Mar 312011
 

Adalah beberapa minggu lepas, aku di tag dalam satu kata-kata pujangga kat note di facebook tu. Ayat dia agak ‘baik punya’ ar..tapi bagi aku.. ini adalah diskriminasi.. bukan sahaja kepada wanita tak cantik.. tapi juga lelaki tak kacak macam aku. Apa nak buat sekarang? Ambik bantal dan tidur lagi bagus!

emma watson photo image gambar

Kalau perempuan cantik pendiam
lelaki akan kata: wow!ciri2 isteri idaman…

Kalau perempuan tak cantik pendiam
Lelaki akan kata: tak reti berkomunikasi agaknyer…

Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: dah la tak lawa,perangai plak mcm sial!!

Kalau perempuan cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: mesti ada krisis nih…kesiannyer…

Kalau perempuan cantik menolong lelaki yang kesusahan
Lelaki akan kata: wow!heroin sejati…

Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yang kesusahan
Lelaki akan kata: hmm…taktik nak ngorat la tu…

Kalau perempuan cantik dapat lelaki handsome
Lelaki akan kata: ok la…bagai pinang d belah dua…

Kalau perempuan tak cantik dapat lelaki handsome
Lelaki akan kata: kesian…mst dah kena bomoh lelaki tu…

Kalau perempuan cantik ditinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu btol mamat tu!!

Kalau perempuan tak cantik ditinggal kekasih
Lelaki akan kata: patut pon kena reject…

Kalau perempuan cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: ntah dato’ mana bela ni…

Kalau perempuan tak cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: mesti anak org kaya ni

LIHAT JUGA:  (Panas) Normal Ke Lelaki Raba-Raba Lelaki?

Kalau perempuan cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: wah…caringnyer…

Kalau perempuan tak cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: eleh,gedik la tu…

Kalau perempuan cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: don’t worry,i will make u happy forever…

Kalau perempuan tak cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: ckit2 nangis!!gembeng tol..ngade2 la…

Kalau perempuan cantik pandai masak
Lelaki akan kata: dah la lawa,pandai masak plak tu…

Kalau perempuan tak cantik pandai masak
Lelaki akan kata: ntah sedap ke tak tu…

Kalau perempuan cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: syoknye!!rindu la tu…

Kalau perempuan tak cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: ko ni takde keje lain ke??!sibuk ni tau tak!!

Kalau perempuan cantik hantar email hari2
Lelaki akan kata: sukenyer…!!

Kalau perempuan tak cantik hantar2 email
Lelaki akan kata: asyik2 email dia…boring!

Apa pendapat korang? Bagi wanita cantik luar sana mesti korang tak kisah sangat sebab uols gelak je baca kata-kata pujangga kat atas ni.. Tapi bagi wanita tak cantik camne lak?? Mungkin korang akan kata “Jilake punya fit! Aku karate ko nanti!”…

P/s: Gurau-gurau je. Actually wanita itu adalah sebaik-baik perhiasan di dunia ni…so hargailah diorang.. tak gitu??

(Visited 95 times, 1 visits today)

Comments

  1. huhu.. diskriminasi kan.. tapi biasa la.. semua orang tengok benda cantk mesti suke kan.. tapi cantk xsemestinya baik kan… :)
    xcantk xsemstinya xbaikkan.. :)

    yang penting hati.. :)

  2. I agree with the last sentence. Besides, all women are beautiful :))

  3. intanizani says:

    sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah. ;)

  4. Wuucin Kimora says:

    diskriminasi?

  5. intanberlian says:

    haih susah nya jadi perempuan tak cantik eh?

  6. memang diskriminasi betul…aku dalam kategori mana ek? hahaha

  7. habis lelaki siapa nak hargai ?

  8. rina says:

    Cantik itu subjektif..
    di malaysia org kata tak cantik,
    tapi di Eropah, org kata cantik..

    p/s:akhirnya berjaya buka blog kamu, semalam xleh buka sbb ada virus tuh,xsmpt loh nak capture pic..

  9. akubiomed says:

    Penilaian orang bujang dan lelaki berkahwin tentu berlainan :-)

  10. tim92 says:

    hurmm..tu la manusia. buta mata hati..huhu. mana elok mana tak pun tak ley beza. huhu..

  11. Toz0k_20 says:

    Among The Best..Huh..:)

  12. Jubah Fesyen says:

    Saya sokong pendapat awak dalam artikel
    ni… tapi saya rasa awak mungkin perlu olah kembali supaya
    lebih menarik.. maaf apapun awak ada idea yang baik.


LIKE KAMI DI FACEBOOK