Jan 212011
 

Hey blogggggggggggggggggerrrrrrrrssssss! Hah panjang tak? Ni sebab sekarang ni blogger ni dah makin ramai. Makin berlambak. Bukan macam cendawan lepas hujan dah, tapi dah macam semut dalam rumah. Memang ramai sungguh.

gambar takde idea blogging entry tulis


*Baca tajuk.

erm mesti ramai yang ada persoalan yang sama. Persoalan yang sentiasa bersarang di hati setiap blogger. Kat sini aku nak share beberapa alternatif yang ada untuk buat entri semasa idea dah kering kontang. Antaranya;

1. Gi cari video kat youtube yang korang agak-agak menarik dan menghiburkan hati, letak dalam entri dan bagi komen sket.. dah siap satu entry.. mudah kan?

Contoh entri: Cara Paling Gila Nak Pekena Kawan Korang (Edisi Budak Universiti dan Kolej!) Hahahaha…

2. Gi terjah mana-mana blog, pick satu entry terlatest mamat atau minah tu. Pilih sama ada mau support atau hentam entry tu (kebanyakannya akan supportlah.. gila ko mau hentam orang.. tak baik woo),pilih beberapa ayat dalam entry beliau, kasi komen, dan letak backlink ke entry beliau. Dah siap satu entry. Bukan saja korang dapat attention dari beliau, malah maybe beliau akan promote entry korang tu

3. Gi mana-mana kedai yang best, order makanan yang agak-agak korang ada kat kedai tu je, kat kedai lain takde. Snap gambar kedai tu berserta dengan makanan yang korang order tadi. Tempek gambar-gambar tu kat blog dan ceritakan pasal makanan serta harga makanan. Tak dilupakan juga lokasi kedai makan tu. Nak lagi best cam-whore ar sket gambar korang tengah menyuap atau mengunyah hehehe

Contoh entri: Jom Minum Blog Sambil Menang Iphone Atau Handphone.. Eh sama je kan :p

4. Korang stress? Okay fine. Tulis ar dalam blog. Tapi jangan nak melulu marah je memanjang je. Pastikan ada unsur lawak atau kurang-kurang nyatakan apa penyelesaian atau ending entry yang happy dalam entry stress korang tu. Baru ada balancing emotion dalam entry korang tu. Mesti reader korang terfikir “Eh mamat/minah ni tengah marah ke tengah happy? Baik aku komen atau lebih tepat lagi mengorat untuk kepastian…” hahaha

Contoh entri: (Celoteh) Again! Ini adalah blog personal.

5. Gi ambik majalah, *newspaper atau mana-mana pamphlet info yang ada kat mana-mana klinik atau kedai yang ada. Copy ayat tu menggunakan ayat korang yang paling santai. JANGAN COPY BULAT-BULAT sebab dah sah pamphlet tu takde orang ambik inikan pulak orang nak baca..hoho so bila ada gaya penyampaian yang santai atau kelakar, boleh ar menarik perhatian readers untuk baca entry korang..

Contoh entri: Berita Chill #1 – I Like Mat Rempit Dan Paris Hilton Hoohoo

Actually ada banyak alternatif nak blogging atau tulis entry ni. Korang kena kreatif je. Apa yang aku bagi ni adalah apa yang aku buat selalunya untuk blogging selama ni. Ni alternatiflah. Kalau nak ikut orientasi betulnya, of course idea tu kena datang fresh dari kepala otak sendiri. Tapi kalau dah takde idea sangat, of course kita memerlukan bantuan dari luar macam yang aku listkan atas tu.

warning copy paste lempang
Aku dah kata jangan copy paste aksi dalam filem tu, kan dah kena lempang hahaha…


Warning dari aku – hentikanlah copy paste bolat-bolat. Itu bukan blogging, itu boring namanya. Nak orang komen entry yang bukan dari hasil kerja korang? Ada kepuasan ke camtu? Dah macam cetak rompak ar pulak. Takkan nak jadi Jack Sparrow (Pirates of the Caribbean) kot. Erm ikut suka korang lah.. Maleh eden nak campur.

Hokay? Moga entry ni dapat tolong mana-mana blogger yang agak-agak rasa nak tersungkur tu. Semoga aku sempat menarik tangan korang untuk mara jauh ke depan lagi. Jumpa lagi di blog korang :)

P/s: Kalau ada entry request atau pertanyaan lain boleh tanya di ruangan komen di bawah atau di contact form atau boleh tanya di KFC secara face to face dengan aku berserta sekali x-meal twister satu set untuk aku haha… yang last tu gurau je.. nan hadonya aku nak mintak bukan-bukan dari korang :p

P/p/s: Korang rasa entry ni valuable? Kongsi ar dengan kengkawan korang! Jangan makan sorang-sorang lak.
(Visited 11 times, 1 visits today)
LIHAT JUGA:  Tutorial Auto Re-directing Blog Ke Blog Lain Tanpa Klik Apa-Apa.

Comments

  1. Bean Moreno says:

    aku kalau takde idea tidur sudah!

    1. FITRIHADI says:

      hahaa senangnya cara

  2. yangbaik says:

    hehehe… nak bagi komen pun tak da ide juga neh…

    1. FITRIHADI says:

      erm lepas ni nak buat entry bila takde idea nak komen lak hehehe

  3. akubiomed says:

    Antara dilema blogger yang ketandusan ide sampai dah macam-macam buat tak keluar-keluar entri.

    1. FITRIHADI says:

      actually ada banyak bahan boleh guna untuk blogging.. yang penting kreatif je untuk absorb bahan2 tersebut…

  4. akubiomed says:

    Menarik juga buat entri mengenai kekeringan ide untuk tulis entri :-)

  5. zik says:

    kesian budak kecik tuh.. adanya ditempelengnya… idea memang selalu takda …. tapi bila dah ada idea.. kena cepat2 draft.. tapi jangan publish semua… relax … simpan, nanti bila dah cuti panjang ataupun memang sibuk… masa sudah tiba untuk set post schedule…

    1. FITRIHADI says:

      hoho betul tu.. sehari satu entry pun cukup lah..

  6. saiful says:

    aku banyak idea tapi fail bila nak mengarang,argh!

    1. FITRIHADI says:

      lorhh kena biasakan diri..nanti senang ar nak mengarangnya…

  7. Aku biasa idea ada..tapi nak menulis tu adeh letih dibuatnya..tulis punya tulis,sampai separuh entri,terus jadi draft

    1. FITRIHADI says:

      eh aku rasa bro takde masalah nak tulis..ayat dalam blog power gak aku baca heh

      1. Tak ada maknanya..banyak sangat entri tertunggak..

  8. RedBoys says:

    haha. lawak gambar budak kena penampar tu fit. bagus ar entri ni fit. berkongsi idea. huhu

    1. FITRIHADI says:

      hehe thanks sebab baca entry ni :)

  9. hazwan says:

    terus ada idea nak update blog haha

    1. FITRIHADI says:

      hoho bagus ar :)

  10. fitri says:

    ada antaranya yg aku pnah buat..huhu

    tak yah le copy paste..bg link je trus..lg senang

  11. Ali ridha says:

    video di youtube tu kena
    pastikan tak panjang masa
    perjalanan video tu.
    kalau tidak hanya sekerat sahaja
    mahu tonton video.

  12. fauzi says:

    blog ko memang membantu dalam kerja-kerja pengiklanan


LIKE KAMI DI FACEBOOK