Apr 182011
 

Tips cegah mandul untuk lelaki ni aku terfikir lepas baca satu majalah ni. Ada satu ruangan info ni yang aku rasa agak menarik sebab dia agak 18sx sikit. Terus mata aku jadi terang.. hahaha.. Dan salah satu info tu adalah..

tips cara cegah mandul lelaki

Erm majalah ni kata, hasil kajian dari institusi di Britain mendapati:

1. lelaki
2. yang kerja
3. lebih dari 3 jam sehari
4. ditempat yang panas

akan mengurangkan keupayaan sperma dia dan sekaligus mengakibatkan kemandulan. Erkk..

 

Jadi, aku nak bagi tips skit untuk kaum adam supaya jaga bahagian paling penting dalam hidup korang. Kalau rosak benda tu memang habislah hidup korang… So tips nak elak dan cegah mandul adalah:

 

1. Kalau rasa tempat kerja korang tu panas, sila suruh bos korang pasang air-cond. Kalau boss korang tanak pasang gak, suruh dia baca entry ni. Bila dia tau tempat kerja dia tu ada risiko mandul mesti cepat-cepat dia pasang air-cond kat tempat kerja korang walaupun tempat kerja korang tu adalah kawasan pembinaan..

 

2. Sila pakai pakaian yang selesa dan mampu mengalirkan udara. Antara fesyen yang boleh korang ikut adalah…

tips cara cegah mandul lelaki
Ni antara lelaki paling ‘subur’ bagi aku sebab pakai seluar longgar memanjang!
LIHAT JUGA:  (Video Matluthfi90) Kenapa kita rasa alone sangat di dunia ni??

dan paling koman pun pakai je kain pelikat. Memang nyaman dan selesa ar.. Jangan tak pakai apa-apa kang orang kata toyol lak.. hehe..

 

3. Yang paling penting jangan pakai underwear yang ketat macam superman tu. Sebab tu kalau korang nak tau, Superman susah nak dapat anak. Sebab dia pakai underwear berlapis-lapis dan ketat. Mana lah tak mandul.. adeh..

tips cara cegah mandul lelaki
Superman: Takde anak lagi best. Boleh honeymoon 24/7…hahaha!!

Dan ni nasihat dari aku, kalau nak tau korang mandul ke tak, sila kahwin dahulu. Ini amaran ketat ni!!!! Kalau nak test kemandulan korang tu kat mana-mana anak dara, aku suggestkan korang gi tidur atas bara api tanpa baju dan seluar. Kalau rasa boleh tahan selama sejam tu, kira korang boleh tahan panas api neraka ar. Kalau tak, jangan pandai-pandai nak tebuk anak dara orang.

 

Korang fikir tak, susah payah mak bapak dia jaga anak dara dia supaya jadi anak solehah, yang korang boleh senang-senang gi musnahkan dunia dan akhirat anak dara tu. Nauzubillah…

.

.

.

.

P/s: Perempuan bawak ______ tak tumpah. Lelaki bawak _____ tak pecah… hahaha! Jangan marah ar…

(Visited 578 times, 1 visits today)

Comments

  1. khalifah says:

    memang power arr

  2. Jiwa bercelaru says:

    Saya takut saya mandul dan tak dapat kn zuriat sya. .
    Sebab sya selalu main barang sya sendri. . Selain tu apa harus nk lakukan

  3. Mak saya selalu pesan… kena selalu ucap terima kasih kepada org yg berbudi pada kita .. soo .. saya nak ucap terima kasih kat awak atas maklumat yg bermanafaat nie.. terima kasih awak… ;)


LIKE KAMI DI FACEBOOK