Oct 212010
 

salam,

eh korang apa khabar ar? macam mana hidup? mesti semua tak ok kan? ermm kalau diberikan 3 wish, mesti korang rasa tak cukup.

so kalau diberi seploh wish, apa wish yang korang nak mintak??

kalau sayalah, ini benda yang saya nak mintak;

1. sebuah rumah yang dekat dengan universiti supaya tak perlu susah payah nak berulang jauh-jauh dari bukit beruang ke durian tunggal ni. minyak habis beb. tambah2 jalan jem, mayonis, cheese.. boleh mati katak ok, sangat susah beribu kali susah woo…oh psl rumah, mesti siap dengan perabot dan alat masak semuanya.. tiap2 hari practice masak dengan Jamie Oliver kat youtube ni haha sangat brilliant..

2. sebuah rumah lagi untuk disewakan supaya saya ada duit poket tiap-tiap bulan.. boleh tanggung duit makan, minum, minyak, dan servis kenderaan… juga untuk study haha

3. sebuah kereta..kalau hujan dah tak perlu meredah basah serta percikan hangat yang menduga jiwa dan raga..uiiii naik moto sangatlah mencabar rohani dan jasmani ni..

4. otak yang cerdas serta badan yang cergas. senang nak study, nak buat assignment, nak buat sistem untuk present minggu depan ni. adoii ini baru seminit dua depan laptop dah kiok macam ayam..last-last berassignment atas katil buat kilang taik mata.

5. perut yang tak mudah lapar – of course sebab bila lapar duit banyak keluar sebab nak melayan kerenah perut yang makin menggedik nih..adoiii cukup-cukuplah tu perut oiii hujan pun berhenti gak..kau bila nak berhenti ni, perut oiii

LIHAT JUGA:  Selamat bercuti!

6. komputer yang power mencapai windows rating experience sehingga tahap maksimum iaitu 7.9 – gerenti komputer ni tak hang, tak slow dan den boleh lenjan habis-habisan buat kerja grafik, edit video dan main game yang mencapai tahap gaban tanpa perlu risau apa-apa dah.

7. bil air,elektrik dan tepon free – yahhh kalaulah boleh gini mesti syokkan hidup ni hahaha tak perlu pening kepala nak buat bajet tergempar atau RMK-88 ke..boleh?

8. kad kredit yang tak perlu dibayar – hah part ni yang den suko ni.. den boleh gi mano2 jo kalau den ado kad kedit power ni..hoho den leh shoping bila perlu..tak perlu pikir nak jimat sampai 1 sen pun berkira. pastu boleh ajak nurse den tu shoping sama, candle light dinner dan tengok wayang comedy romantik mesti dia suka.. wahhaaha

9. ada pakar kewangan sendiri – jadi setiap money flow den takdonyo nak abis gitu jo. den boleh dapat nasihat dan analisis dari dio. den boleh gandakan wang dengan cara yang betul. sekarang den dah tak mau abiskan duit. den bukan budak tak matang dok perabih duit mak bapak atau duit PTPTN..den kena simpan untuk kahwin..eh untuk masa depan…

10. Semua barang Apple. Nak kumpul barang Nike dan Razer

P/s: apa wish yang korang nak?? let me know…share ar skit walaupun mengarut haha

 


If you are looking for wishes sms then click here


 

(Visited 17 times, 1 visits today)

Comments

  1. ken says:

    all the best with your wishes :)

    1. FITRIHADI says:

      thanks yooo hehehe

  2. satu saja wish dariku,semoga dimasukkan diriku didalam syurga…..

    1. FITRIHADI says:

      amin.. moga tercapai hajat tu

  3. adie says:

    1. nak rajin
    2. nak wat bisnes
    3. nak capai gaji sebulan 10k sebelum umur aku 22 tahun
    4. nak kerja kat rumah
    5. motor yamaha fz150i
    6. mazda rx-8
    7. kondominium
    9. kucing yang banyak
    10. tak nak kerja di bawah arahan orang

    1. FITRIHADI says:

      usaha bro..sampai berjaya…dah berjaya tu jangan lupa aku lak..okay? heh

      eh nk kucing banyak??awek tanak?

  4. hafizaiman95 @ fizs says:

    1. Nak Modenas GT128 facelift
    2. Nak Kereta Audi yang sama macam citer Transporter 2/3 tu.. yg kebal tu
    3. Nak bukak perniagaan sendiri.
    4. Nak rumah besar2 dan ada pengawal keselamatan…
    5. Tak nak berhutang.. barang semua beli cash.. so xdekla kes riba..
    6. Mudah-mudahan diri ini masuk ke dalam syurga..

    1. FITRIHADI says:

      wah modenas tu memang boleh beli..tapi audi yang kebal tu ada jual ke?? kalau ada memang gempak ar..den pun beli

      heh moga berjaya capai wish tu semua, bro! :)

  5. zik says:

    no9 tuh..meh cini aku jadi pakar kewangan…haaa

    1. FITRIHADI says:

      boleh ke bro? task pertama aku nak kasi, bro kena tulis pasal akaun pelaburan..boleh?? hehehe

  6. zuriey says:

    nak bahgia dunia dan akhirat

    1. FITRIHADI says:

      insyallah boleh je..

