Jan 082011
 

Beberapa hari lepas, aku lepak kedai kamera sebab kawan aku nak ambik gambar passport dia. Actually dah lama siap jadi boleh ambik dah gambar tu. Bila cakap pasal gambar passport ni macam-macam ragam aku tengok bila orang nak buat gambar passport.

Masa aku lepak-lepak tu, adalah pakcik ni, siap pakai minyak rambut depan cermin. Dah elok-elok pakai smart-smart dengan blazer, bila nak tangkap gambar sekali dia senyum perghh!! gigi tak cukup satu daa… adehhh aku blah dari situ takut pakcik tu nampak aku dok tahan gelak kang free-free dia tibai aku dengan tongkat dia tu

Kawan aku ntah apa kemain lama dia nak ambik gambar yang beberapa keping tu. Tengah jual minyak wangi ke bang? Mentang-mentanglah anak tokey kedai kamera tu lawa.. adehh..

*bosan

So aku jalan-jalanlah keliling kedai gambar tu. sekali aku tengoklah kat luar kedai tu ada tampal ramai-ramai gambar passport jejaka dan jejaki yang sempoi. Alah orang laki biasalah kan suka ‘washing eye’, kalau ada gambar mesti layan punya. Tambah-tambah gambar yang panas atau berdahi licin mahupun rambut bak pontianak ikal mayang tu hah memang tak berkelip mata ni. Opss kantoi hahaha

LIHAT JUGA:  (Video) Bila Haris Ganggu Pembaca Berita LIVE - Astro Awani

dan yang rasa kelakarnya bila aku tengok gambar sorang mamat ni… “Macam pernah ku lihat.. tapi di mana ya??”

gambar passport darth vader
Lerrr… Darth Vader ghupanya. Nak balik planet halaman pun kena buat gambar passport ke bang?? Straight jugak Kastam Malaysia ni ye. Bagus-bagus. Pencapaian diutamakan rakyat didahulukan!

 

(Visited 37 times, 1 visits today)

Comments

  1. kyuubi says:

    hahaha! sengal

  2. Ezany-Kun says:

    ntah sape la disebalik darth vader tu.. orangnya pemalu kot..

  3. ken says:

    lol darth vader!!

  4. rina says:

    hahahahahahaha xada keje sungguh kedai tuh gi letak gambar darth vader,malu si vader tuh nanti…habislah kantoi dia kena buat gambar passport

  5. RedBoys says:

    haha. sengalman. lol

  6. fina fento says:

    hahah. buat lawak antarabangsa nampakkkk hahahah

  7. akubiomed says:

    Ha..ha..tak kita Darth Vader ker atau Master Yoda kalau nak masuk Malaysia perlu ada pasport yang sah kalau tidak hantar balik ke planet Nablus

  8. zik says:

    aku rasa pernah nampak lah… nie kat area2 mana bro??

  9. Ni gambar nak buat passport ke gambar nak buat lesen ni..umm

  10. arek says:

    hampehh..cmni pun ade ke


LIKE KAMI DI FACEBOOK