Mar 252011
 

Berikut adalah pendapat ikhlas dan tak tipu punya dari penulis. Kalau tak suka pendapat bawah ni, korang boleh gi layan cerita tu pastu datang sini dan LIKE entry ni. Mesti lepas tu korang pun menyampah dengan cerita ni.. Dan entry ni agak panjang. Kalau korang agak-agak dah menyampah tu boleh kiss goodbye to my blog hehe

Ni aku nak cita sikit lah.. actually Rabu lepas aku gi ar MBO cinemas kat Melaka Mall. Untuk pengetahuan korang tiap-tiap hari Rabu, harga tiket wayang adalah RM5 untuk filem-filem yang dah lama keluar kat MBO ni. Jadi, aku pun gi ar layan satu cerita ni.

Mula-mula tu aku gi lunch je kat sana sebab aku sorang je takde teman. Layan food court bawah Melaka Mall tu ok gak sebab tak ramai orang. Takde ar segan sangat. Kawan aku takde dia gi ambik lesen moto. So, lepas makan aku terus gerak naik tingkat atas bahagian wayang dan pilih cerita. Sebab nak terus tengok je tanak tunggu lama-lama maka aku pilih cerita ni…

poster filem underdog soldiers
Poster je gempak. Cerita hampeh!!!


*Tengok poster.. first impression, aku ingatkan cerita budak-budak gi berperang ke haper.. ok ok..

Layan punya layan takde ar best pun cita ni. Dimulakan dengan part budak-budak ni gi camping kat hutan. Bila balik family diorang semua takde kat rumah. Apa yang aku expect, mungkin diorang ni akan gi berperang sebab nak selamatkan family diorang dengan bergayanya. okay tunggu jap mana tau kot-kot part tu akan tiba.

Berbalik pada filem tu, bila diorang siasat rupanya ada askar jahat dari negara jiran dah tawan dan kumpulkan penduduk dalam kampung halaman diorang sebab nak ambil alih negara diorang. Oh ok. Aku fikir japgi ada ar part diorang jadi overreacting dan agresif serta mula nak menyerang balas askar-askat yang jahat tu. Tunggu ar jap..

Banyak kali gak budak-budak tu sipi-sipi nak kena tangkap dengan askar tu tapi sebab diorang hero-hero dan heroin-heroin filem tu maka askar tu tak berjaya tangkap diorang. Bila diorang kena pressure dan tak tahan diburu oleh askar-askar jahat tu maka diorang planlah nak serang balas balik. Ok aku pikir japgi mesti diorang akan jadi mamat-mamat dan minah-minah komando yang berjaya. Yeah!!!

Misi pertama: gi hancurkan sebuah jambatan yang menjadi jalan utama yang menjadi penghubung askar-askar jahat tu untuk hantar bekalan. Part ni sekadar warm-up nak berperanglah. Diorang gi curi trailer minyak untuk letupkan jambatan tu. Yaahh dengan sipi-sipi nak kena tangkap, dan plan yang tak menjadi akhirnya diorang berjaya letupkan jambatan tu menggunakan lori trailer minyak tu.

Misi pertama berjaya. Bila misi pertama berjaya maka diorang dengan confidentnya plan nak pergi menyerang askar-askar jahat tu kat pangkalan askar jahat tu habis-habisan. Dengan berbekalkan 5 buah motosikal sorang satu serta senjata-senjata yang gempak habis setelah merampas dari pihak askar kat jambatan tu, maka diorang pun menujulah ke pangkalan askar-askar jahat tu. Yeah!!! Part yang paling aku tunggu akan tiba!

*Tuppp lampu pawagam terpasang..

Ceh kalau camni punya cerita baik aku gi tengok filem ‘2 Alam’ je. Siot punya filem. Lain kali nak buat filem panggil aku. Poster punyalah gempak. Traileh punyalah sampai level putar alam. Bila tengok filemnya, boleh dia buat filem tergantung camni. Caitt!!! Lain kali, biar aku letak nama baik sikit kat filem tu, takde ar orang nak salah faham. Kalau akulah, aku nak letak nama filem ni

“The milk soldier who just poyo on the outside”

Mesti tak ramai yang kena tipu kan. Nasib baik tiket RM5 je. Kalau RM10 aku nak claim balik kat tuan punya wayang tu sebab suka hati dia je nak siarkan filem paling menyampah abad ini.. korang tengok trailer filem tu kat bawah ni.. adeh…


Trailer gempak nak mampuih tapi cerita tergantung. Adeh bak balik RM 5 aku!!!!


Korang paham tak bila dia kata “The war is begin tomorrow”.. Maknanya perang tu berlaku esok.. bukan hari ni.. kalau dah sampai hari esok pun perang tu akan berlaku esok..bukannya hari ni.. paham? Adehh

P/s: Eh baru aku perasan cita ni dah ada dalam hard disk aku.. apsal lambat sangat masuk malaysia.. suwey betul! Rugi dua jam aku yang berharga. Dua jam tu dah boleh buat main congkak, main batu seremban atau main masak-masak. Cait!!

P/p/s: Filem ‘2 Alam’ lebih menarik sikit dari cerita ni. Haha…
(Visited 83 times, 1 visits today)
LIHAT JUGA:  (Video) OST Hooperz + Lirik + Trailer = Semua Cantik, Comel Dan Peewit! Tak Tahan!

Comments

  1. Ikhwan says:

    Hari tu masa keluar dengan member-member ingat nak tengok cerita ni. Main factor? Sebab poster dia gempak dan pelakon wanita dia buat kitorg kata WOW. Last2 kitorg tengok filem I Am Number 4. Bila dengar review Fitri, fuhhh.. Nasib baik tak tengok..

  2. sweet says:

    x mnt cter perang2 tembak2 ni. kalau nk tgk film hollywood baik tgk cter dongeng mcm alice, prince frog, atau narnia.

  3. sis92 says:

    salam…
    fuhhh..nasib baik tak tengok..
    we all tengok I am No 4 kat DP..
    ok la action..waccaaa..hehe

  4. razfira says:

    hehehe.. kecewa sebentar. awek macam cun

  5. aku yg baca entri ni pun rasa bengang dengan filem tu..huhu

  6. Amry says:

    kah kah kah kah…tergelak tergolek2 aku baca entry ko ni bro…lawak ar. marah betul ko ..huhuhu..rilek bro rileks.huhuhu….

    citer tergantung… kenapa ko tak bom jer panggung tu,,,wakaka..aku tengok muka pelakon2 dia pon macam jambu jer…uhh

  7. nuriz says:

    pelakon dia pun tak berapa nak kenal..heehheh!! filem tak berapa glemer ni.
    p/s
    Baru tgk kembar siang, lawak dia sikit je, cuba nak paksa gelak tapi takleh huhu!! tak best langsung.bosan.

  8. rina says:

    huh, cite ni 2 jam????
    patut pun lambat masuk malaysia…hohohohoho

  9. Nizam says:

    haha..nasib aku tak tengok lagi…
    dah tahu tak best malas la nak tengok… kan2..hehe


LIKE KAMI DI FACEBOOK