Oct 092010
 

Salam,

maaf mungkin update ni dah terlalu basi. but saya nak gak share dengan korang pasal ‘bini’ baru saya ni. Sekarang ni tiap-tiap masa saya ‘main’ dengan dia. hehehe actually sekarang saya dah guna desktop computer berbanding dulu-dulu ni guna laptop je. Sebab apa? sebab nak dapatkan komputer yang power seiring dengan keperluan saya sebagai seorang pelajar multimedia mahupun blogger.

dulu guna laptop, kerap sangat ‘hang’ kalau edit gambar besau. kalau guna firefox pun adakalanya tergendala jap. adoii jadi seminggu sebelum raya, saya gi kedai komputer. Kat Bukit Beruang ni kedai komputer yang paling famous dan murah adalah Stygix. Service dia tiptop, jangan risau.



Berapa modal saya? Hanya RM1600 dah mampu dapat komputer yang berada pada prestasi pertengahan..boleh je sekadar nak edit poster bersaiz A1 dan game berkuasa pertengahan… Tapi bajet saya ni tak sekali dengan graphic card lah sebab saya tak perlukannya lagi. Mungkin tunggu semester yang ada edit video baru saya upgradekan. Actually apa yang saya beli dengan RM1600 tu?

1. First, kena tengok motherboard dulu. Selalunya jenis Gigabyte akan jadi pilihan sebab ianya berkualiti. Jadi saya pilih Gigabyte GA-H55M-S2. Lagi satu sebab saya pilih motherboard ni adalah kerana hanya motherboard ni je yang muat dengan processor Intel Core i3 dan ke atas. Ada lagi yang sewaktu dengannya sebenarnya tapi mahal skit ar sebab slot RAM dia ada 4 slot dari yang ni ada 2 slot je. Harga motherboard ni just RM280.



Tipsnya mudah. Tanya dulu Motherboard ni boleh upgrade processor tak? Kalau boleh upgrade ke processor i5 atau i7 lagi bagus. Dan tanya gak berapa banyak port usb yang ada. Lagi banyak lagi bagus.

2. Then kita pilih processor. Dalam erti kata lain, cip atau otak komputer ar. Saya pilih Intel Core i3 sebab boleh kata latest processor gak Core i3 ni. Lagipun dia punya speed adalah 2.93GHz. Actually ada lagi satu pilihan Core i3 dengan kelajuan 3.06GHz. Tapi sebab nak save bajet pilih yang low skit pun dah ok. Tu pun dah jimat RM50 perbezaannya. So harga Cip Intel Core i3 ni adalah RM329.

disebabkan kat stygix dah kehabisan stok. jadi saya beli asing kat kedai lain which is mahal skit dari harga stygix..



Tips: Lagi tinggi speed (Ghz) tak semestinya lebih bagus. Boleh je pilih yang rendah sikit speednya.

3. Dah pilik ‘otak’, kita kena bagi dia power skit. Means nak lajukan process komputer tu so kita beli RAM. Lagi tinggi kapasiti RAM lagi laju komputer tu process data. Bagus untuk kerja-kerja multimedia atau gaming bila ada RAM tinggi (selain kad grafik yang power).

My choice is Corsair Gaming PC DDR3 RAM 2GB. RAM Corsair ni smart sebab ada cover untuk lindungi dan sejukkan board RAM tu. Harga RAM corsair untuk 2GB just RM148 je. Hari ni tengok harga dah murah RM10.. adoiii



Tips: pilih yang biasa pun ok..means yg bukan gaming punya.. but untuk high performance boleh pilih yang ada cover a.k.a gaming performance..

4. Untuk melengkapkan sistem komputer tu, kenalah beli hard disk! Hard disk kecik pun tak kisah. Actually 500MB pun dah cukup untuk penggunaan harian. But saya beli 1TB sebab nak guna banyak space for the future nanti.. Budak Multimedia memang kena simpan banyak source file (selain install banyak game hahaha).

