Feb 152011
 

Domino’s Pizza kini dibuka di Batu Berendam, Melaka! Hah, korang tau tak? Tau tak? hehe..

domino piza batu berendam melaka
Bangunan Domino Pizza Yang Biru Macam Blog Fitrihadi.com hehe


Bertemu kita lagi dalam ruangan Jalan-Jalan Cari Lemak! Kali ini kita bersiaran di sebuah restoran makanan segera yang baru sahaja dibuka. Apa lagi tak lain tak bukan Restoran Domino’s Pizza yang bertempat di Batu Berendam, Melaka! Restoran yang baru dibuka ni beralamat di:

MELAKA MERDEKA PERMAI
No.1, 1-1 & 1-2, Jalan MP 1,
Taman Merdeka Permai,
75350 Batu Berendam,
Melaka.

Kalau tak tau gak alamat tu, ni ada mapnya. Kiranya berdekatan dengan airport Batu Berendam tu lah.

peta map domino piza melaka batu berendam
Peta Domino Pizza di Batu Berendam Melaka.


Apa yang kitorang order? Kitorang tu means aku dan 2 orang lagi kawan aku. Kitorang order pizza Aloha Chicken pizza dan juga pizza Meat Maniac yang mana harga setiap satunya adalah RM42++. Kitorang ambik size ‘extra large’ sebab tu harga mahal sket. So beli dua dah lebih kurang RM85.

aloha chicken meat mania domino piza pizza
Piza Aloha Chicken Dan Meat Mania. Dah makan baru teringat nak snap gambar. hehe


Tapi, my friends ni ada kad promotion yang mana kad tu korang boleh dapatkan hanya RM50 untuk sekali pendaftaran. Dan kad tu akan expired dalam setahun. Jadi untuk renewal korang hanya bayar RM20 je tiap-tiap tahun. Tak rugi ada kad ni sebab siapa-siapa pun boleh guna. Kalau lupa bawak kad boleh guna numper phone dan number kad tu je (kalau tak silap aku lah). Dan keistimewaan kad tu adalah ‘BELI 1 PERCUMA 1 PIZZA” untuk setahun beb! Hah kan dah jimat tu. So kitorang cuttinglah bayar lebih kurang RM15 seorang dan bayar hanya untuk satu pizza je which is just RM42++.. heh bijak kan!

Pesan aku kat sini, kalau nak makan kat situ gak (bukan take-away), korang belilah air coke sendiri atau dari luar sebab air Coke kat Domino Piza tu mahal. Boleh je nak bawak air sendiri. Kitorang pun tadi beli air dari luar. Dah jimat! Dan lagi satu, sos tak disediakan. Yang dia bagi hanyalah chili flake ataupun serbuk chili. So rajin-rajinlah bawak sos sendiri ye.. hehe

Kitorang tadi ni pun beli sos Tabasco kat Mydin dulu then baru gi melantak kat Domino’s pizza tu! perghh bila sos tabasco bersatu dengan cheese memang superb ar rasanya. Korang try ar. Tapi harga sos Tabasco tu lebih kurang RM6 hingga Rm7 lah. Kat Mydin ada je.

erm apa lagi nak cakap ye?? Korang nak order untuk delivery?? Hah Call je 1-300-888-333…dalam beberapa minit je diorang dah terpacak kat pintu umah korang. Sebab apa? Sebab Domino Pizza ni adalah pizza delivery expert! LIKE lerr Fan Page Domino Malaysia ni ye.. hehe apa lagi? Jemputlah makan ye hehehe

aloha chicken pizza domino piza
Bagi aku, Pizza Aloha Chicken ni memang superb dan heaven ar! hehehe…


Ok sampai di sini saja segmen Jalan-Jalan Cari Lemak untuk kali ni. Jumpa lagi di lain masa. Selamat menyantap!
(Visited 147 times, 1 visits today)
LIHAT JUGA:  (Video) Patutlah Gambar Burger Tu Menggoda Habes. Kita Tertipu Ghupanya...

Comments

  1. allyshah says:

    sedap tau sape tk prgie rugi tau.

  2. nini says:

    tau tak kalo ada bilik sewa yg boleh jalan kaki je utk pi dmno’s pza ini?tq


LIKE KAMI DI FACEBOOK