Feb 262011
 

Hey buddies!!

Kali ni aku nak share sket 5 top youtuber abad ini yang mana aku perasan menjadi banyak inspirasi kepada semua youtuber serta blogger negara kita serta seluruh dunia… Maybe dengan perkongsian aku ni dapat beri korang sket inspirasi serta idea untuk korang lebih berusaha dalam dunia maya ni.

rick roll photo


Yang pertama, firssssttttt sekali dalam tahun 2008, aku kenal dengan Christine Gambito ni dan channel dia yang famous adalah HAPPYSLIP. Dia ni Philipino yang lahir dan stay kat US. So, bila dia famous kat youtube, dia dilantik jadi duta kecil Philipine. Apa yang bestnya happyslip ni adalah:

– sorang diri dia je dah boleh buat banyak watak.. tengok ar video dia memang ada muka dia je tapi berlainan watak..
– of course video dia kelakar but still ada moral of the storynya.
– watak bapak yang paling aku suka sebab suka sebut “Disaster!!” dan suka makan chips..

So korang tonton ar salah satu video Happy Slip bawah ni.. memang kreatif gak akak ni…



Yang keduanya aku kenal dengan Brittani Louise Taylor ni.. haha aku pun tak tahu kenapa aku minat akak ni..mungkin video dia comel kot… korang yang cun-cun tu try ar buat video cam BTL ni mesti ramai yang suka sebab comey… tau tak apa lagi aku suka pasal BTL ni?

– video dia memang comey ar.. of course
– mungkin cara dia edit video tu kreatif tu yang aku suka tu
– tiap-tiap ahad dia akan buat video segmen dia yang comey tu iaitu segmen ‘Shout Out Sunday’
– dia pun pandai buat joke dan suka share joke dari fan dia
– dia rajin share dan promote dia punya fan melalui soalan-soalan dan feedback fan dia
– err.. aku suka ar dia edit suara dia jadi suara kecik tu haha
– dia gak akan share soalan dari peminat serta share jawapan paling kreatif dari peminat tentang soalan dari video yang lepas..

so meh aku tunjuk sket kat mana comelnya dia ni..maybe cara dia berceloteh kot.. happy je dia ni..



Yang ketiga, aku kenal mamat KEVJUMBA ni sebab tiba-tiba nama dia naik dalam youtube sebagai Number One Most Subcribes in Youtube. Apa yang bestnya video dia?

– Video dia memang ada point/isi. dan point-point tu memang kreatif
– cara penyampaian dia memang kreatif, bersahaja dan kelakar
– dia ni suka kacau ayah dia..contohnya video I’ll Fuck Anybody ni.. hahaha sporting ar bapak dia…
– dan style dia yang unik adalah permulaan video dia, mesti ada lagu dan dia ni menari.. tapi sekarang dia dah dewasa dah takde montaj lagu dan gaya menari dia tu…
– dia ni memang baik hati sebab dia buat lagi satu channel iaitu JUMBAFUND dan hasil dari pengiklanan di channel tu disalurkan ke beberapa rumah kebajikan di America.. haahaa susah nak cari remaja macam tu sekarang ni..

Ni antara video dia yang kelakar.. ada Christine Gambito sekali.. bagus ar diorang sebab sama-sama tolong untuk naikkan nama masing-masing..



then yang keempat, aku kenal dengan RYAN NIGAHIGA. Biasalah dia ni pun kawan kepada Kevjumba. Dan korang jangan terkejut bila aku kata mamat Nigahiga ni sebenarnya lagi power dan kreatif dari kevjumba. Video dia memang kelakar dan tak tercapai dek akal.. apa kelebihan ryan nigahiga ni?

– mamat ni ada je idea dia nak buat lawak
– suka cakap laju-laju macam keretapi
– dia ada beberapa segmen antara ‘Dear Ryan: …” “Movie in minutes” dan “Off the pills”.. kesemua segmen dia buat tu memang superb habis.. tak tahan aku nak gelak kalau tengok video nigahiga ni..
– antara teman dalam beberapa video dia adalah lampu tidur dan seterika yang menyamar jadi lampu tidur… haha kreatif ar mamat ni…

korang tengok ar sejauh mana kreativiti nigahiga dalam salah satu video dia di bawah ni.. hahaha



Dan yang last dan paling otai dan paling aku suka adalah RAY WILLIAM JOHNSON! First thing aku nak cakap adalah video dia kelakar jenis open minded maknanya korang kena terima dia cakap pasal racist, sexuality, dan beberapa perkara yang pelik. Dan mamat ni ada cipta beberapa istilah dalam internet contohnya ‘ballz!!’ merujuk kepada orang atau benda yang terjatuh, ‘two camel in a tiny car’ merujuk kepada dua untuk dalam satu kereta (parody two girls one cup hahaha), ‘troll’ merujuk kepada pengkomen yang agresif tu, ‘fake and gay’ merujuk kepada video yang palsu dan tak asli.. ouh apa yang best dalam video Ray ni??

