Feb 262011
 

Hi,

Saya baru je tengok trailer atau preview filem Nur Kasih The Movie ni. Apa yang saya lihat, memang buah tangan Khabir Bhatia ni mampu menjadi filem terbaik Malaysia abad ini. Malah boleh saya katakan yang filem Nur Kasih The Movie ni setaraf dengan filem-filem luar yang berkualiti dan cukup kita kagumi.

nur kasih the movie gambar poster


Contohnya, jika Indonesia ada filem Ayat-Ayat Cinta yang kuat dari segi jalan cerita serta teknik sinematografi yang memukau mata yang menonton, kini Malaysia pasti berbangga dengan filem Nur Kasih The Movie yang pastinya boleh diketengahkan di luar negara dan mampu menyaingi filem Ayat-Ayat cinta.

ouhh tak sabar rasanya nak tonton Nur Kasih The Movie ni sebab saya memang die-hard-fan drama ni. Lagipun saya memang respek dengan hasil kerja tangan Khabir Bhatia. Memang tak mengecewakan dan memukau mata sesiapa saja yang menonton. Eh korang belum tengok trailer atau preview filem Nur Kasih The Movie ni?? boleh tengok kat bawah ni. Enjoy!


Preview atau trailer filem Nur Kasih The Movie


Mengikut sumber, filem Nur Kasih The Movie ni akan ditayangkan di pawagam pada 19 Mei 2011. Pasti pawagam akan penuh dan ticket pasti akan cepat ‘sold out’ nanti. Memang pecah panggung ar masa cuti sekolah tu nanti. Dan dengar kata ramai pelakon tambahan yang best turut membintangi filem ni macam Shafi’e Naswip, dan Mia Sara yang comel tu.. hehe

P/s: Apa pendapat korang tentang trailer Nur Kasih The Movie tu? Gempak tak?

P/p/s: Siapa setuju Tiz Zaqyah tu cun dan Mia Sara tu comel sila like entry ni.. hehehe
(Visited 44 times, 1 visits today)
LIHAT JUGA:  (Review) Clash Of The Titans – Penuh Aksi Yang ‘Saspen’ dan Gempak!

Comments

  1. yusuf says:

    salam

    filem ni terbaik!!
    dlm pawagam siap ade yg bangun tepuk tangan lepas abes
    rs nk tonton skali lagi…
    hehe

    1. FITRIHADI says:

      wah sampai macam tu sekali?? caya lah!!!

  2. fina fento says:

    tp mcm singkat sangat. baru feeling2 nak nangis dah tukar scene.


LIKE KAMI DI FACEBOOK