Jan 242011
 

[ Entry ini adalah dari blogger jemputan MATJOE.COM dan sambungan dari entri terdahulu… ]

Kenderaan – Berkenaan topik kenderaan sewaktu mula bekerja, kalau tempat kerja itu boleh sampai dengan pengangkutan awam seperti LRT, kita tidak perlu membeli kereta terlebih dahulu. Kalau anda seorang lelaki yang pandai menunggang motosikal, boleh sahaja menunggang motosikal untuk ke pejabat. Ini kerana menaiki kenderaan awam atau motosikal amat menjimatkan kos.

Kalau kita berkereta, sudah tentunya kene kene bayar ansuran bulanan, belum termasuk insurans dan roadtax tahunan. Bila betul betul perlu sahaja barulah beli kereta, lebih lambat adalah lebih baik. Saya membeli kereta sewaktu hampir hendak berkahwin, ini kerana perlu untuk pasangan berkahwin memiliki sebuah kereta, memang ‘kedekut tahi hidung masin’ lah kalau dah kahwin pun naik bas lagi untuk balik kampung. Kalau belum berkahwin, rasanya saya belum lagi membeli kereta

gambar tips menabung tabung wang jimat


Dimana Nak Menyimpan – Amanah Saham Bumiputera. Pelaburan ini tebukti sekian lama memberi pulangan yang konsisten dan kita tidak akan rugi sekiranya mengeluarkan simpanan dalam masa yang singkat. Sebagai contoh kalau kita meyimpan utk pendahuluan membeli kereta, atau belanja untuk perkahwinan, katakan dalam jangkamasa 2 tahun sahaja kita tetap akan dapat dividen dan tak perlu risau kerugiaan dalam peyimpanan kita.

Selain itu alternatif lain (yang berpotensi member pulangan lebih) ialah seperti emas dan unit trust, tetapi ada strategi lain jika hendak meyimpan dalam instrument ini seperti kos pengedalian atau spread dan juga jangkamasa pelaburan.

Penting utk tidak membazir dan beli liability – Tidak membazir disini adalah seperti membeli sesuatu yg bukan keperluan sebagai contoh smartphone, designer clothes, perfume mahal mahupun set home theater dgn game console. Semua ini hanya membawa kegembiraan sementara dan tidak mempunyai pulangan dari segi kewangan. Liability pulang yang dimaksudkan adalah seperti kereta yg installmentnya lebih dari separuh dari gaji anda, not to mention kereta yang mahal lagi tinggi insurans, roadtax dan kos servisnya jugak.

Dipenghujungnya, duit hanya habis untuk menyara sebuah kereta sahaja. One more thing which I found not useful is membership di gym, sudahlah sing up untuk 12 bulan, awal bulan pertama sahaja rajin pergi selebihnya, tak pergi pun, sudahnya jadi liability bulanan

Kesimpulan – Dengar macam kurang menarik, perlu berjimat dan menjaga budget dalam merancang wang semasa mula bekerja. Duit itu anda usahakan anda tentukan utk dibelanjakan, tidaklah perlu terlalu berpekin sehingga kelihatan seperti haji bakhil dan menyusahkan orang, atau terlalu ‘reward ourself’ sehingga xde simpanan.

Apa yang pasti dengan gaji yang sama, ada seorang boleh miliki sebuah keluarga dengan 2 orang anak, simpanan berjumlah lebih 100k dan 4 buah rumah pada usia 30. Dan, ada yang masih baru berkahwin, tanggung personal loan utk kahwin, masih menyewa rumah dan ada sebuah Honda civic yang dah 5 tahun (yang dibeli baru pada usia 25) pada usia 30. Pilihan anda untuk jadi yang macam mana?

Senang kata, kitalah penentu masa depan kita, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian.
(Visited 56 times, 1 visits today)
LIHAT JUGA:  (Viral) Rahsia Bil Elektrik Menurun Terbukti Berkesan

Comments

  1. Amiey says:

    amiey simpan kat asb gak mak suruh.
    alhamdullilah boleh kawen -.-”
    bila orang nak masuk minang agagaga

    1. matjoe says:

      lagi lamat org meminang, lagi byk duit tu berkembang dlm asb, ahahha

  2. zuriey says:

    g keje naik lrt je event ada kete..jimat kos..takyah hadap jem

    1. suri says:

      nampaknya kena belu tabung ni huu..

