If I Have RM100~
Itu sahaja entry contest untuk kali ni…best tak entry menang seratus ringgit ni? Moga menang lah ye hehe.. Jumpa la…..
eh apsal? korang tak sempat baca ke? Tu la orang suruh stand-by awal-awal taknak. Asyik baca blog orang lain je. Cuba la bawak-bawak diri tu ke blog Fitrihadi.com ni baru tak terlepas info yang best-best dan lawak-lawak yang sempoi! hehe ok saya rewind balik entry ni…(sila buat bunyi sound effect video tengah rewind macam ni – $@*%*&^$$@*^%#)
Selamat bertemu kembali di Fitrihadi.com!

Klik ler untuk ke blog penaja!
Hari ni 10 Februari 2011. Korang tau tak hari ni merupakan hari terakhir? oh bukan kiamat lah..tapi hari terakhir contest If I Have RM100~ yang dianjurkan oleh cik Aunimiyukie. Klik lah gambar banner comey atas tu..mana tau tuah korang ada kat banner tu ke? heh…
maaflah sebab lambat join. ini pun tergesa-gesa cari contest yang best-best sket then terjumpa contest ni.. oh siapa-siapa yang teringin nak join tapi hanya ada beberapa jam sebelum contest ni tamat. sabau je la ek..kalau sempat cuba ar join gak.. tak susah pun syaratnya.. tapi saya nak kasi special sket entry ni…saya ada buah tangan skit kat korang..lagu 4 minit dari makcik dan pakcik hot ni! Tu pun kalau line tenet korang hot jugak lah hehehe
Perghh dan tua-tua pun boleh gelek sakan si Madonna ni.. dah boleh join Anita Sarawak ar ni hehe alamak dah melalut jauh sangat ni. tiba-tiba jadi ruangan gossip artis lak. ok berbalik pada RM100 yang cik Aunimiyukie nak bagi tu. Apa saya nak buat dengan RM100 tu?
Ok sebelum tu saya nak share skit keadaan saya sebelum memegang duit RM100 tu. Semuanya hancus. Huk huk huk sedey skit..

Tengok ni. Kalau tak maggi goreng, mesti maggi sup. Kalau tak maggi sup, mesti maggi goreng. Balik-balik, itu je la modalnya. Kalau Maggi ni sedap takpe gak. Ini tak sedap sampai cakap bahasa inggeris pun salah. adoiiii hilang selera nak makan.

Disebabkan poket yang kurus kering mengalahkan Cicakman@Saiful Apek, terpaksa la lepak kat umah dan nganga depan laptop sampai berbulu badan. Bosan gila beb! Apa nak buat? Pasrah je la!

Tapi bukanlah sepanjang hari tak keluar rumah. Ada gak keluar. Tapi tu lah. Hampeh je memanjang bila keluar. Bosan siot! Bak kata orang tua dulu-dulu, ‘No money no girl, beb’! Sabau je la!
Apa-apa pun, beberapa jam yang lepas baru saya sedar bahawa penyelamat saya dah tiba! Siapa lagi tak lain tak bukan cik Aunimiyukie! Dia nak kasi duit free. Eh mana satu penyelamat saya ni? Duit ke cik Aunimiyukie?? senak kepala jap.. hehe
RM100 oh RM100.. apa saya nak buat kalau diberi RM100? Adoi saya takleh confirm ar saya nak buat apa kalau saya ada RM100 tu sebab saya tak pegang lagi duit RM100 yang cik Aunimiyukie nak bagi tu.. nak terang secara terperinci kang berdosa lak kot-kot lepas tu tak buat macam yang saya cerita nanti. tapi apa pun MUNGKIN saya akan buat perkara-perkara berikut! hehe

Hidup untuk makan semestinya! Boleh arr ajak kawan-kawan sekali (sekali je lah, banyak kali kang bankrup balik), baru meriah time makan. Tambah-tambah makan free hehe

Apa lagi? Bila dah berduit baru lah boleh ‘berduet’..tak gitu? hehe

Shopping? Tak kot. Tapi tak sah la kan bila ada kaum hawa disisi. Kerana sayang, ku katakan wajib gi shopping haha..
Nampaknya takde banyak sangat kot nak buat dengan RM100 tu.. hehe biasa la hidup orang bujang ni.. Tambah-tambah lelaki. kena ar menyimpan sebab nak buat belanja kahwin nanti..woo umur dah lanjut, sapa tak nak kawin haha..
Tapi cik Aunimiyukie ni special sket. Dia tanak kasi tunai RM100 tu sebab saya ni budak-budak mana boleh pegang duit banyak-banyak. Dia nak kasi apa-apa barang yang harganya under RM100. Jadi, kat sini saya nak mintak satu je iaitu…

Voucher KFC!!!
Lagi 2 voucher yang nak cukup RM100 tu, saya bagi kat cik Aunimiyukie. Bleh belanja pakwe makan KFC. Serius ni hehe.. tau apa saya nak buat dengan voucher KFC RM80 tu? Saya nak kumpulkan my family dari mak saya sampai lah anak sedara saya, dan belanja diorang KFC.. wuuu meriahnya dapat makan sama-sama dengan family :)

Andai dunia ini bukan milikku, hanya keluarga tempat aku mengadu…
Semoga korang terhibur dengan entry ni! dan good luck buat semua contestant. Ucapan tahniah gak pada siapa-siapa yang menang contest ni. All the best dari fitrihadi.com!
Itu sahaja entry contest untuk kali ni…best tak entry menang seratus ringgit ni? Moga menang lah ye hehe.. Jumpa lagi…(cam kenal je ayat ni, tapi di mana ya?.)
Yang ada dompet mahal tapi sekeping duit pun tarak,
- fitrihadi -


cikgufaezah
hehe..tanpa duit, tak leh wat macam-macam sekarang nih..
cikgufaezah recently posted..Do you ever got Chicken Pox
FITRIHADI
a’ah cinta pun kena berduit sekarang ni
FITRIHADI recently posted..Tips Mencari Jodoh Untuk Saya Thanks! Terharunya Amin! -
fitri
wei fit kalau ko dapat seratus boleh dapat full tank moto setaun tu..hahaha
fitri recently posted..Bila HP Compaq V3000 Dah Ada Pengganti…
FITRIHADI
a’ah boleh gak tu.. hoho jimat dah buat duit minyak tu hehehe
FITRIHADI recently posted..Video Mengamuk Sakan Pasal Anwar Hadi
zik
aku nak guna buat bayar bill broadband dan bayar hutang.. argghh..
zik recently posted..Manfaat rumput laut- sejarahnya
FITRIHADI
haha ni idea bijak! kalau perempuan asyik nak shopping ja.. adehh
akubiomed
Good luck bro. Las minute baru tahu ada contest dah tak sempat :-)
akubiomed recently posted..Tip blog cara kecil saiz gambar dengan Smush it
FITRIHADI
Thanks for the wishes.. tu ar.. aku main hentam je ni..last minute join.. heh
FITRIHADI recently posted..Jalan-Jalan Cari Lemak Domino Pizza Kini Di Batu Berendam- Melaka!
auni miyukie
gud luck ya!
FITRIHADI
thanks big boss :)