Nov 222010
 

Salam,

First of all thanks banyak-banyak pada korang yang support dan suka video parody tu. Tak lupa juga pada Ohbulan.com dan AmazingNara.com yang sudi share video saya tu dalam blog diorang.

Video mana lagi? Of course lah video Hitler Yang Marah Pasal Remaja Comolot tu. hehe

Actually subtitile tu saya mula buat lepas balik sembahyang raya. Time tu rasa malas lak nak join orang buat korban lembu kat masjid. Lagipun syahdu lak sebab tak balik kampung untuk beraya. Exam punya pasal tu yang tak balik tu. Jadi, mood nak beraya tu kurang skit. Dan ntah macam mana ada feel lak nak buat satu parody video untuk comolot klcc dowh ntah apakebende tu.. saja nak hiburkan hati yang tengah bosan masa tu..

hitler comolot kelakar lawak marah


Time tu memang dah plan nak guna video hitler marah-marah ni dan masa nak buat subtitle tu agak mencabar minda serta skill editing gak. Ada beberapa perkara yang kena ambil kira untuk buat video macam tu antaranya:

1. Subtitle mesti mengikut reaksi dan gaya pelakon

2. Mesti ada sikit kelakar supaya orang rasa relax je dan dapat terima video tu. (erkk tapi video hitler tu penuh kelakar kan hehehe)

3. Mesti ada point dan moral of the story.

4. Pasal skill editing ni, kena sesuaikan subtitle tu panjang or pendek ikut kesesuaian ayat yang dia cakap.

5. Pastu kena pastikan subtitle tu muncul sejajar dengan percakapan diorang. uii agak mencabar gak nak buat semua tu..

6. Bahasa kena sporting dan relax macam “mengabehkan bogheh jo” baru terasa dekat di hati hehehe

Jadi bila gabung semua tu, dapatlah sebuah video parody yang menarik untuk ditonton. Dan tak sangka lak boleh dapat sambutan yang memberangsangkan.

A’ah untuk buat subtitle tu saya guna Windows Movie Maker(WMM) je. Actually kat Windows XP dah siap install sekali perisian WMM tu masa format pc.. tapi untuk Windows 7 kena install asing-asing sebab dia takde install WMM masa format.

Apa pun thanks guy for your support. Insyaallah kalau ada idea baru, saya akan share something yang fresh dan happening untuk korang. Dan kepada korang yang sudi share video tu kat facebook, thanks banyak-banyak-banyak-banyak-banyak-banyak. Tanpa korang, takdelah hitler tu kena gelak sepanjang video tu di-play. Chill no war hehehe

P/s: bini Hitler yang cun tu kirim salam kat korang :p
(Visited 86 times, 1 visits today)
LIHAT JUGA:  Logo Baru Fitrihadi.com

Comments

  1. akubiomed says:

    Susah juga nak buat timing sari kata dengan dialog. Tanniah kerana menunjukkan skill karat :-)

    1. FITRIHADI says:

      thanks bro.. apapun berbaloi buat video ni sebab dapat sambutan hangat.. terharu lak ;)

  2. Mohd Hafiz says:

    itu bukan si zizan tu ke??? hahaha… dh mcm cipan dh.. :)

    1. FITRIHADI says:

      haha memang zizan pun tu. tapi bila ada lisa surihani nampak balance ar skit kecantikan gambar tu hahaha

  3. kavkiskey says:

    sebenarnya ni ambik dari movie apa? rasa nak download cita ni. macam best je.

    1. FITRIHADI says:

      ini actually cerita dalam bahasa jerman… nama cerita ni ‘der untergang’ atau dalam bahasa inggerisnya Downfall.. filem ni dah lama dah dalam tahun 2002 kot kalau tak silap..

  4. aizuddin says:

    best2..kipidap :D

    1. FITRIHADI says:

      thanks bro aizuddin hihi :)

  5. emancloud says:

    haha lawak bro! nice job!

    1. FITRIHADI says:

      hehe moga enjoy lah..thanks ye :)

  6. emancloud says:

    apis tu cite kappow the movie hahaha

  7. phreak-id says:

    hahaha.. memang kelas bro. aku baru tengok video tu. dah seminggu tak sempat jenguk blog. keep it up bro. anyway video asal tu cerita apa?

    Terbaru >> 1) My Precious Gift From God 2) Bagaimana http://www.phreak-id.com boleh membantu meningkatkan traffic blog anda? 3) Follower ke 100

    1. FITRIHADI says:

      hehe thanks bro..

      actually tu cerita ‘Der Untergang’ atau bahasa inggerisnya Donwfall.. ni filem jerman.. cari ar kat kedai

  8. sweet says:

    mmg terbaik laa. x sangka fitrihadi selawak ini :D

    1. FITRIHADI says:

      hihi thanks awak :)

  9. kilaaa says:

    hahaha.best best.lawak

    1. FITRIHADI says:

      thanks cik kilaaa :)

  10. fitri says:

    gile arr bro…kalau alih suare lagi cun..hehe..panggil awie suh die buat jerit2 tu :p

    1. FITRIHADI says:

      haha kalau bagi awie memang best suara dia.. boleh cair anak2 dara malaya ni

  11. zik says:

    tuh dia…good job bro.. awek tuh ..wargghh

    1. FITRIHADI says:

      awek?? woahh tajam mata bro tu hehe

  12. Iss says:

    hahaahaha gigih sangat edit pakai WMM tu… <3 it

    1. FITRIHADI says:

      haha janji menjadi video yang aku buat tu

      thanks bro!

  13. zuriey says:

    memang lawak lah..rasa nak gelak tergolek2 je

    1. FITRIHADI says:

      haha baik-baik golek..thanks ye :)

  14. ENCIK TIKUS says:

    ahah, aku pergi tengok sat, tak tengok lagi act. LOL

    1. FITRIHADI says:

      camna?? ok tak???

  15. Afra Yuri says:

    Hahhahahaha bongok gila okay video niiiiii! congrats sebab awak berjaya membuat kami ketawa :D eh siapa bini hitler??! ececeh

    1. FITRIHADI says:

      hehe thanks cik Afra :)

      bini hitler?? woo lawa tu.. gi cari kat facebook hihi

  16. Affan says:

    aku pun berminat jugak nak edit2 video ni, tapi kena tunggu cuti hujung tahun lah kot.
    Bro edit pakai apa ye, bonus bagi aku kalau tau buat benda edit2 ni.

    Yang video tu aku dah tgk. hehe

    1. FITRIHADI says:

      aku guna Window Movie Maker je..oh cari ar masa untuk edit video..kena sabar skit sbb kengkadang tak jadi..heh

  17. muzammilRoslan says:

    salam fitri . bapak kelakar gile vid hitler ni . respect . ramai satu malaysia , n student overseas tengok . proud of u . so anyway , buat le lagi videovideo camni . best

    1. FITRIHADI says:

      ye ke? wah terharu nya..hihi anyway thanks for supporting me :)

      insyaallah kalau ada idea best boleh ar nak buat video lagi

  18. eyriqazz says:

    hik3..bro memang kreatif..tgk video tu pun memang gelak2 guling je…

    1. FITRIHADI says:

      haha thanks bro :))

  19. Bro,aku pun ada share video ni kat fanpage facebook..Memang terbaik tu bro..Aku yang tak boleh bla penggunaan perkataan “Comolot” kat dalam video ni..kelakar sangat..

    1. FITRIHADI says:

      thanks banyak-banyak bro! haha comolot ni datang dari indon kot kalau tak silap


LIKE KAMI DI FACEBOOK