Feb 182011
 

Kali ni saya nak share sket pasal rahsia dan guideline dan cara dan tips dan secret tentang nak buat contest yang berjaya di blog!. Bukan apa. Sekarang ni dah jadi fenomena blogger tumbuh macam jerawat! Tiap-tiap hari ada je muka baru. Pastu cara diorang nak promote blog diorang of course lah dengan memberikan hadiah atau giveaway ataupun contest.

hadiah
Siapa tak nak hadiah masyuk-masyuk kan..


Percaya tak dengan satu contest korang boleh dapat sehingga seribu malah mungkin lebih trafik ke blog korang. Tapi mesti dengan cara yang betul baru ada hasil dan impak yang maksima dari contest yang dianjurkan tu…

Tapi sometimes aku tengok masih ada yang main hentam keromo je buat contest tu semua tanpa dapat impak yang maksima. Ni cadangan dan tips yang aku dapat dari pengalaman aku sepanjang aku anjurkan beberapa contest kat blog ni. First rulenya adalah:

HADIAH

Hah untuk permulaan jangan korang buat hadiahnya sebuah mesin basuh toshiba separuh automatik lak. Kalau korang ni boss syarikat yang ada blog untung juta-juta boleh ar nak bagi hadiah mesin basuh. Lagipun mesin basuh tu kan besau. Tambah dengan kos penghantaran mestilah dah makan banyak duit.

mesin basuh toshiba


So fikir-fikirkanlah hadiah yang menarik serta ikut kemampuan korang. Ingat, kos penghantaran pun korang kena ambik kira gak! Senang-senang bagi je wang tunai. Boleh gak transfer atau bagi melalui topap.

ENTRY PEMBERITAHUAN

Hah ramai yang slack kat sini. Pastikan entry pemberitahuan contest korang tu lengkap dengan semua maklumat berkaitan contest tu. Pasti korang tanak buat readers korang tertanya-tanya. “Eh bila contest ni nak tamat?”.. “eh camna pemenang ni dipilih ek?”.. “eh apa hadiahnya??”..” eh apsal perut aku buncit ek?”.. eh eh eh.. salah cakap lak hehe

so kat sini korang kena bagitau detail dan maklumat entry contest tu secara telus dan saksama..pergh dah keluar perkataan sakti tu..haha berkenaan info yang korang kena bagitau tu adalah:

– tarikh tamat berserta waktu tamat
– cara nak join
– cara pemenang tu dipilih
– hadiah-hadiah yang korang nak bagi
– bila pemenang akan diumumkan
– cara hadiah dihantar

ingat yang kepercayaan tu memainkan peranan penting dalam sesuatu contest tu..baru ramai yang akan join.. aku pernah join satu contest ni.. tiba-tiba bila dah sampai tarikh tamat terus mamat tu tak update blog sampai sekarang.. dah setahun lebih.. uihh betul-betul sakit hati betul…erm betul betul betul..

PROMOSI

Ini stage paling penting dalam penganjuran sesuatu contest. Kalau korang abaikan stage ni memang contest korang akan fail. Ada yang berharap bila dah publish entry pemberitahuan contest korang tu, so akan dapat beratus-ratus penyertaan tanpa berbuat apa-apa.. salah tu beb! Yang sebenarnya korang kena promosikan contest korang tu habis-habisan. Kalau boleh tiap-tiap entry korang ada satu link yang mengajak reader untuk join contest korang..

Selain tu, kalau korang ada duit lebih sket, buat le banner satu then gi tempah ruang iklan kat blog yang popular macam Fitrihadi.com ke atau fitrihadi.com ke pastu tempek banner tu kat situ.. hah baru ramai yang tahu contest korang tu.. Eh Eh.. siapa kata aku perasan tu? ngaku cepat!! ye la..ye la.. aku ngaku blog aku tak popular hahaha.. perasan! :p

TAHAP KESUSAHAN CONTEST

Actually kalau kita nak ramai reader untuk join contest kita tu, takkan lah nak bagi contest yang susah-susah macam kira bulu kambing ke atau suruh tangkap gambar atas pokok kelapa ke..siapa lah nak join kan.. ok aku ngaku itu mengarut je.. tapi kalau nak ramai yang join, korang kena buat contest yang senang-senang. Barulah ramai yang join. nak aku bagi contoh? buat je contest bergambar dengan kucing ke, buat entry pasal kucing korang ke, bergambar dengan family ke, atau undi gambar sendiri ke.. kan senang tu.. tujuan kita buat contest adalah supaya ramai yang join, bukan nak buat ramai yang larik…

kambing gurun putih


ye aku akui aku pernah buat salah tentang hal ni. Aku pernah buat kontez dialog kelakar tu. Seems like easy for me tapi bagi orang lain memang agak susah. Sebab tu contest yang aku buat tu tak dapat sambutan.. So aku banyak belajar dari situ.. ermm takpe lepas ni aku buat contest yang senang-senang sket..

Dan akhir sekali…

TAJUK ENTRY PEMBERITAHUAN CONTEST

Kalau boleh letak tajuk yang bagi hint tentang hadiah.. sebab dengan tajuk entry tu lah orang akan share satu dunia. Contohnya… “Nak menang kamera dan wang tunai? Jom join contest Gambar Aku Meroyan!’ haha tak ke yang baca tu dah rambang mata dan guling-guling tahap kera sebab terbaca hadiah yang masyuk tu.. mesti dia nak join punya!

so tu je kot.. harap-harap lepas ni pada newbie dan sesiapa saja yang nak buat contest tu boleh buat contest dengan betullah. Baru hasil atau target trafik jangka panjang yang korang nak tu tercapai. Akhir kata, majulah blogging untuk negara!

Apa? Nak suruh aku buat contest? Pun boleh… Pun boleh… nanti lah ye hehe
(Visited 162 times, 1 visits today)
LIHAT JUGA:  Bila Churp Churp Akan Update Earning Korang?

Comments

  1. Anip says:

    tips macam nie patut di pratikkan. hehe.. aku pon rasa nak wt contest la..

    1. FITRIHADI says:

      buat je bro..hadiah sebijik mesin basuh mesti ramai nak join punya hehe

  2. mantop bro, thanks~

    1. FITRIHADI says:

      you’re welcome :)

  3. farz zull says:

    as salam, jemput ramai2 meriahkan contest pertama farz…;)

    1. FITRIHADI says:

      insyaallah.. thanks :)


LIKE KAMI DI FACEBOOK