Nov 302010
 

Hi,

Maaf lama tak update sebab now eden kat kampung. Selamat gak sampai sini hari jumaat lepas. So dalam beberapa hari ni, saya berehat jap dari arena blogging. Nak ambik feel jap jadi orang kampung balik.

Artikel kali ni saya nk kongsi sket pasal hakikat perempuan. Hah memang dah Part 2 pun. Korang dah baca Nasihat Untuk Lelaki Dan Hakikat Perempuan [Versi Fitrihadi] Part 1?? Kalau belum, gi baca dulu sebelum baca artikel ni. heh jangan marah ar..

Kepada yang tak berkenaan tu, sila ambil bantal dan terus tido kerana nescaya besok korang akan lupa artikel ni heheh. Ini artikel suka-suka je. Based on my experience lah. Jadi, kepada lelaki-lelaki sekalian, apa lagi hakikat perempuan yang korang kena tau??

1. Perempuan tak suka korang mengungkit! Tau mengungkit tu natang hapa? Kengkadang sebut banyak kali rasa pelik lak. hehe mengungkit tu macam cakap hal lama ar. Contohnya korang ungkit pasal duit yang korang habiskan untuk dia, ataupun ungkit pasal janji-janji manis yang korang swear dolu-dolu tu.

gaduh perempuan lelaki laki bini gila


erm then the reasonnya mudah. Diorang nak tengok korang ni ikhlas ke tak bila bagi atau buat something tu. So jaga-jaga. Sekali terkeluar ayat berbaur ungkitan, korang dah kena cop jadi mamat tak e-class. Eh bukan laki je tau.. perempuan pun samerlah.wekk :p

2. Perempuan tak suka dibanding-bandingkan dengan orang lain. Hokey? Bak kata nenek cik jonah “Pantang tok nenek haku horang dok banding-bandingkan haku dengan horang lain!”. sebagai contoh korang gi kata kat mana-mana perempuan atau makwe korang sendiri “Baby, I tengok U dah macam Lisa Surihani ar. Bertuah I dapat makwe macam U.” Takpun korang kata “Wah slimnya U, dah macam Ziana Zain je. I suka, I suka.” Korang cuba ar, nanti sah-sah dia buat mogok lapar ataupun mogok handphone tak terjawab selama beberapa minggu hahaha

pukul ketuk lelaki perempuan gaduh laki bini jeles cemburu buta


Reasonnya bukan sebab apa pun. Mungkin dia rasa tercabar dengan ayat korang tu tak kira ar ayat tu positif or negatif. Dan dia terasa diri dia kecik je bila dibanding-bandingkan dengan someone or something yang lebih buruk mahupun lebih baik dari dia. Pening tak ayat?? hah tu ar perempuan. Kita tak tahu apa dia fikir. Otak ‘twist’ sket hehehe

penyelesaiannya, kalau nak puji, puji secukup rasa je. Jangan nak lebih-lebih. Contoh terbaik “wah U cantiknya!” atau “OMG! U slim!” ok fullstop! Cukup rasa kan :p

3. Perempuan suka bagi janji-janji or cakap manis..mungkin janji kosong… atau mungkin janji betul… eh lelaki pun mulut manis kan. tapi kitorang ada gak responsible untuk tunaikan janji tu. Perempuan pun swear lot of sweetest thing.. tapi disebabkan diorang ada kinda ‘twist’ punya brain so kengkadang kaum hawa ni boleh bertukar janji..or perhaps boleh lupa terus ar.. adehh takpe.. kitorang lelaki cool je.. dan kepada para lelaki sekalian, pedulikan janji-janji manis dari makwe korang.

Kalau diorang pilih KLCC pun tak payah ar nak emo. Diorang cakap je. Adehh korang kena ingat yang ‘action speak louder than talk’. Bila diorang dah take action, baru korang boleh percaya kat diorang. hokey?

perempuan tendang pengantin lelaki kahwin gaduh sepak


Woopp!!! Ada lagi!! Ni nak nasihat sikit kat korang semua! Bila saya kata ‘action speak louder than talk’, tak bererti korang kena give sex to prove love.. itu ‘sundel’ namanya..ada banyak lagi cara nak provekan cinta korang yang membara bak arang batu buat bakar satay tu… adehh c’mon lah.. we all semua tahukan yang women give sex for love and men give love for sex (for certain ‘spesies’ lah..bukan semua lelaki camtu).. But there’s some men and women that share love for happiness for future and for all their life. So terpulang lah kat korang sama ada nak jadi evil atau angel of love. Jangan nak lebih-lebih selagi belum berkahwin. Kang Hitler mengamuk lagi!! hihi jangan marah ar

Jadi, apa pendapat korang?? Ada betul ke apa yang saya tulis ni?? Ini dari pengalaman saya yang dah hidup selama 20++ tahun ni.. kalau korang rajin nak buat follow-up entry, dipersilakan. Boleh bincang lagi pasal hakikat-hakikat perempuan yang cukup misteri ni.

Dan kepada wanita-wanita di luar sana, cari Mr. Good Enough sudey… Tak perlu Mr. Right sebab Mr. Right korang tu takkan datang kat korang. Diorang tak wujud pun. Kalau tunggu gak kang men-andartu lah korang sampai kerepot hot hot gitu.. hihi Hokey??

yang good enough,
– fitrihadi -

Comments

  1. epol says:

    Lama tak jengah.

    p/s : kenapa post baru hg xnaik dalam update dashboard aku? ^^”

    1. FITRIHADI says:

      lah ya ka?? ang follow ar fan page aku kalau camtu.. senang kot dapat update dari sana..

    1. FITRIHADI says:

      hoohoo thanks bro

  2. suarapeople says:

    kalau kita yang berjanji manis ngn perempuan xpe ke? heheh

    1. FITRIHADI says:

      janji manis dibolehkan.. tapi kena tunaikan ar.. jangan manis dimulut ja..kan?

      1. pilotHans says:

        tuelaa..sape suh janji tinggi langit…..kadang2 malays ni kurang realistic laa….tue aku nyampah ngk muvi malays yg ngarut2 ni..ada gak org lain..haih

  3. […] Comolot Baru-Baru Ni??? 5. 10 Sebab Kenapa Mat Rempit Ni Suka Willy a.k.a. Angkat Tayar Depan 6. Nasihat Untuk Lelaki Dan Hakikat Perempuan Part 2 Follower + Fan di Facebook Alhamdulillah. Selepas video Hitler tu tersebar dan disukai ramai, […]

  4. adie says:

    hahaha.. aku suka entri ko ni.. nanti aku rajin aku tuliskan tips mengenalpasti awek kaki kikis duit untuk ko ok x?

  5. tyqa says:

    suda jtuh cinte same blog2 anda.. <3

    1. FITRIHADI says:

      Terima kasih :)

  6. bobby says:

    i’m Mr. Good Enough wannabe…:D