Nov 262010
 

Salam,

heh maaf sebab lama tak update..apa pun, ni ada gambar best nak kongsi dengan korang. Kalau korang dah pernah tengok tu, takpe..tunggu dulu.. saya nak kasi analisis gambar sikit kat bawah tu. heh

rempit power aksi hebat jatuh mati

Setelah meneliti gambar di atas macam kera dapat bunga, terdapat beberapa andaian yang saya dapat buat tentang sebab kenapa penunggang tersebut berkelakuan begitu. Antaranya;
  • Sebab paling popular: mungkin tayar depan beliau pancit.. lalu beliau mengambil keputusan untuk willy sebab nak cepat serta nak kejar masa untuk menonton rancangan kegemaran beliau iaitu Spongebob Squarepant hehe
  • Penunggang mungkin ingin menguji ketahanan kasut baru beliau yang akan digunakan untuk bekerja sebagai buruh binaan keesokan harinya. Woah ini bakal pekerja contoh bulanan ni..
  • Penunggang mungkin nak mengelak dari di’snap’ oleh kamera speed trap. Kononnya tak dapatlah nak tangkap gambar muka dan nombor plat motor beliau. Haha Tips nak ngelak dari disaman ekor. Ada bran???
  • Penunggang mungkin berang dengan pembonceng yang membebel bahawa ketiaknya busuk lalu menghalau kawannya dengan cara yang paling sopan (tanpa maki, tanpa sakit hati, tanpa was-was)
  • Penunggang mungkin ingin mengelak ludah yang datang dari kereta dihadapannya. Ni kalah Mission Impossible ni. Tom Cruise pun ngelak peluru gelek-gelek je. Mamat ni slumber je angkat moto nak ngelak. hahaha
  • Mungkin duit syiling beliau terjatuh ke celah seat motor lalu beliau mencari-cari duit syiling tersebut sebab nak isi minyak jap lagi.
LIHAT JUGA:  (Gambar) Usop Wilcha Pun Berlakon Dalam Filem Nur Kasih The Movie???

papan tanda atas depan
  • Penunggang ini mungkin menyangkakan bahawa tanda arah ke hadapan itu bermaksud bergerak ke atas. Jadi dia berusaha sedaya upaya untuk mara dan naik ke atas. Macam enjit-enjit semut pulak dah hehe
  • Penunggang ni mungkin telah menunggang selama dua setengah hari tanpa henti. Jadi, dia kelihatan sedang meregangkan otot belakangnya kerana lenguh yang amat sangat. Tu lah tak makan Panadol Extend atau Panadol ActiFast. Kan dah ‘sengal’ otak!
  • Penunggang motor ni mungkin terlalu mabuk kerana tidak mampu duduk dengan betul. Jadi apabila mabuk, beliau merasakan keadaan baring lagi selesa dari duduk. Jadi moralnya don’t drink and ride. hehehe
  • Selain itu, dipercayai kepala penunggang ini telah ditanamkan dengan helmet MS88, jadi tak perlu pakai helmet dah. Hebat ni. Robocop pun pakai helmet kat luar. Adehh orang london kata kapala batoo.. degil tak nak pakai helmet..

P/s: Rempit membahayakan kesihatan! Amaran dari Jabatan Kesihatan Malaysia. (kalau mati takpe lagi, ni kalau sakit, patah, jatuh motor, menyusahkan horang ja nak pi hambik ko pastu nak hantar pi hospital, nak rawat, nak sapu hubat, nak buat ko sihat.. alih-alih bila ko dah lega, pi merempit balik.. hadoiii)

(Visited 315 times, 1 visits today)

Comments

  1. Ali ridha says:

    tayar moto die pancit la tu.

    1. FITRIHADI says:

      haha kesian btul mat rempit ni…adehhh

  2. Ali ridha says:

    tayar depan lebih macho.siapa tahu kan.

  3. mat bangla says:

    biasa rempit ni sinonim dengan penunggang kapcai yg bwk moto secara bahaya..
    agak2 kalau pakai superbike orang akan cop mat rempit jugak ke?

    1. FITRIHADI says:

      superbike kat negara kita takde ar teruk macam rempit.. superbike ni bawak imej yang kemas dan bergaya..maybe sebab tu kot tak digelar mat rempit.. lagipun memang motor diorang laju.. dan ada yang senyap..sebab tu kita respek mamat superbike ni..kan?

  4. fazrennnnn says:

    wahhh!! hebat orangye……..

    1. FITRIHADI says:

      hebat nak ‘mampus’ tu hehe

  5. fazrennnnn says:

    barangkali tayar depan nye tak bley berpusing

  6. yanamib says:

    haha jwpn terbaekk..positif yet sarkastik..ngee~ ^_^

    1. FITRIHADI says:

      hihihi thanks yanamib

  7. Mohd Hafiz says:

    wow… mcm mana lh diarong buat mcm tu.. kan bagus bakat tu di tonjolkan pd tempat yg betul… :-)

    1. FITRIHADI says:

      kalau dah biasa memang semua benda boleh buat..tu ar..kang mati katak, abuk pun tarak..

  8. zik says:

    nak tambah lagi, mungkin sebab nak jimatkan bunga tayar tuh… takut cepat botak… ah ha..

    1. FITRIHADI says:

      hahaha boleh masuk tips jimat ni :p

  9. fitri says:

    jangan merempit untuk keamanan sejagat..haha..kang patah riuk padan muka..

    1. FITRIHADI says:

      a’ah mat rempit ni memang menyusahkan orang je..

  10. Affan says:

    haha. entry ni merosakkan org ramai.
    mesti mat rempit bg alasan2 macam kat atas ni kalau kena tangkap

    1. Haah..Fitri telah memberi idea kepada perempit..ahaha

    2. FITRIHADI says:

      haha no komen :p

  11. Daus says:

    ghahaa, pelik betul :P

    1. FITRIHADI says:

      pelik tapi tak benar hahaha

  12. Fina Sophie says:

    ahahaha punyala serius nak baca entri. rupanya alasan2 mcm ni kuar. cett…

    1. FITRIHADI says:

      erkk ini bukan blog serius heheh chill je :)

  13. naim says:

    sebab paling popular tu x leh blah..haha

    1. FITRIHADI says:

      hehehe nama pun sebab plg popular..

  14. huda says:

    point num 7 tak boleh belah haha

    1. FITRIHADI says:

      hehehe nanti jumpa kat jalan raya cuba ar naik atas


LIKE KAMI DI FACEBOOK