Jan 102011
 

Salam buat semua pembaca fitrihadi.com, Inilah entry pertama yang saya buat sebagai mengisi slot featured blogger of the month di blog ini. Entry sebelum ini adalah diambil dari entry telah saya hasilkan. Selepas ini akan ada 3 lagi entry yang bakal saya tulis di blog ini setiap isnin iaitu pada 17, 24 dan 31 Januari.

Saya sedia tahu yang kebanyakan pembaca Fitrihadi.com kebanyakannya masih remaja yang sedang belajar di University, dan dalam masa tidak lama lagi mungkin akan menamatkan pengajian dan melangkah kea lam pekerjaan. Jadi ada baiknya saya kongsikan satu entry berkaitan tajuk diatas, iaitu bagaimana hendak merancang wang semasa mula bekerja.
Setelah berakhir pendidikan di Universiti dan mendapat segulung ijazah, kita bakal melangkah ke alam pekerjaan yang sememang banyak berbeza dgn sewaktu kita belajar. Paling ketaa ialah kita akan mendapatkan wang daripada hasil kerja yang kita lakukan. Berikut adalah saranan utk perancangan wang sewaktu mula bekerja

gambar jumlah jutawan muda


Sebelum Mula Kerja – Kita perlu ada dana untuk menyediakan diri kita untuk pekerjaan. Biasanya kita perlukan duit untuk menyewa bilik/rumah, membeli keperluan asas seperti tilam, almari dan pakaian kerja. Kalau ada lebih PTPTN atau scholarship bolehlah gunakan, kalau takde, kenelah pinjam dengan ibubapa. Disini penting untuk mencari rumah yang serve the purpose untuk kita tinggal, tidak terlalu selesa hingga kadar sewanya mahal atau terlalu murah sehingga rumah itu kelihatan seperti saying penagih

Tempoh Percubaan – Sewaktu mula bekerja, kita belum lagi disahkan jawatan sebaliknya kita berada dalam tempoh percubaan ataupun probation, biasanya sekitar 3 bulan dan 6 bulan. Bergantung kepada syarat syarikat itu sendiri. Disini adalah penting untuk kita belajar dan ‘adapt’ dengan cepat dengan situasi kerja, kita perlu membuktikan yang kita adalah layak mendapat jawatan tetap dengan menjadi ‘punctual’ , dapat berjaya menyiapkan tugasan yang diberi dengan baik

Gaji Pertama – Mendapat gaji pertama memang sesuatu yang mengujakan, penat belajar dan bekerja akhirnya terbayar. Kalau ikutkan semua orang di sekeliling kita hendak dibelanja bagi meraikan gaji pertama, walau bagaimanapun, adalah penting utk kita belanja atau beli sesuatu untuk orang yang kita terhutang budi paling banyak iaitu bapa kita. Selebihnya, itu kalau nak belanja jugak, belanja yang biasa sahaja. Jangan habiskan gaji pertama ini, simpanan untuk masa depan bermula pada gaji pertama

Bila dah Confirm – Masuk ke gaji bulan ke2 dan ke3, kita sudah tidak perlu lagi belanja sesiapa pada bulan ini sebaliknya kita boleh menyimpan kebanyakan wang kita selain daripada perkara asas seperti makan, sewa dan kos transportation. Katakan setelah 3 bulan confirm, biasanya akan ada kenaikan gaji. Jadi , jumlah simpanan anda jugak boleh bertambah kerana perbelanjaan asas masih kekal

Terus Bekerja dan dapat manfaat – Sekiranya kita terus bekerja, ada 2 perkara yang mana pekerja untuk tunggu setiap tahun, iaitu the big ‘B’ which is BONUS dan jugak Kenaikan Gaji Tahunan. Kedua-dua ini bergantung kepada syarikat yang kita bekerja, ada yang bagi bonus 6 bulan,ada yang 3 bulan, sama jugak seperti kenaikan gaji, ada yang 10%, ada yang 3%. Yang pasti kesemua yang kita dapat ini boleh 100% dimasukkan dalam simpanan. Katakan gaji 2k, dapat bonus 2 bulan, jadi kesemua 4k itu boleh terus dimasukkan sebagai simpanan. Katakan kenaikan gaji tahunan adalah pada 5%, kalau gaji 2k, kita dpt kenaikan rm100, jadi simpanan kita boleh lebih rm100 daripada sebelum ini. Selain itu manfaat perubatan jugak boleh mengurangkan kos yang perlu dibayar sekiranya kita sakit

