Feb 172011
 

Assalamualaikum!

beberapa hari lepas, I… I ok I.. I ada terbaca satu entry ni pasal ‘Bagaimana Nak Lupakan Bekas Kekasih Anda?‘.. Tau tu entry siapa? Alaa yang blogger ala-ala artis tu.. hehe gi ar terjah..

Tapikan I nak share dengan korang satu tips bagaimana nak lupakan bekas kekasih korang yang sebetul-betulnya. Especially tips ni untuk wanita sebab aku tau ramai wanita luar sana susah nak lupakan bekas kekasih dia..kalau laki aku tau mesti kacang je bagi diorang kan. Habis I ni bukan lelaki ke? errr bukan.. I ni just pemerhati lelaki dan wanita.. haha

romantik romantic titanic aksi pasangan kekasih atas kapal
Haha lain kali jangan gatal-gatal berdiri atas kapal!


Persoalannya macam mana nak lupakan bekas kekasih atau balak korang? Rahsianya mudah je. Korang perasan tak macam mana lelaki lupakan bekas kekasih dia atau bekas awek-awek dia? Hah tu lah korang tak tahu. Actually lelaki kalau nak lupakan bekas kekasihnya, dia akan mula cari kesalahan bekas awek dia tu.. lepas tu bila dah ada beberapa kesalahan yang dia sedar on his ex-girlfriend, mulalah dia rasa “Erm dia ni banyak buat salah kat aku. Ini tak kena, itu tak kena. Buat apa aku nak ingat dia dah. Baik aku blah dan lupakan dia! She’s not worth it! I wanna go to heaven. You go to hell!” Haha ayat emo sangat aih..

So you girls dapat tak point yang I nak fokus kat sini. The bottomline is korang kena cari kesalahan bekas kekasih korang tu untuk lupakan cinta lama korang pada dia. Itu je. Ni serius cakap ni memang cara ni je yang boleh buatkan seseorang tu lupa cinta lama dia.

[ Kalau dia tu perfect man yang tak pernah buat salah macam mana nak lupakan dia? ]

Errr itu.. err.. alaa mesti dia ada buat salah punya. takkan lah dia tak pernah korek hidung.. itu pun salah sebab dia dah cemarkan alam. Ye la bila dah korek mesti dia buang merata-rata kan. hehe okay.. ni dah tahap merepek ni. Sorry :p

korek hidung lelaki perempuan wanita
Sila korek hidung dalam tandas!


Tapikan kalau korang ni pemaaf dan ex-bf korang tu memang baik, tak perlu lah nak berperang dingin sampai 7 keturunan. Chill la beb. Mana tau suatu hari nanti dia jadi boss korang. Tak pasal-pasal tiap-tiap hari korang kena lauk je dengan dia. naya tu.. haha! gurau je.

Apa pun hidup ni tak perlulah serius sangat. Hidup ni sekali je. Jadilah someone yang baik dan terbaik. Tak rugi pun kan! heehee…

P/s: Dah lama tak melihat senyuman dan mendengar ketawa seorang wanita…
(Visited 230 times, 1 visits today)
LIHAT JUGA:  (Artikel) Kahwin Cara Melayu Atau Kahwin Cara Islam?

Comments

  1. Arie says:

    Baca entry Nih ;)

  2. gee says:

    thankz 4 your suggestion…… i think i can try slowly 2 forget him……..

  3. raider says:

    i pn baru ditinggalkan..terkial2 merana teruk…mmg la lelaki akan carik kesalahan kite bali die dh xnk kite..huhu..

    1. FITRIHADI says:

      takpe.. pasti ada yang lebih sesuai menanti. kena banyak sabar ar :)

  4. perisik_blog says:

    mcm mana lak kalau perempuan tinggalkan lelaki….?disebabkan si perempuan ingin berkahwin dgn umur yang di target..sedangkan lelaki itu sendiri terpaksa berkorban utk keluarga dahulu dan baru boleh memikirkan perkahwinan…

  5. florence says:

    hurm..

  6. SITI SOLEHA says:

    mcm ne nk lpekan pakwe nih???

  7. SITI SOLEHA says:

    mcm mne nk lupakn pakwe ea??

    1. FITRIHADI says:

      Awak ingat kesalahan dia. Bila ingat kesalahan dia, kita akan rasa dia tak sesuai untuk kita dan ada yang lebih baik dari dia. Tak perlu serius sangat bercinta. Just chill :)

  8. Jubah Fesyen says:

    Maaf tanya .. adakah pos yang sebelum nie berkaitan dengan
    pos nie ?? saya agak keliru dengan link dalam blog
    awak nie..


LIKE KAMI DI FACEBOOK