Jan 182011
 

Tahukah anda apakah scene yang tipikal dalam drama sinteron Indonesia?

 

Scene Tipikal Dalam Sinetron Indonesia
 

Kiranya macam scene tu dah takde modal lain. Asyik-ayik benda yang sama je dia ulang. Aku tau ramai yang tengok sinetron Indonesia ni tiap-tiap hari.

 

Apa yang aku share ni macam trademark cara perfileman dioranglah. Jemput baca! hehe..

 

 

1. Ni scene menikah. Time tok kadi tu dah abis akad, pastu tanya “Sah enggak para saksi sekalian?”. Mesti ada sorang mamat ni menyampuk kata “Tunggu!!” Memang takde masa lain. Time tok kadi nak tanya tu la mamat tu nak nyampuk.. adehh

 

2. Ni scene kapel gaduh. Kalau pakwe ni curang atau main kayu tiga mesti kena siram air. Yang lagi kelakarnya, scene siram air ni mesti kat restoran. Takde tempat lain ke nak siram menyiram ni?

 

3. Ni scene dua orang yang tengah mencari-cari ataupun dua orang ni dah lama tak jumpa tapi nak sangat jumpa. Alih-alih mesti diorang berdua ni sipi-sipi nak terjumpa. Dah ada dekat-dekat tapi masing-masing tak nampak. Bikin saspen je. Adehh…

 

4. Ni scene sedih. Kalau ada mamat atau cewek ni tengah sedih sebab kena marah atau kena aniaya mesti lari keluar rumah. Yang lagi peliknya, time keluar tu mesti hujan. Kononnya nak bagi nampak sedih dan kesian ar. Time salji atau panas terik pun boleh gak apa nak lari dari rumah. Keh keh keh…

 

5. Ni scene dapat berita buruk. Tak kiralah siapa-siapa pun, kalau dapat je berita pasal kematian ke pasal kemalangan ke mesti reaksi diorang “APA???”.. tu je la perkataan yang keluar.. dah takde benda lain.. Perasan tak?

LIHAT JUGA:  (Video) Lagu 'Ahmad' Yang Bikin Aku Muntah Wehh!! Tolong...

 

6. Ni scene gaduh. Biasanya taulah kan hero kalau gaduh mesti menang punya. Walaupun teruk kena belasah tapi last-last menang gak. Ni ikut konsep cita Ultraman kot.. Dan yang peliknya takde pun si hero ni belajar silat atau taekwando mahupun kungfu di awal cerita.. Camner tu?

 

7. Ni scene kemalangan (kena langgar keta). Bagi aku ini scene paling kelakar. Kalau dah tau kereta datang nak langgar, yang dok tunggu lagi tu buat haperr?? Lari le makcik!! Asyik-asyik nak tutup mata pastu menjerit “Arghhh”. Adehh…

 

8. Ni scene kejar-mengejar. Perasan tak bila hero atau mana-mana watak yang di kejar tu, mesti tiba-tiba si penjahat yang kejar tu berhenti sebab penat. Yang lagi lawaknya sempat lagi penjahat tu menjerit “Weh loo jangan lari!”.. Ehh kalau dah kena kejar penjahat pastu disuruh berhenti, gila ke apa nak berhenti.. ‘bijak’ betul penjahat tu hahaha

 

9. Ni scene terkejut. Nak zoom tu aku tak kisah sangat sebab tu memang trick kamera dari indonesia. Tapi tak payahlah sampai nak zoom semua orang dalam scene. Kalau 10 orang terkejut, hah semua 10 orang tu dia nak zoom. Mengabehkan maso eden jo.. adehh

 

Entry ni sekadar hiburan. Bukan nak jatuhkan siapa-siapa. Yang penting Malaysia dan Indonesia tu kan serumpun. Gak mau ribut-ribut :)

 

(Visited 43 times, 1 visits today)

Comments

  1. MDHAFiZ.NET says:

    waduh..bisa gawat ni mas…
    hmm..

  2. nuriz says:

    hhehe betui betui..cite indon suka buat zoom zomm..lagi satu scene depa semua close up je, tapi pelik ramai orang suka, ekspresi muka berlebih lebih..rasanya pelakon malaysia lagi bagus..

  3. Luv says:

    Hhaahaha! Betul pasal zoom2 muka tu.. Kelakar tengok bila setiap muka nak dizoomnya.. Hahahaha

  4. safra ria kurniati says:

    wkwkkwk asli lucu banget (ini ketawa ala org indonesia),,, sebagai orang melayu indonesia (melayu riau), saya dan sejuuuuuta warga indo lainnya juga udah mulai gerah sama sinetron2 indo niy, (makanya drama korea skrg booming banget),, dan semua cerita, alur, pemain, yang tidak masuk akal,, jalan cerita semua sama, amnesia lah, anak ketukar lah, kalau untuk zoom2 itu memang udah ciri khas kali ya,, haha soalnya sering ditiru2 di acara2 komedi,, plus APA????? nya itu,, itu udah khas sinetron banget deh,,, cuma saya heran kenapa malaysia masih tayang sinetron ini,, gak mendidik sama sekali menurut saya,, di indo cuma jadi tontonan kesukaan masyarakat kelas bawah aja,, malah pengen boikot rasanya,, tapi nggak semua juga kayak gitu,, ada juga yg bagus,, kayak Kiamat Sudah Dekat,, pokoknya sinetron2 RCTI jgn diambil deh,,, orang malaysia bilang merepeklah,,

  5. safra ria kurniati says:

    oh ya satu lagi,,,, sinetron indo jadi kayak gitu karena setiap hari syuting bro (karena tiap hari tayang kan??) malah katanya syutingnya bisa 2-3 jam sebelum tayang,,, ckckkckc kalau jaman dulu cuma tiap minggu, jadi ada waktu untuk benar2 bikin adegan dan cerita yang bagus,,, btw kok Nikita Willy sih??? masih banyak yang cute dari si Nikita,,,,


LIKE KAMI DI FACEBOOK