Jan 172011
 

Selamat bertemu kembali untuk entry bahagian kedua tajuk Rancang Wang Semasa Mula bekerja. Baiklah, dalam bahagian pertama saya banyak menekankan meyimpan sebanyak mungkin, selain membelanjakan gaji yang kita utk keperluan asas sahaja. Tentu ada alasannya bukan? Ikuti sambungannya

Rancang Wang Untuk Apa? – Sebenarnya saya tekankan untuk menyimpan sebanyak yang boleh adalah sebagian dari perancangan kewangan kita utk sesuatu yang lebih besar / lebih penting dalam hidup kita

gambar jimat wang perbelanjaan kewangan


1) Dana Kecemasan – Manalah tahu berlaku kecemasan seperti dibuang kerja, atau kecemasan lain yang menimpa diri kita atau keluarga kita, dana inilah perlu ada untuk menhadapi semua ini

2) Dana Untuk Membeli Kenderaan – Kenderaan yang dirujuk adalah kereta, yang mana hanya kita betul2 perlu menggunakannya barulah kita membelinya. Untuk bayar muka sahaja sudah 10%, belum dikira perbelanjaan menanggungnya, jadi disini kita perlukan dana untuk membeli dan seterusnya menggunakan kenderaan.

3) Dana Untuk Berkahwin – Fitrah hidup manusia berpasang – pasangan, satu masa nnti insyaAllah kita akan berkahwin, tambahan pulak semasa di Univesiti lagi dah bercinta, makin cepatlah kia dgn perkahwinan. Jadi adalah penting untuk menyediakan dana yang cukup untuk sesuatu majlis perkahwinan. Saya tak pasti ketika ini, namun semasa saya berkahwin saya telah berhabis sekitar 18k. Untuk majlis kahwin saya menggalakkan penggunaan wang tunai berbanding berhutang kerana kita sendiri akan terasa duit penat lelah kita kumpul itu dibelanjakan, untuk itu kita tidak akan membelanjakan duit kita itu terhadap perkara yang dirasakan membazir

4) Dana Untuk Membeli Hartanah Pertama – Bukan setakat berkahwin sahaja, kita perlu meyimpan wang yang kita dapat sebagai modal untuk membeli hartanah pertama, selepas berkahwin, daripada kita menyewa bertahun-tahun, adalah lebih baik kita kumpul dan untuk membeli rumah pertama dan berhenti menyewa. Saya sendiri memiliki beberapa buah rumah sewa, mmg sewa yang tenant saya bayar, bila ditolak installment loan rumah di bank yang yuran maintenance apartment, saya masih boleh mendapat lebih rm100 bersih

Harus diingatkan dalam situasi atas normal, manusia akan hidup sekitar 60 ke 70 tahun, memandangkan kita hidup dalam dunia yang menggunakan wang sewaktu kita mula bekerja, jadi amatlah perlu untuk membina asas yang kukuh sewaktu kita mula berkerja. Bahagian ketiga dan terakhir akan bekongsi bekenaan kenderaan dan dimana kita nak ‘park’ duit kita itu. Jumpa lagi di entry Isnin depan
(Visited 31 times, 1 visits today)
LIHAT JUGA:  (Tips) 9 Cara Nak Jimat Minyak Motor

Comments

  1. zuriey says:

    baru kerja memang macam-macam nak guna dengan duit gaji..

    1. matjoe says:

      mmg betul, seawal mula bekerja mmg byk pakai duit, especially utk mulakan hidup baru menyewa as org bujang dan gaji pertama utk belanja parent and sibling. sy dh terangkan dalam part 1. yang pasti masuk gaji kedua dan ketiga kita dah boleh save more.

  2. zik says:

    dana kecemasan adalah satu dana yang sangat penting.. sebabnya kadang2 kita overbudget/somehting unexpected berlaku , duit inilah yang kita akan gunakan… tapi dana nie , aku pun selalu kantoi …..

    1. matjoe says:

      no harm set aside duit utk kecemasan dlm insrument yg senang utk kita akses. ideally 6 bulan gaji, tapi utk awal bekerja ni bolehla set aside berapa yg mampu, provided our expense kita tu cuma yg penting sahaja

      1. akubiomed says:

        Banyak pakar yang mencadangkan supaya mempunyai simpanan selama 6 bulan gaji. Boleh tahan banyak juga

        1. matjoe says:

          memang banyak tp kalau tak jadi apa-apa, duit tu tetap duit kita dan kita berhak gunakannya,kalau tak guna ia still akan berkembang kerana terdapatnya diviiden

  3. hazwan says:

    dana kecemasan memang penting
    contoh nya hari tu tibe-tibe moto eksiden
    terpaksa la guna duit kecemasan

    1. matjoe says:

      hazwan, sebab itu dari awal lagi kene ada peruntukan semasa kecemasan. kene buang kerja tu maybe tak berlaku unless kita mess up, tapi part2 eksiden, kereta rosak, ahli keluarga eksiden pun perlu diambil perhatian. Kalau tak jadi apa2 ok la, tapi kalau terjadi sekurang2nya kita telah bersedia

  4. ish…betul la..skrg bila dh keja 3 taun..menyesal lak rasa tak simpan duit btul2 masa mula keja dulu..obses nk shopping jee…huhu…

    1. akubiomed says:

      Zaman sekarang lagi banyak dugaan terutama barangan elektronik seperti handphone dibeli macam tukar baju

    2. matjoe says:

      what better time than now. paling loser dan tak boleh start ialah sewaktu bersara

  5. Hanie Ly says:

    Good tips! Kalau la i bace neh 10 thn lepas… heheh ;P

    1. matjoe says:

      baca all 3 part, dh publish part1 and part 2, part 3 minggu depan

  6. RedBoys says:

    tapi lumrah manusia sering menghabiskan gaijinya masa muda2. itulah kesilapannya. tidak membuat simpanan untuk hari2 akan datang. nice tips bro.

    1. matjoe says:

      ya betul, that the reason sy tulis entry begini, utk pembaca fitri hadi yg terdiri dikalanga yg belum kerja dan nak mula kerja. at least ada laa yg rancang duit dgn betul. i believe tak semua orang anak org kaya, even anak org kaya pun,tak semsetinya parent dia bukan senang2 nk bagi duit

  7. akubiomed says:

    Masa bujang paling sesuai mula menambung apabila sudah berumah tanggan banyak perbelanjaan yang perlu ditanggung

    1. matjoe says:

      agree. no room to treat ourself berlebih-lebihan. once dh ada dana utk semua tu, mmg takde masalah sgt nk rancang wang semasa berumah tangga

  8. arek says:

    dana yang paling penting masa nak kawin ngan sesudah kawin nak mule hidup baru..kalo tak stabil goyang gak oohhh…sibaik rezeki aku alhamdulillah

    1. matjoe says:

      dana utk kawen yg dimaksudkan ialah utk majlis kahwin dan selepas kahwin. mmg bila dh kawen ada 2 sumber income, so kene buat budget bersama

  9. ss says:

    berapa banyak dana daaa

  10. […] Rancang Wang Semasa Mula Bekerja – Part 3 [ Sambungan dari entri terdahulu… ] Kenderaan – Berkenaan topik kenderaan sewaktu mula bekerja, kalau tempat kerja itu boleh […]


LIKE KAMI DI FACEBOOK