Jan 232011
 

Hari ahad.. semua macam malas je nak buat apa-apa.. aku pun sama da.. adehh aku blogwalking ramai yang buat review filem Khurafat. Tapi aku tak buat pun sebab aku tak gi tengok. Err actually aku ni penakut sebenarnya…

tapi dari apa yang aku baca, filem khurafat ni dia punya tahap menakutkan tu sampai ke tahap super maksimum. Aku tak leh bayang ar cerita dia macam mana. Kalau aku gi tengok kang dua minggu aku tak tido malam.

gambar hantu filem khurafat syamsul yusof
Syamsul: Apa korang nyibuk dalam scene aku ni??
Fitrihadi: Eh aku punya suka la ni blog aku
Mr Bean: Hah?? besarnya lobang idung korang..


Pernah sekali tu aku tengok Ghost Adventure kat NTV7 tu.. perghh dalam seminggu gak aku susah nak tido. Dah la tido sorang-sorang. Bilik atas rumah tu aku sorang je conquer. Family aku yang lain semua tido bawah. Hah cari nahas ar tu. Kang tak pasal-pasal muncul benda yang ngeri dan seram boleh gila aku dibuatnya…

so kesimpulannya korang yang nak adventure tahap kencing dalam seluar boleh ar gi tengok Filem Khurafat tu. Aku tanak terkencing dalam seluar mahupun tak tido malam. hahaha eh kalau korang nak tau Mr Bean pun gi tengok filem Khurafat ni dengan makwe dia.. jangan tak tau. Ni reaksi dia masa tu…



Okay entry takde modal je ni.. hari ahad hari untuk bermalas-malasan.. see you :)
(Visited 26 times, 1 visits today)
LIHAT JUGA:  [18SX] Kenapa Basuh Motor Lagi Bagus Dari berkhalwat

Comments

  1. sweet says:

    laki lg kuat jerit masa sy g tgk khurafat aritu..kehkeh..
    jom la kata nk banje, tp sy nk masuk bwk penutup mata dan telinga :)

    1. FITRIHADI says:

      alaa apa barang pakai penutup mata dan telinga masa tengok wayang… tak terasa ar.. hehehe

  2. anip says:

    huhuhu, mrbean pon ade dalam scene tu. macam2 hal mr bean tu..

    1. FITRIHADI says:

      haha dia kan suka menyibuk..

  3. rina says:

    hahaha ingatkan kamu dah tengok,kata takut..ooo rupanya xtengok lagi..xyahlah tengok, skrg ni kita duk umah sorang2, habis semua lampu bukak ‘sorry mak,bazir elektrik sat’.. semalam gi tengok paranormal lak,hakhakhakhak…. adeii dah bape hari tak leh tido…menambah lagi…

    1. FITRIHADI says:

      woo teruk ni..sanggup gi tengok walaupun tahu diri tu takut sampai takleh tido haha

  4. hazwan says:

    aik bro takkan takut kot hehe

    1. FITRIHADI says:

      haha memang camni bro.. kepala otak aku ni suka melekat benda2 yang seram.. tu yg aku malas layan cita seram ni..kang susah tido lak

  5. Piston Pecah says:

    rasanya khurafat memang seram sangat kan…
    mungkin berlainan dengan filem seram sebelum nie…

    1. FITRIHADI says:

      memang seram gila kot.. ramai yang kata ni seram tak tercapai dek akal.. aku lagi ar tanak tengok.. hehehe

  6. fina fento says:

    tak pernah tengok cita khurafat tu lagi. dan rasanya takkan p tengok kot.><

    1. FITRIHADI says:

      woo takut gak ek? hehehe

  7. Wuucin Kimora says:

    Khurafat…hurm…hurm… sy juga seorang yg penakut.. xtegok gak.. heee~

    1. FITRIHADI says:

      erkk ramainya penakot macam saya haha

  8. nur says:

    ppenakut rupanya fitri hadi nih..hhahah,,bile dia habis tanyang eh?

    1. FITRIHADI says:

      haha nak buat camna kalau dah memang penakut..ermm rasanya dah tak tayang kot.. selalunya dua minggu je tempoh tayangan…

  9. akubiomed says:

    Masa kecil-kecil dahulu memang takut menonton cerita hantu tapi apabila sudah ada anak-anak perasaan takut tersebut telah hilang

    1. FITRIHADI says:

      a’ah bila dah dewasa kita jadi berani sket.. takkan nak takut depan anak2..

  10. anati says:

    kahahaha.. gelak guling2.. hehehe.. bro. anat dah dpt ko punya emel. nnti anat calling2 ko.. kita lepak ngn mizi blogger sama.. hehehhe .. nnti lepak time cuti

    1. FITRIHADI says:

      tak calling2 pun.. huh dah berapa kali aku kuar kangar sorang-sorang..hehehe keta ada kalau nak jalan2..don worry..

  11. arek says:

    hahha..ape2 pun mr bean mmg cool..

    1. FITRIHADI says:

      hahaha mr bean buat lah gaya apa pun memang kelakar punya.. pelik ar spesies dia tu adehh.. tapi kalau realitinya mr bean ni ada ijazah woo.. jgn main2..

  12. zik says:

    tuh dia.. fit berlakon dalam cerita kurafat nie… nak sign…

    1. FITRIHADI says:

      haha sign??? bleh bleh..

  13. hehe..owh dah caye dah..encik fitri ni memang betul2 penakot rupenye..ngee~

    1. Ali ridha says:

      penakut bersebab tu.mana nak tahu, kita ni lebih penakut ke.pernah sekali tu aku sorong je turun bawah.semua orang dah tidur.rumah tu pula dah lama ditinggalkan.

    2. FITRIHADI says:

      hahah baru nak percaya ke??? adeh…

  14. fitri says:

    cite antu bukan feveret aku..so aku tak tengok..hahaha..tgk cite animasi lg best!

    1. Ali ridha says:

      mari kita buat animasi hantu pula…mana nak tahu dapat masuk di hollywood ke.suatu hari nanti kan.

    2. FITRIHADI says:

      haha betul tu..sama ar.. aku pun tak suka cita antu.. memang cita animasi lagi layan dari cita antu

  15. Ali ridha says:

    makin ramai dok sibuk buat reviu filem khurafat ni.
    cuma aku tak tahu nak buat apa ni.setakat jadi pembaca tak suka perkara khurafat ni.

    1. FITRIHADI says:

      gi ar tengok maybe ada kisah di sebalik cerita tu…


LIKE KAMI DI FACEBOOK