyat Malaysia sepanjang tahun 2011. Jadi, aku pun nak senaraikan 5 blog paling kerap dilawati untuk tahun 2011.

5 Blog Paling Kerap Dilawati 2011 denaihati


Disebabkan DAUSPOZI.COM ada tagged aku untuk projek Denaihati | 5 Blog paling kerap dilawati 2011 maka aku akan cuba penuhi permintaan daus dan sama-sama menyokong mini projek Denaihati.com ni. Tujuan projek ini adalah untuk:

Tujuan projek ini adalah untuk membina NETWORK BLOGGER yang besar yang akhirnya insyallah akan menambah kenalan yang mungkin akan menjadi rakan setia kepada blog anda. Network Blogger ini akan sangat diperlukan pada waktu-waktu tertentu seperti membantu teman blogger menang contest seperti Bantu Blogger jadi No 1.

Nak kata kerap blogwalking tu takleh gak sebab makin hari aku makin busy dengan study. Jadi kurang sikit aktiviti blogwalking kebelakangan ni. Berikut adalah 5 blog yang aku terjah bila bosan atau masa tengah tunggu kuliah nak start. Antaranya:

1. Zack Zukhairi – aku suka karya dan idea dia yang luar biasa. Walaupun kengkadang aku jeles gak sebab aku tak mampu jadi sekreatif dia tapi aku tetap respek dengan kebolehan dia menarik minat pembaca untuk baca blog dia. Walaupun ada entry dia yang hanya cerita dan perkataan semata-mata tapi still gempak untuk dibaca.

2. Blog Serius – blog yang makin panas sekarang ni. Tiap-tiap hari sampai berbelas-belas update. Sebab tu terjah tiap-tiap hari pun tak bosan sebab ada benda baru.

3. Ariff Shah – walaupun kebelakangan ni macam jarang update tapi aku still baca blog ariff ni. Semua orang kenal dia kan. Takkan aku nak cerita benda yang korang dah tau kot. hehe..

4. Eyriqazz – siapa tak kenal bapa blogger kita? Tiap-tiap hari mesti update punya. Aku kenal dia sejak dari mula aku blogging lagi. Aku respek ar sebab masa mula-mula kenal tu dia low profile je pastu slow-slow naik dan terus jadi femes terus. Cayalah bro!

5. Fatin Liyana – bagi aku dia ni beauty with brain (macam Hanis Zalikha ar). Ayat-ayat dalam blog dia memang ada point dan bukan sekadar cakap kosong.. kengkadang rasa macam tengah bercakap dengan dia lak. hehehe

Erm… awal-awal aku cakap yang aku ni makin busy. Ada lagi dua minggu semester aku nak habis. Kena fokus kat projek dan asignment serta labtest dan jugak final exam… Adeh jadi blogwalking pun dah makin kurang. Tapi yang pasti memang aku akan update tiap-tiap hari blog aku ni.

Actually apa yang aku buat adalah buat schedule post banyak-banak. Selalunya dalam hujung minggu gini aku dah mula buat schedule post untuk setiap hari sampailah ke minggu depan. Jadi, takde lah bersawang blog ni bila menjelang weekday.

Dan aku pastikan apa yang aku update tu menghiburkan walaupun pendek. Kalau korang rasa tak suka tu aku mintak maaf banyak-banyak ar.

Nak kena tag ke? Erm aku nak tagged;
HasrolNizam
Zikrihusaini
Rina
Fina Fento

P/s: Adakah kapal aku akan tenggelam di lautan blogger yang luas ni?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

  1. [...] 94. officialaenlicious.blogspot.com, 95. blog.amirez.com, 96. zukpunkgurlz.blogspot.com, 97. fitrihadi.com, 98. puteriketenangan.blogspot.com, 99. aizamia3.blogspot.com, 100. sayetetapsaye.blogspot.com, [...]

  2. Banyak juga yer blogger kat Malaysia ni.

    1. FITRIHADI says:

      bukan banyak tapi dah berjuta-juta pun..

  3. serol says:

    kena tag ke.hehe.. nanti rajin aku buat. banyak gak blog yang paling kerap lawat ni. termasuk blog ko ni :D

  4. suarapeople says:

    wahhh masih ada lagi blog yg xpernah saya masuk ni..kena lawat la ni.. ;p

    http://www.suarapeople.com