Oct 162010
 

Semalam saya ke Melaka Central atau orang sini panggil MC je. Hajat hati nak cari kasut. Kasut lama saya dah koyak. Dah nazak pun kasut lama tu. Adalah dah pakai lebih 2 tahun. Now dah makin teruk sebab ada koyak kat depan. dan tapak pun dah lekang kat belakang.



Before hari tu pun dah usya banyak kedai. Adalah dah target Kasut Yonex sebab boleh dipercayai dan tahan lama serta murah lak tu. Harga dia RM79.90 je kat Jusco. Kalau nak pilih kasut Nike boleh je. Adidas pun ok je. Tapi tang harga tu je la. Tak terkeluar tangan ni bila seluk poket nak ambik wallet. jadi terpaksa lupakan hasrat tu hahaha

Oh berbalik kepada cita saya ke MC, saya ada jumpa satu kasut ni yang sesuai di pakai ke kuliah dan dipakai pada hari yang panas. Pak gad pun tak marah sebab memang bertutup. Dan memang selesa sebab lubang udara dia besar woo. haha saya malas nak pakai Crocs sebab ramai dah pakai. Jadi saya nak something different. dan inilah kasut yang saya jumpa tu. Memang selesa tambah-tambah pakai naik motor masa tengah hari buta yang panas gilerr. perghh berangin kaki!



Harga dia just RM20 je. Kononnya auntie tu kasi diskaunlah. tapi harga sebenar ntah la. takpe ar.. saya tak berkira sangat hal duit. Kiranya saya beli barang ni selain untuk diri saya, juga saya niat nak tolong orang. Jadi takde ar rasa terkilan sagat kalau jumpa barang sama yang lagi murah. Biar ar. Harta bukan boleh bawak mati. Kan?

Ye saya orang susah. Orang kampung je. Bapak takde. Duit pun kena berjimat. Sebab tu kot saya takde makwe sampai sekarang. Tak macam korang ada parents kaya-kaya. Mintak moto dapat keta. Kapel keliling bukan takat keliling pinggang tapi keliling dunia. kan kan?? hehe jangan marah ar..

P/s: bosannya jadi bujang solo. terperap dalam rumah je. Kalaulah I ada duit banyak, dah lama I pergi melamar nurse I tu. boleh?? hehe
(Visited 307 times, 1 visits today)
LIHAT JUGA:  Samsung GT-E1080F - Peganti Sementara Handphone Aku Yang Rosak

Comments

  1. akubiomed says:

    Kasut berangin okay ler tu. Kalau beli mahal hati tidak sinang buat apa nak tinggal pun sayan takut kena kebas

    1. FITRIHADI says:

      a’ah betul tu..kasut mahal2 ni bikin hati susah je .. adoii kalau gi surau nak sembahyang pun tak tenang

  2. muchang says:

    ala down to earth pulak, takpe jodoh takyah nak terhegeh2, insya Allah datang jugak one day :)

  3. hamizah says:

    ok la tu..kalau beli yg murah bolehlah tukar selalu

    1. FITRIHADI says:

      tapi kasut ni tahan lama..sebab kasut getah memang tahan..tapi kena tengok material gak..

      kitorang lelaki suka barang yg tahan lama..pompuan tak kot sebab diorang suka shoping kerap-kerap.. tak gitu? hehehe

  4. Azfarul says:

    tengah harini nak gi JJ beli kasut haha..
    Nak carik simple wat jog..
    kau rase kat JJ melaka tu ade?

    1. FITRIHADI says:

      ada je cuma pandai2 ar pilih yang tahan skit..hehe

  5. zik says:

    20 hengget?? .. mulah2…

    1. FITRIHADI says:

      memang murah bro..selesa pun selesa pakai tengah hari hohoho

  6. akubiomed says:

    Bro memang suka kasut kaler hitam eh?

    1. FITRIHADI says:

      dulu suka ar..now suka putih sebab kasut hitam panas..hehe berubah ikut cuaca ar..baju pun dah banyak kaler cerah-cerah sebab now makin panas..uiii tak tahan..

  7. hazwan says:

    perghhh, da g surau pown sembahyang x tenang ? memang betul-betul risaukan dunia nh.. hehe..

    1. FITRIHADI says:

      bukan pe..risau takut kasut mahal2 tu hilang..pakai yang murah2 dah cukup..takde lah hati tu x tenang

  8. wawa says:

    ape tunggu lagi fit.. g la lamar.. ekeke


LIKE KAMI DI FACEBOOK