– setiap 2 kali seminggu, dia akan share 3 video yang kelakar
– setiap video tu dia akan bagi komen yang cukup kreatif dan kelakar
– setiap penghujung video dia akan piilh soalan dari viewer dan juga akan share 5 jawapan paling kreatif kepada soalan dari video yang lepas…
– cara penyampaian dia memang bersahaja dan kelakar.. haha aku suka mamat ni..

so korang tontonlah salah satu video dia yang aku suka ni. FYI, video dia akan diupdate setiap Isnin dan Khamis. so check it out!



_ _ _ _ _


So itulah 5 youtuber yang selama ni bagi inspirasi kat aku untuk blogging. dan aku perasan ada beberapa blogger dan youtuber dah mula ikut cara diorang untuk menaikkan saham diorang.. erm aku pun teringin gak nak buat vlog macam kelima-lima diorang tu. tapi aku muka tak laku ar.. serius cakap ni.. siapa pandang aku pasti takkan pandang untuk kali kedua.. Macam Kevjumba cakap “Setiap yang keluar di internet adalah segalanya tentang imej.”

ermm kalau korang rasa bosan… subscribe lah channel kelima-lima youtubers tu.. tak rugi punya.. dan lagi satu channel adalah FUNEMPLOYED – cerita macam mana dua pemuda ni berjaya menjadi popular di youtube! haaa ni kevjumba berlakon dengan sorang lagi kawan baik dia yang ada production company sendiri.. yang menariknya diorang guna DSLR camera je untuk rakam filem pendek yang berkualiti.. tak perlu handycam, hokay..hebat tak??

FYI, dengan youtube ni, korang boleh ada production company sendiri macam WONG FU PRODUCTION, serta syarikat rakaman sendiri macam DAVIDCHOI MUSIC.. Dan yang gempaknya, diorang semua ni iaitu Kevjumba, Nigahiga, Wong Fu Production dan Davidchoimusic bergabung menghasilkan youtube siries iaitu FUNEMPLOYED yang aku cakap tadi tu.. umur diorang baru awal 20-an dah berjaya… tengoklah macam mana ‘Asian People’ menguasai dunia hiburan barat di alam maya.. hebat kan.. kita bila lagi??? masih nak condemn dan tak nak tolong promote sesama sendiri?? fikir-fikirlah..

*Baru tahu tadi yang David Choi dah jadi penyanyi lagu latar untuk iklan Samsung di Korea. Perghh hebat tu!!!

P/s: Apa pendapat korang pasal kelima-lima youtuber tu serta anak-anak muda asia tu?

P/p/s: Inilah bukti kalau sama-sama saling membantu pasti apa yang kita nak akan lebih mudah dicapai.. betul tak??
(Visited 36 times, 1 visits today)
LIHAT JUGA:  (Video) What Is PMS? Hahaha Nice Shot Maria Elena!! Thumbs Up!

Comments

  1. razfira says:

    dear ryan tu mcm best la.hehe… suscribe2

    1. FITRIHADI says:

      memang best pn..tengok ar semua video dalam channel dia..

  2. Nely Leyana says:

    uuhuhu… x pernah tau pon kewujudan dierang nak g layan la…

    1. FITRIHADI says:

      layan ar..diorang memang sempoi habes..

  3. Anip says:

    best2, semua best, hahahah. aku suke cara diorng edit video. kreatif, masing2 ade ciri2 tersendiri. HAk3

    1. FITRIHADI says:

      a’ah betul tu..masing-masing ada identiti tersendiri dan kreatif..