Opss terlupa, pastikan pada waktu ini anda telah habis membayar dengan ibu bapa anda sewaktu awal2 kita nak bekerja

Bahagian kedua akan bercerita tentang kenapa kita nak rancang wang? Agaknya kenapa adakah untuk membeli superbike idaman CBR 1000rr, saya akan berkongsi tentangnya pada entry minggu depan
(Visited 17 times, 1 visits today)
LIHAT JUGA:  (Tips) Senarai 13 Makanan Jimat dan Murah Selain Maggi

Comments

  1. Hanie Ly says:

    Setuju dgn tips! Yang penting belajar menyimpan dari muda! Zaman skank ni mcm² cara ada utk menyimpan… find the best that suits you and mulakan dari sekarang! ;P

    1. matjoe says:

      yep, the sooner the better

  2. adie says:

    bab2 wang ni aku suke.. hahaha..

    1. matjoe says:

      it’s good. kita suka bermakna kita one step closer utk lebih aware pasal pengurusan kewangan

  3. azizie says:

    Gaji bulan ke2 ngan ke3 masih lagi kene belanje orang. Ramai sangat mintak belanje. Bulan ke4 baru bleh start simpan duit. hahah

    1. matjoe says:

      hmm, boleh jer belanja tp x payah yg grand2, grand2 our parent n GF la deserve

    2. pilotHans says:

      blanja ikut kemampuan sudah..yg pi blanja sume org steamboat or makan otel pasaipa..makan tepi2 jalan yg kelantan2 malay food tue sudah laa… ^_^

  4. serol says:

    tak sabar nak tunggu part seterusnya.. :D

    1. matjoe says:

      dah keluar hari ni 17/1/11

  5. zik says:

    perbelanjaan dan perancangan wang seharusnya di manage ketika zaman student… sebab dugaan masih tak banyak lagi.. maksudnya ialah bebanan hutang2 dan tanggungjawab harian., menyukarkan untuk menyimpan… mahu tak mahu kena tarik sana sini sikit.. kan dah susah…

    1. matjoe says:

      ada jer kawan anak org kaya yg jadi papa sebab tak manage duit time i student dulu. last sekali mintak pinjam kt kawan, tunggu next month dpt duit baru bayar balik. tu pun kadang2 jenuh mintak.

      zaman saya belajar dulu duit biasiswa, itulah yg saya manage utk makan, sewa umah, duit balik kampung, dan duit utk belajar kereta

      1. pilotHans says:

        thats why byk org kaya2 antar anak study finance./biz management utk manage duit..yg xmanage duit tue mesti study ngarut2 n main2….kesian..daa ade peluang wasted…

  6. akubiomed says:

    Ada beberapa usahawan di Malaysia pun sudah berjinak-jinak dengan dunia perniagaan semasa di Universiti sebagai contoh Al-Ikhsan

    1. matjoe says:

      that’s very good, yg pasti financial iq should developed at the earlier stage. the earlier the better

  7. fitri says:

    belum bekerja lagi..tapi nikmat dapat duit walaupun ciput tak dapat nak digambarkan :)

    1. matjoe says:

      duit adalah reward yg memotivasikan. even ada org sanggup bergaduh sebab duit. bila kerja nanti rancanglah wang dgn baik.

      1. pilotHans says:

        in life, there’s 2 main reason people make mistakes…..

        1) MONEY
        2) WOMEN

        mark my words ;)

  8. RedBoys says:

    betul dan setuju dengan tips ni. perlu ada perancangan dan jangan membazir.

    1. matjoe says:

      yep, inilah tujuan sy tulis aritkel ini.

  9. pilotHans says:

    duit ni susah nak carik..tp klo nak spend ….sekelip mata jer ilang..haih….

    1. matjoe says:

      selagi kita berfikiran begitu, begitulah kita jadi,
      set our mind like this
      duit memang boleh dicari
      sy yg decide duit itu utk spend
      kalau sy invest ia takkan hilang

      1. pilotHans says:

        tue realitinye..tp sy mmg set kan mind..duit cukup …mmg cukup..thats why tak pakai credit card..klo setkan duit xcukup daa lame ber CC kembali..huhuhu…

        yeah, invest ikut timing..time tgh duit mmg nak pakai in short term susah nak invest..so kene bijak2 laa…


LIKE KAMI DI FACEBOOK