Oct 182010
 

Salam,

Dah baca Tips Jimat Wang #1? Kalau belum, bolehlah baca. Tips-tips yang saya kongsi ni saya dah lama amalkan sejak jadi student yang belajar jauh dari kampung. Memang kena berjimat sikit.


Kalau nak kaya, jadi artis la senang cerita :)

Erm ada orang kata susah nak menabung sebab tak banyak duit. Memang la tak banyak duit. Menabung ni bukan simpan sekali tu beratus-ratus. Pernah dengar sikit-sikit lama-lama jadi Everest? A’ah ini la caranya yang saya nak terangkan:

* Penting dan wajib ni, korang mesti ada akaun Amanah Saham. Yang saya syorkan ASB ar. Akaun ASB ni memang bonus dia maintain setiap tahun. dan tiap-tiap hujung tahun korang dapat bonus tu dalam 6-10%. Bergantung ar. kengkadang kalau ekonomi baik boleh dapat lebih lagi.

 

* Yang kedua, korang buat tabung yang kecik. Sebab pe kecik? Sebab senang nak penuh. baru korang bersemangat nak menabung. Kalu malas sangat nak cari tabung kecik, korang beli je oren sunkist yang botol kecik tu cam bawah ni. bila dah penuh beli a lagi. takpun gi simpan je dalam akaun ASB dan menabung lagi.

* Bila berbelanja, mesti dapat baki duit syiling kan. hah duit syiling tu boleh simpan je dalam poket. Balik je rumah terus masuk tabung. Contohnya kalau beli suratkhabar RM1.50. Anda bayar RM2. Pastu baki RM0.50 tu masuk tabung. Senang je kan.

 

* Pastu boleh jugak jimatkan bil air, api dan telefon. Tak susah pun. Bagi yang ada handphone tu lebih baik SMS dari call. Kan jimat. Tapi kalu urgent tu, call lah. Dan kalau nak lagi jimat boleh guna dua sim kad. Tips ni untuk kaki sms je. Contohnya kawan anda ada guna Maxis dan ada guna Celcom ada guna Digi. So bila guna dua simkad ni dah jimat bila sms/call ke nombor operater yang sama.

LIHAT JUGA:  Guest Blogger | Rancang Wang Semasa Mula Bekerja – Part 1

 

* Tahukah anda jika anda beli air bungkus kat kedai makan, anda dapat lagi banyak kuantiti air tu dari segelas air kat kedai makan tu. Kajian saya menunjukkan air bungkus tu boleh dapat lebih kurang dua gelas. Jadi, tapau-tapau la lepas ni.

 

* Sebelum korang nak berbelanja, tak kira la nak shoping atau makan, survey dulu tempat yang betul-betul murah. Jangan main serbu je. Kang kopak poket nak bayar. Lagi sakit hati, kalau ada tempat yang lebih murah lepas beli tu.

 

* Kalau korang nak jalan jauh atau gi shoping ke, bawak bekal makanan ringan atau air dari umah. Takde la nafsu shopping tu meningkat seiring dengan nafsu makan tu. Selalunya kalau lapar mesti rasa nak beli macam-macam, bukan rasa nak makan.

 

* Bagi yang ada kereta tu, sebolehnya mesti ada motor sebiji. Kalau mampu beli kereta takkan tak mampu nak beli LC135 ke? Harga RM6000 je. Tujuannya, kalau nak gi tempat yang dekat tu tak perlu guna kereta. Jimat minyak sikit guna motor. Kalau guna basikal lagi jimat. Badan pun sihat. Apa-apa pun, guna helmet canggih skit. Safety first. Tak perlu ar berjimat sampai keselematan pun diabaikan.

 

* Rumah anda ada nyamuk tak? kalau ada korang guna pe? Ubat nyamuk elektrik atau coil yang bentuk pusing-pusing tu? Sekarang, lupakan semua tu. Tiap-tiap bulan nak beli ubat tu semua kopak la poket. Gantikan semua tu dengan Kelambu. Lagi jimat kan?

 

Semoga bermanfaat!

(Visited 65 times, 1 visits today)

Comments

  1. arnamee says:

    salam.bagus2, ingat-mengingat sesame kite:)

    1. FITRIHADI says:

      a’ah moga dapat membantu sedikit sebanyak

  2. Wan says:

    aku gaji bulanan boleh la simpan rm400

    1. FITRIHADI says:

      boleh ar tu..sikit-sikit lama-lama jadi Satria Neo ke hehehe

  3. pilotHans says:

    bagus..sket2 lame2 jd bukit..aku pun try menabung gak..tp masalahnyer cepat sgt korek balik..haha

  4. Epoi Lan says:

    Rugi dulu enjoy x menabung,
    Skg dah melopong.


LIKE KAMI DI FACEBOOK