      1. matjoe says:

        bukak buku akaun la dik, tabung karang toyol curik

    2. matjoe says:

      mmg lrt menjimatkan, tak payah fikir maintenance. time cuti tak naik, takpay keluarkan duit utk tambang

  3. eLLy says:

    dah 12 tahun berkerja & sudah berkahwin.. fit ade tip tak camno nak simpan duit =)

    1. matjoe says:

      awesome lah tu dah 12 tahun kerja dan dah kahwin. tip nak simpan duit, mudah jer, pendaptan – simpanan = perbelanjaan, dgn kata lain we pay ourself fist in term of simpanan, selebihnya baru kita belanja.

      read this: http://www.matjoe.com/2010/12/pay-yourself-first-bosan-jugak.html

  4. phreak-id says:

    Apa nih fit tabung letak syilling je.

    hEHE. gurau je

    Terbaru > Dunia Blogging Yang Di Famouskan Oleh Redmummy Dalam Berita Minggu Semalam, Hari Ni Di Famouskan Lagi Dalam Hot Chat HotFM Pula > Tahniah Datuk Lee Chong Wei | Statistik Pemain Malaysia > Tukar Banner/Link Dengan phreak-id

    1. matjoe says:

      syiling tu dh penuh dia tukau jadik note, pastu ujung bulan masuk asb

    1. matjoe says:

      KWSP – mana boleh kelaurkan, itu simpanan hari tua, tapi belum tentu cukup nak hadapi perbelanjaan selepas kita bersara. ada jugak option keluarkan masuk dalam unit trust

      read this: http://celik-ringgit.blogspot.com/2011/01/kumpulan-wang-simpanan-pekerja.html

  5. cimi says:

    eh? da part 3 da?
    kene rncg cpt nih. :D
    nty xde dwit nk kawen.

    1. matjoe says:

      boleh rujuk part 1 & 2 dlm entry hari isnin lepas. part 2 ada story pasal kawen

  6. zik says:

    lagi besar gaji lagi lah dia punya dugaan….. so berbelanja hanya perlu , bukan sekadar hanya untuk tunjuk2… tetapi sekadar memenuhi keperluan harian…

    1. akubiomed says:

      Zik, apabila periuk besar kerak pun besar juga :-)

      1. matjoe says:

        kene set of mind gaji besar, boleh generate asset yg lebih besar. mindset periuk dgn kerak ni dh tak sesuai di amalkan

    2. matjoe says:

      betul tu, kadang its influence from people around us make us spend, even gaji kita tak mampu pun kita masih berusaha utk bagi mampu, that is when credit card coming in

  7. fyna says:

    yeay! menabung masa muda..masa tua nanti goyang kaki and pergi malancong!

    1. matjoe says:

      that’s right, start early. mmg ada yg boleh bersara awal kalau kene gaya invesment yg dilakukan

  8. akubiomed says:

    Dah 13 tahun ulang alik kerja dengan motor cub sahaja manakala kawan-kawan lain sudah pergi kerja menaiki kereta.

    1. matjoe says:

      bro, nothing wrong with that. in fact, i travel to office via car once in a while, it’s not a pleasant experience, jam mmg bosan. kalau naik moto, pantas jer sampai

      1. akubiomed says:

        Kalau hari hujan paling mencabar apabila menunggang motor

  9. mie says:

    fuh!!
    sam2 kita menabung…
    untuk perancangan masa depan..
    eheehee

    1. matjoe says:

      mie, btul tu, sama2 kita educate ourself dgn financial intelligence

  10. donnyien says:

    ASB memang terbukti..saya sudah menyimpan disana dan komisen dapat setiap tahun..

  11. ahsfantasy24 says:

    hehehe.. nice sharing..
    xsabo nk keje n jimat dlam bblanja :)

  12. anati says:

    entry yg bagus.. keep it up!

  13. mekar says:

    Betul tu. Waktu muda camni la kena beringat & menyimpan. mekar mula2 kerja dulu pun naik train/bus. 2 thn lps tu baru mampu pakai keta. Lagi satu, mekar suka rekodkan segala perbelanjaan yg mekar dah gunakan. Bila terlajak guna, automatik bulan berikutnya kena berjimat.

    Tq sudi ziarah blog mekar.

  14. aslam says:

    wow..terbaik la entry..aku suka entry begini..

  15. nnj says:

    bkn ker ASB itu dikatakan haram @ erti kata lain, duit yg dilaburkan kpda syarikat yg haram. sya da kaji psal ASB, da ckp 30% je haram lagi 70% halal. harap komen sikit yer. tq. :-)

    1. FITRIHADI says:

      saya pun ada terbaca pasal ASB tu haram. Dan sekarang ni pun saya dah tak aktif sangat dengan ASB. Sebab orang kata kalau was-was tu baik tinggalkan. Dan kalau rasa ada dapat duit bonus asb tu, boleh ar sedekahkan kat masjid ke ikut jumlah bonus tu. Yang duit kita simpan tu boleh masukkan dalam akaun bank lain yang boleh dipercayai. Macam CIMB islamic ke. BIMB ke.. kalau akaun bank yang tu, memang diorang bagitau sumber mana diorang dapat bonus tu. no worry :)

      thanks sebab sudi komen hehe

      P/s: Ini artikel lama. Harap boleh dimaafkan :)

      1. nnj says:

        btul2…
        btul sngat pa yg en.fitri ckp tu…
        sya pun dh xsimpan dlm ASB, skrang aktif smpan kat Tabung Haji jer..
        Walaupun sikit tp dijamin HALAL… :-)


LIKE KAMI DI FACEBOOK