Jan 102011
 

Dah agak dah..dah agak dah..mesti ramai yang tak faham konsep AJL ni…

Korang sedar tak bagaimana AJL mengenengahkan lagu atau memilih juara AJL? Dari dulu lagi aku perasan lagu yang ada lirik yang kuat dari segi sastera dan ada keunikan ada peluang yang besar untuk menang selain dari persembahan yang mantap. Bukan mengikut populariti atau suara artis tu. Ini medan memperjuangkan lagu. Artis hanya jadi orang tengah untuk sampaikan lagu tu ja..

gambar ana raffali tolong ingatkan aku
Tahniah Ana Raffali!


Cuba korang hayati dan lihat kualiti lirik yang Ana Raffali tulis ni. Bagi aku memang power dan unik!

Tolong Ingatkan Aku

Jangan disusun kata-kata penamat
jangan disebut baris ayat keramat
biar lenyap diserap sunyi
biar senyap yang tak menyepi

tolong ingatkan aku
kisah kau tersedar
dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
mari padamkan buku tiga lima
biar luka sembuh sendiri
biar lupa dimakan hari

tolong ingatkan aku
kisah kau tersedar
dengan saku penyeluk masa
kau dampingi aku
setiap detik jantungku berdetak
setiap nota jiwaku berlagu-lagu

bila marah merasuk minda
kecewa menyelubungi jiwa
aku lupa

tolong ingatkan aku
kisah ku tersedar
dengan kasih memeluk rasa
ku teringatkanmu
setiap detik jantungku berdetak
setiap nota jiwaku berlagu-lagu

tolong ingatkan aku kisah kita
tolong ingatkan aku
kisah ku tersedar
dengan kasih memeluk rasa

tolong ingatkan aku
kisah kita

kredit lirik dari blog Ana Raffali: LIRIK: Tolong Ingatkan Aku

first time aku dengar lagu ni aku dengar kat youtube.. tengok videonya.. aku boleh rasa apa yang Ana ni nak sampaikan sebab aku rasa aku pun pernah hadapi apa yang dia hadapi atau lebih senang kata, lirik lagu ni ada kaitan gak dengan aku.. so bagi aku inilah hasil kerja terbaik untuk tahun 2010. Thumbs up untuk Ana Raffali. You deserve it!

Now jom kita layan video muzik nya plak..



P/s: Siapa yang bantah tu kenapa ek?? Apa yang kurangnya lagu Ana ni?
(Visited 7 times, 1 visits today)
LIHAT JUGA:  Faizal Yusof Pelakon Adamaya Meninggal?

Comments

  1. nash says:

    huhu..aku pun baru tulis entri pasal ni…mmg lagu dia layak menang lepas aku berfikir sejenak..cewahhh….aku bila 1st kuar rezut..satu rumah menjerit..waaa…knape lagu nie menang..nk wat cmne..liriknya terbaik :)

  2. mie says:

    gue sokong!!!
    zaman skrg minat artis je…

  3. RedBoys says:

    lagu ni best apa. apa yang kurangnya. aku suka. ada yang nak hentam aku tak? haha

    1. Ali ridha says:

      lirik dia boleh tahan.

  4. rina says:

    xkisahlah sape menang,yang penting faizal tahir ada gak bawak duit pulang..ngehhhhhhhh…yg penting masing2 buat persembahan mantap..cuma masa Ana ni buat persembahan lagu ni,aku xbape suka konsep dia…xkisahlah,dia dah menang pun kan..

  5. Ali ridha says:

    budak ni bukan sebarangan la.patut dia boleh menang.
    terkejut juga aku semalam.

    Faizal tahir dan Yuna.tahun cuba lagi ye.

  6. Ali ridha says:

    semakin aku terlupa.
    si ana raffali boleh ingatkan aku.

  7. serol says:

    aku masa diorg nak umumkan keputusan tu, ntah kenapa asyik terngiang2 nama dan lagu ana rafali dalam kepala. tapi tak yakin yg dia boleh mng. but, last2 mng jugak.haha..

  8. zik says:

    mana yang menang kena lah terima , jangan nak bangkang jer… juri ada alasannya yang tertentu…. mungkin untuk menarik2 ramai penggiat tanahair untuk berkarya… tuh jer…

  9. fitri says:

    aku setuju dengan keputusan juri..lirik mantap pastu abstrak abes..mendalam je maksudnya..pada aku, yg emo ni sebab artis pujaan diorang tak menang..

    ajl is not about popularity..its abot quality

  10. pilotHans says:

    mantap……kene paham ayat2 tersirat tue br kite hargai lagu tue……. ^_^ aku pun xbrape tau lagu ni smpi ngk kat blog org kate menang br tau..haha..nmpk sgt x mengikuti industri music tanah air..yelah xpernah dgr kt FLYfm camner aku nak tau..LOL…

    cheers


LIKE KAMI DI FACEBOOK