  7. ReD says:

    setelah meneliti wish list di atas, den nak utarakan 1 wish utk anda..

    den nak tgok ekau bahagia bersama si NURSE..ngeh2.. lallala~

    1. FITRIHADI says:

      wahaa amin.amin amin!!

  8. kyuubi says:

    aku nak jadi org paling bijak kat dunia ni supaya kau tak pyh gi study. hahahaha. kalau aku jd paling pintar mesti sng je duit nak masuk poket, kih3

    1. FITRIHADI says:

      ya betul tu…kalau dah bijak buat apa pun menjadi..duit pun masyuk je

  9. naem says:

    dapat moto sebijik..haha

    1. FITRIHADI says:

      aku nak gak.. dapat ninja pun jadi lah hahaha

  10. akubiomed says:

    Saya nak duit tak habis-habis tapi mustahil

    1. FITRIHADI says:

      nak duit tah habis kena cari duit ar..kan?

  11. Affan says:

    hehe. byk wish, moga tercapai cita2. owh, dah ada calon nurse, bila nak kahwin. he he

    1. FITRIHADI says:

      insyaallah kalau duit dah cukup.. cewahh hehe :p

  12. miera says:

    Wish aku biase2 je
    Ni 5 benda yg aku nak untuk short term

    1. Lulus paper aku skali jalan so tak payah aku repeat and membazir duit…satu paper 81pound kowt..rase bersalah kat parent kalau fail T_T

    2. By the time aku start keje next year, aku nak harga rumah jatuh merudum, interest rate bank sangat rendah and gaji aku tinggi…senang aku nak beli rumah :P

    3. Internet dekat malaysia laju gila tahap tak payah tunggu loading langsung, download movie dalam masa 5 minit je

    1. FITRIHADI says:

      1. kalaulah kita pandai kan senang.. exam apa pun lulus je dalam tangan haha

      2. yaa kan best kalau harga rumah murah… student sorang satu rumah.takyah pening kepala dengan ragam kawan2

      3. ni paling setuju.. tenet Malaysia slow macam siput nazak..hehe

      1. miera says:

        Hahaha
        Pandai memang senang
        Semua exam memang score siap dapat award
        Tapi nanti ramai dengki
        Sebabnya I tengok kazen I je
        Umur 20 dah ada degree
        Sepatutnya dah dekat Cambridge University sambung master tapi terpaksa postpone sebab dapat sakit misteri
        dia takut nak pergi sana nanti, makin teruk and tak ada org jaga

        2. 2nd wish aku ni actually punca ekonomi US jatuh merudum.

        3. Ni laa wish aku paling achievable tapi kat msia jadi impossible..huhu…bila nak laju ni T_T

        BTW, pada opinion aku ada sebab kenapa wish kau semua takkan tercapai..haha…check and balance laa..

  13. phreak-id says:

    Wish Aku :

    1) Aku nak hampir 90%-100% otak aku dah diterokai supaya aku jadi tersangat bijak. [wahhh.. ini dah macam komik Juara Wira ke Wira Tunggal ntah.. hahahaha]

    Bila aku dah jadi pandai > aku pandai belajar > Aku kerja pun hebat > boleh buat duit banyak > hidup aku senang..

    mwahahaha…

    “La Mimpi Reply Topik FitriHadi Rupanya.. ” .. hampeh..

    1. FITRIHADI says:

      wahh hipotesis yang menarik..cuma perlu otak pandai je boleh berjaya dalam hidup..kan

  14. MASA says:

    secara spontan terfikir nak wish malaysia ada internet laju macam kat korea atau jepun. kalau fikir betul2 memang ada banyak benda nak wish sebenarnya

    1. FITRIHADI says:

      a’ah sekarang ni ramai tak puas hati dengan internet di malaysia ni..adoii

  15. Mohd Hafiz says:

    kalau aku diberi 10 , yg ke sepuluh tu aku akan mintak……. 10 lg wish…. hahaha.. :-)
    tambah lg nyawak aku utk 10 kali….

    1. FITRIHADI says:

      haha bijak ni..kalau camtu sampai bila2 pun tak habis :p

  16. wanie-san says:

    kalau saya la..
    mahu buat rumah orang tua. nak ambik semua org2 tua tepi jalan yg di buang anak duduk rumah tu. huhu tapi..mampukah saya??T__T

    1. FITRIHADI says:

      wah baiknya awak…saya respek ar..insyaallah kalau nak buat kebaikan Allah akan bagi kemudahan :)

  17. arek says:

    sihat tubuh badan, dijauhkan penyakit2 merbahaya serta kebahagian dunia dan akhirat..

    1. FITRIHADI says:

      amin…bersyukurlah kita masih sihat sepenuhnya lagi, kan?


LIKE KAMI DI FACEBOOK