  4. sweet says:

    bakat berlakon yg terpendam mana tau ada pengarah yg berminat

    1. FITRIHADI says:

      sesetangah tu dah ada berlakon dan kuar kat tv :)

  5. mira says:

    aku ske gler nigahiga@ryan nih… serius!! cm da taksub gler ngan mamat nih… tiap minggu tunggu vids die. org m’sia x knl sgt dier nih.. T__T aku plg ske skitzo. yg die berlakon jd regina, ryan, hanate n rdizzle. best gler. serius die nih kreatif… video terbaru die, never say never (rustin hieber), parody utk justin bieber!! sgt best!!!!!! kevjumba pon aku lyn tp x seminat ryan r. sbb kevjumba berckp psl diri sendiri but i think he’s so proud to be asian. die pon best gak

    1. FITRIHADI says:

      video lama kevjumba yang best tu..video baru dia kurang menyengat ar.. apapun diorang tetap gabungan yang terbaik..

  6. tak best aku rasa..sebab celcom aku dah limit usage so aku nak tgk video pun tak dapat..cis..

    bukan video tu yg tak best…ki3..lain kali aku dtg lagi tgk..

    1. FITRIHADI says:

      hahha ye la bro..kalau ada tenet free bleh ar layan..

  7. saiful says:

    memang best semua video ni tapi part yg mkn mee dgn hidung penuh vicks (Happy Slip) buat aku geli,eee!

    1. FITRIHADI says:

      haha ye la..sanggup dia buat video camtu

  8. Amiey says:

    saya commetn sambil tunggu beliau loading =.=”

    btw penulis jemputan ? alamak awak, amiey tulis melalui pemikiran , takut x okay je :(

    1. FITRIHADI says:

      eh eh.. okay je kalau nak menulis kat sini… boleh saya tolong promote blog :)

  9. Hanie Ly says:

    huh tetibe byk homework nak kene buat! pasni buat top 5 vlogger paling comeyyyy di abad ini okeh! confirm akak tak bertangguh tengok!

    1. FITRIHADI says:

      haha boleh-boleh.. thanks for the idea kak!!!

  10. mikeon9 says:

    dulu aku rajin jugak la follow youtuber. nama dia FRED. Gila famous sampai orang sanggup buat movie untuk dia. Mula tengok kelakar,bila lama-lama bosan.

    My popular post: Stalker kekadang menakutkan

    1. FITRIHADI says:

      fred tu sebab sora dia high pitch dan perangai dia gila-gila tu ar yang buat orang suka dia.. tapi aku tak minat dia ar.. cam gedik ja haha

  11. Ezany-Kun says:

    lepas ni boleh review local youtuber lak.. hehe..

    1. FITRIHADI says:

      insyaallah..tapi sebelum ni pun aku ada promote beberapa youtuber tempatan macam afiqsay, maria elena..search ar kat sidebar tu…

  12. sha amane says:

    aku mmg minat ngan Ryan Higa!! video2 dia mmg best…

    1. FITRIHADI says:

      yupp..asian people memang best hehe

  13. MDHAFiZ.NET says:

    aku suka lihat “the wang and only” bro.. itupun kelakar jugak…best… :)

    1. FITRIHADI says:

      haha tu adik beradik sengal tu kan..adeh..

  14. zik says:

    ryan nie aku dah lama subscribe…fit tryla buat.. hek2..

    1. FITRIHADI says:

      haha tengok ar dulu..tak berani lagi nak berlakon depan kamera…

  15. […] Woowww!!! Senarai tarikh dan tempat berlangsungnya PC Fair untuk setengah tahun bagi tahun 2011. (Mesti Baca) 5 Youtuber Terbaik Abad Ini | Inspirasi Kepada Semua Vlogger Serta Blogger Malaysia Tonton 5 youtuber yang menjadi inspirasi kepada saya untuk berblogging selama ni.. mungkin dapat […]

  16. Rajdev says:

    Tak sangka diorang buat lawak camtu pon boleh hits sampai riban-riban subscriber yer..

    1. FITRIHADI says:

      biasalah USA kan besar negaranya,,,mestilah boleh capai riban2 subscribernya..

  17. Mus says:

    memang power idea diorang ni..

  18. […] banyak digunakan oleh small production yang berjaya di youtube macam yang aku ceritakan dalam entry (Mesti Baca) 5 Youtuber Terbaik Abad Ini | Inspirasi Kepada Semua Vlogger Serta Blogger Malaysia ni.. Apapun filem Dilarang Masuk ni dijangka akan ditayangkan pada 7 April 2011. Jom layan trailer […]


LIKE KAMI DI FACEBOOK