Jan 172011
 

Hi, bertemu lagi kita nampaknya di rancangan Jalan-Jalan Cari Lemak! hehehe

Entah bila ntah aku dan kawan aku gi terjah kedai makan ni. Nama kedai makan ni EGG HOUSE. Alamat atau lokasi EGG HOUSE ni ialah di Jusco Ayer Keroh. Kat area food court Jusco ni je. Kat tempat lain tu tak tau ada ke tak kedai makan ni. Korang kena cari sendiri lah.

Hah apa yang bestnya EGG HOUSE ni bukan saja dari segi makanan yang dia sajikan. Tapi juga harga makanannya yang agak murah dari booth lain. So bagi aku memang berbaloi korang order makanan kat booth EGG HOUSE ni. hohoho

egg house jusco booth food court


Dan inilah hidangan yang aku order. Special Omelette Rice! Ni first time aku makan benda alah ni. Walaupun hakikatnya lebih kurang adik beradik nasi goreng pataya tapi Special Omelette Rice ni jauh lebih sedap dari nasi goreng pataya. Tak caya korang cuba ar sendiri.

gambar special omelette rice photo egg house jusco


Harga Special Omelette Rice ni hanya RM5.90. Tapi kalau nak lagi best Chicken Chop kat Egg House ni harganya cuma RM6.90. Murah tu. Lagipun salad mayonis dia memang superb ar. Pekat habis. Chicken Chop ni kawan aku yang order. Tu yang aku tergoda gak tu hahaha. Eh cita pasal Chicken Chop lak. Sorry sorry..

Actually apa yang buatkan telor kat booth ni sedap adalah telur yang diorang goreng tu ada campur dengan susu segar. So memang superb ar rasanya. Tak macam telur goreng biasa. Lagipun diorang tak kedekut telur. Erkk ayat pelik je dengar haha Ok telur yang diorang letak dalam satu hidangan tu memang banyak dan mengenyangkan. Nak tau apa yang bestnya Special Omelette Rice ni? Meh aku cerita sket dalam gambar ni.

bahan resipi special omelette rice photo egg house jusco


haha tu bukan karut tapi carrot ar.. Erm kurang-kurang ada khasiat dan seimbang gak hidangan ni. Sayur ada, telur sumber protein pun ada. Sedap lak tu. Yang cair kaler kuning tu aku tak pasti lak pekebendenya. Maybe telur separuh masak kot.

Bagi aku memang superb ar makanan kat EGG HOUSE ni. Lepas ni nak terjah lagi rasa hidangan lain lak. Maybe Chicken Chop ke tepanyaki. oh menggemukkan.. erm bagi korang yang stay kat Melaka atau kat mana-mana yang terjumpa dengan EGG HOUSE ni boleh ar order Special Omelette Rice ni. Berbaloi-baloi!

Diulangi EGG HOUSE ni boleh diterjah di Jusco Ayer Keroh di bahagian Food Court. Saya Fitri Hadi dari rancangan Jalan-Jalan Cari Lemak minta izin untuk mengundurkan diri. see ya!

P/s: Siapa nak jadi tetamu rancangan Jalan-Jalan Cari Lemak ni sila tinggalkan komen dibawah. hehehe
(Visited 30 times, 1 visits today)
LIHAT JUGA:  (Gambar) Minuman Kotak Susu Dan Soya Mudah Rosak?

Comments

  1. […] update page rank.. how much do i get??? Just telur ayam.. mentang-mentanglah aku baru buat entry makanan pasal telur, page rank ni pun nak bagi telur ke?? tak pe pakcik google.. Nanti aku kasi telur ayam kat dahi […]

  2. aen says:

    hwaaa…aku nak jadi pengacara jalan-jalan cari lemak gak laa…hahhaha

    1. FITRIHADI says:

      boleh.. no hal je..jom2


LIKE KAMI DI FACEBOOK