Feb 032011
 

Entri ini adalah hasil penulisan dari guest blogger bulan Januari – saudara Matjoe.com. Thanks!

Kali ini saya hendak berkongsi berkenaan bagaimana kita boleh menjana pendapatan tambahan semasa melakukan tugasan luaran atau lebih senang ‘outsation’. Sewaktu saya mula bekerja, bidang kerja saya melibatkan saya outstation di negeri sebelah utara semenanjung. Selain dapat lari dari tugasan rutin pergi ke pejabat, saya memang memanfaatkan peluang outstation untuk saya menambah pendapatan saya.

cari jana pendapatan sampingan wang poket update blog


Jika saya outstation, ada 3 elaun yang saya boleh dapat iaitu elaun makan, elaun penginapan dan elaun Mileage.

Elaun Makan – Untuk sehari, elaun makan adalah rm50. Kalau budget makan rm10, boleh dapat extra rm40. Kalau outstation 3 hari dah rm120

Elaun Penginapan – Elaun penginapan tanpa resit adalah rm90, kalau ada resit adalah rm180. Biasanya kalau pergi outstion berdua, biasanya akan cari hotel murah sekitar rm60. So kongsi berdua seorang rm30, bila claim tanpa resit, dapat rm90, so dapat rm60, kalau 3 hari, dah rm180. Lagi best ada boleh menumpang rumah sewa kawan yg tinggal bujang, boleh tinggal free, cuma belanja makan kawan tu tanda terima kasih.

Elaun Mileage – Untuk 1 kilomeer dibayar 65 sen. Untuk standard consumption kereta biasa adalah sekita 20sen, untuk 1 kilometer kita boleh dapat sekitar 40sen, bayangkan perjalanan sekitar 600km, dah boleh dapat rm240.

So untuk 3 hari outstation, dah boleh dapat extra income: rm120 + rm180 + rm240 = rm540, banyak bukan? Income Nuffnang matjoe ni makan 1/2 tahun baru boleh dapat byk ni.

Tapi sesetengah kawan yang matjoe tahu, ada yag ambil peluang outstation untuk makan besar, merasa duduk dihotel yang mahal, rasa rugi lah tak manfaatkan lebihan tu, untuk tambah pendapatan. Dalam 5 kali outstation, sekali berbuat macam tu pun oklah. Tidaklah sepanjang masa nk berjimat.

Tujuan saya bercerita? Saya pasti bila pembaca fitrihadi.com nanti bekerja nanti, pastinya ada peluang untuk outstation, jadi jadikan ia peluang utk menambah dana dalam merancang kewangan. Mungkin kadarnya lebih tinggi dari kadar yang saya dapat

p/s: dah lama tak outstation, tapi it’ks ok kerana saya telah berkeluarga, berat rasanya hati nak tinggalkan anak dan isteri.

Admin Fitrihadi.com – Saya meminta maaf kerana lambat mengeluarkan artikel ini yang sepatutnya dikeluarkan pada Isnin lalu. Ketiadaan saya di ‘office’ serta tiada capaian internet menyebabkan saya terputus hubungan dengan dunia maya serta blog Fitrihadi.com. Segala kesulitan amat dikesali.

(Visited 111 times, 1 visits today)
LIHAT JUGA:  (Senarai) 5 Barang Tak Digalakkan Beli Di Kedai RM5

Comments

  1. Affan says:

    Salam thanks bro matjoe untuk tips kewangan ni.
    taktau pulak pasal dapat jimat dari elaun2 ni.
    ingatkan semua kena claim resit je, kalau camtu ambil yg mahal2 je lah.
    tapi bila baca tips2 ni, blh juga diamalkan, dapat jugak duit tu.

