Oct 162010
 

Salam, *Brad Pitt kat bawah. Teruskan membaca!

Just nak promote skit blog bola yang baru nak bertapak ni. Nama blog ni DEMAM FOOTBALL. haha jangan risau. Korang takkan kena demam pun. Dan blog kitorang tu dijamin 100% oleh Kementerian Kesihatan yang ianya bebas dari sebarang jenis virus demam mahupun virus selesema burung.



Kebanyakan author/writer blog ni memang kaki bola kot sebab semua dah kena demam bola. Nama blog pun dah demam mesti lah semua dah kena demam bola kan. hehe saya takde ar demam atau expert sangat bab bola ni. tapi bolehlah sekadar memberi idea untuk naikkan seri blog atau maintenance blog. dan boleh lah sekadar nak sokong pasukan yang saya sokong sejak dari bilik TV hostel sekolah menengah.

Tau Team mana? Of course lah Manchester United. First time tengok match diorang dah jatuh hati. Time tu still ada Beckham, Nistelroy, Solskjaer, dan ramai lagi ar..perghh cara diorang main memang style ar. Kiranya time tu diorang main guna otak ar nak buat serangan ke pintu gol lawan. Ada strategilah orang kampung saya kata.. Tapi sekarang MU dah kurang menyengat ar.. WHY MU WHY??? Aku nak tengok bola pun dah takde selera..adoii

Berbalik pada blog bola ni. blog ni lain sikit. Blog ni kasi ubat bola. Kalau ketagih dengan bola boleh baca blog ni. Selain ada update terbaru pasal perkembangan bola, ada jugak live score. Kot ar korang tertidur atau terlepas tengok bola boleh usya blog ni. Kalau bosan boleh korek blog ni sebab ada video best pasal bola.

Saya baru post satu entry kat blog ni. Baca ar entry ‘Goalkeeper Terpantas Berlari Macam Lipas Kudung!‘ ni. Heh kalau nak yang best-best gi baca entry lain dalam blog tu. Nak gaduh sokong pasukan masing-masing pun amat dialu-alukan. Tak cukup dengan tu, nak spam banyak pun ok. Gi ajak geng korang spam banyak-banyak. Ok?

P/s: Perlu ke bertumbuk, bakar mercun dan bom buatan sendiri, baling benda, ngamuk tak tentu pasal sebab tengok bola? Berbaloi ke? Kat eropah takde pun gitu. Semua chill je. Siap bawak makwe dating lagi. Adoi Kalau berterusan camni, better semua yang nak tengok bola kena pakai camni..

(Visited 5 times, 1 visits today)
LIHAT JUGA:  Penambahbaikan Page Exchange Link! Sekarang Dengan Live Update!

Comments

  1. phreak-id says:

    Dennis Bergkamp = Arsenal tu bro..

    >>My Latest Entry<<
    Bonus Penjawat Awam dalam Bajet 2011 dan Sejarah Bonus Tahun-Tahun Sebelumnya”

    1. FITRIHADI says:

      erkk dah salah sebut ar..adoii

  2. Neon says:

    SMART GILE KOT blog ni hhihi..weh gua tak minat bulaaa laaa ;)

    1. FITRIHADI says:

      blog baru lagi..nanti dah gempak mesti popular..

  3. Raji says:

    hohoho yker..
    ada ker cmnih? ;D
    cmbest jer

    1. FITRIHADI says:

      ada je..gi ar terjah hehe

  4. naem says:

    demam football..sedap nama..huhu
    soccer-sick hoho~

  5. kisahsensasi says:

    header blog bola tu memang sempoi…..

    1. FITRIHADI says:

      haha memang sempoi

  6. din says:

    kalu tuan punyer blog peminat MU
    penulis tamu pula peminat chelsea boleh ke ek?

    1. FITRIHADI says:

      tak kisah ar..janji bleh gaduh skit dalam tu haha

  7. akubiomed says:

    Arghhh..Selangor kena belasah dengan Kelantan 3 – 0. Macam tak percaya..

    1. FITRIHADI says:

      terima je la bro..benda dah terjadi hehe

  8. zik says:

    blog bola… perghh.. aku minat pasal2 bola nie.. akan ku terjah… siap sedia.. hee

    1. FITRIHADI says:

      haha ye ke?? bro sokong mana?? Man U? Chelsea? Kelantan? hehe


LIKE KAMI DI FACEBOOK