    1. matjoe says:

      affan, depend kepada company. nak claim yg mahal2 pun ada limitnya

      1. Affan says:

        ye lah, maksud aku ikut limit lah, claim cukup2 sampai limit. hehe

  2. Amiey says:

    suka tengok lelaki yang pegang lappy and calling alahaiiiiiiiii~~~gugur jantung den.

    btw wet jimat macam mana pun tetap habis T____T
    bayar kete suma

    1. matjoe says:

      fit la yg kacak pegang lappy tu. ahaha

  3. zik says:

    itu bagi yang bekerja yang ada majikannya (bos) bagaimana pula yang bekerja sendiri.. sudah tentu akan berusaha untuk berjimat cermat…. apabila adanya kerja luar… semua recipt pun kena simpan juga, untuk nak tahu flow berapa belanja bulanan…

    1. matjoe says:

      kalau bekerja sendiri, mesti laa jimat, kene monitor cashflow

  4. MDHAFiZ.NET says:

    memang betul2 tips nih….

    1. matjoe says:

      kene bijak ambik kesempatan

  5. Piston Pecah says:

    keje macam aku tak ada oustation seyh…
    kalau jadi driver kot baru ada..

    1. matjoe says:

      sama la mcm sy skng, tp kalau ada peluang outstation, boleh laa tambah income sikit

  6. akubiomed says:

    Saya ada rakan sekerja mengambil kesempatan menjadi outstation sebagai sumber pendapatan tambahan sehingga create job untuk outstation.

    Ada majikan yang tidak prihatin apabila kita outstation ada mengunakan duit sendiri tapi liat membayar claim oustation. Macamana nak survive kalau duit gaji bulanan banyak digunakan syarikat sehingga ada claim yang tidak bayar sehingga tahun. Apabila ditanya borang claim tak lengkaplah, borang claim tidak terima, borang claim hilang dan macam-macam alasan lagi.

    1. matjoe says:

      selalu i dgr gomen selalu lmbt. my company so far dh ada sistem yg telus, unless bos tak/ lambat approve

  7. fendidahada says:

    cadangan bernas ni..hehe.tapi aku lum keja lagi..nanti keja la buat

    1. matjoe says:

      buat,jgn x buat. nak collect beli dslr pon boleh….

  8. saiful says:

    nice tips,bro matjoe.
    kalau pandai berjimat,memang boleh buat duit masa outstation.

    1. matjoe says:

      mcm selalu buat jer. sy mmg manfaatkan duit extra tu wat modal kawen

  9. sollehahn says:

    memang ramai ambil kesempatan outstation untuk merasa dok kt hotel mahal, makan mahal….saya setuju, sekali dua tu boleh la…lagi baik simpan duit tu masuk poket…

    1. matjoe says:

      sy buat sekali dlm 5 kali outstation. kadang2 nk merasa gak hotel mahal. tp tak over limit yg boleh claim lerr

  10. siTokei says:

    mmg menjadi kebiasaan…org gov menambah income semasa outstation…..saya pun tidak terkecuali hihihi

    1. matjoe says:

      betul tu. tp ada gak yg tipu utk buat untung lebih. mcm contoh, bermalam 3 hari tapi claim 5 hari

      1. siTokei says:

        itu yang x betul jgn diikut…
        sbb menjadi darah daging….soal rezeki halal haram tuuu…

  11. fitri says:

    tapi saya tak berapa pasti dari segi hukum adakah elaun ni kite boleh amek sebab kita claim benda yang kita tak guna..

    cth kita dapat elaun penginapan RM90..tapi kita tak menginap kat hotel pon sebab tumpang uma member..so boleh ke ek kite amek duit elaun tu?

    trimas!

    1. matjoe says:

      as long as we claim apa yg kita entitle, takde masalah. jgn mileage 500k, claim kat borang 800km, tu tipu.

      part bermalam dirumah kawan, utk my company mmg ada policy boleh claim without resit rm90 satu malan.

      yg jadi haramnya tido umah kawan tapi pegi beli resit utk tido kt hotel dgn had maksimun yg company bayar. macam2 beb org sanggup buat utk duit.

      paling penting is our intergrity. alhamdulillah duit yg sy dpt saya guna ukt belanja kawin. so berkat laa duit tu

      1. fitri says:

        ouwh macam tu ropenye..saya blom bekerja lagi tapi terlintas gak la benda-benda macam ni…keberkatan pun penting jugak..

        sebab banyak juga dengar orang claim benda yang die tak guna dengan cara beli resit kosong..

        pape pun thkz bro matjoe!


LIKE KAMI DI FACEBOOK