Jadi, saya pilih Hard Disk Western Digital 1TB. Harga just RM205 je.



Tips: takde tips kot. just pandai-pandailah pilih harga yang berpatutan dan berjenama.

5. Hah lagi satu benda ni penting gak. sama penting macam air sirap dalam pembuatan kapal terbang tu. Apa ye? Mestilah DVD drive a.k.a. dvd player. Takde menatang ni korang takleh nak format PC korang hahah Pilih yang biasa-biasa sudah. Bukan nak guna sangat pun, lainlah korang tengok cita guna dvd kan.. tapi saya kalau nak tonton cerita, download je dari tenet hehe

so saya pilih DVD drive LG harga RM69 je.



Tips: takde tips gak. DVD writer ni semua sama je.. cuma pilihlah yang branded skit macam Samsung dan LG untuk lebih kepercayaan dan ketahanan.

6. Setakat ni. korang dah boleh dapat satu komputer yang boleh jalan sepenuhnya komputer korang tu. Oh ada lagi satu benda. Casing dan power supply. Actually casing korang pilihlah yang ada sekali dengan power supply untuk lebih penjimatan. Tapi kalau nak casing yang bagus (lebih pengudaraan), korang boleh pilih jenama Cooler Master dan of course dia jual casing je. Power supply kena beli asing.

Jadi saya pilih casing PowerLogic Modena GTX2000 (nama dah macam moto je) yang mana ianya comes with power supply. Harga just RM125.



Tips:tanya dulu casing tu ada sekali power supply atau tak. Selalunya casing yang takde power supply memang mahal sebab dia jual casing yang focus on pengudaraan je. Casing yang focus on pengudaraan memang bagus untuk gamers dan multimedia user.

7. bahagian dalam CPU dah abis cerita. maknanya dah boleh On komputer korang tu. tapi tak bermakna gak kalau takde monitor, kan? haha memang penting gak monitor ni. Now monitor lcd yang slim tu dah murah je.

Saya beli monitor LCD Samsung Syncmaster E1920 bersaiz 19″. harga cuma RM375. Murah ek? Boleh lah ikut saizkan..nak besau-besau kena tambah bajet ar… hehe



Tips: lagi besau dan lebar LCD tu lagi masyuk ar nak main game hahaha harga mau tengok juga la..

8. Oh keyboard dan mouse jangan lupa ye. Saya beli keyboard RM18 je yang cikai-cikai je. Mouse dah ada yang lama punya jadi tak beli ar.



Tips: keyboard jangan pilih yang mahal-mahal sebab kengkadang keyboard mahal ni kalau taip laju mesti sangkut. Ambik je keyboard murah macam dalam lab komputer korang tu, taip laju pun sedap. tak sangkut pun.. trust me! sebab tu saya ambik keyboard cikai je.. heheh boleh lenjan laju-laju nak update blog..

9. OS? oh windows tu saya install sendiri je.. saya ada installer Windows 7 Ultimate. memang tak kena bayar pun. dan kalau nak lagi jimat, pasang sendiri je komponen-komponen cpu tu lagi jimat dari pasang kat kedai..kalau suruh kedai pasang komponen-komponen dalam cpu tu dah habis RM50. Dan berapa Windows Rating Experience yang komputer saya dapat? hanya 4.2 je… sebab takde graphic card.. nanti ar skit masa lagi tambah graphic card..

Jadi harga kesemuanya (pada 23 Ogos 2010);
Motherboard – RM 280
Processor i3 – RM 329
RAM Corsair 2GB – RM148
HardDisk 1TB – RM205
DVD Drive – RM69
LCD 19″ – RM375
Casing – RM125
Keyboard – RM18

Total – RM1549

duit selebihnya tu buat ar beli extension ke beli fan tambah dalam casing ke..ada RM50 je lagi kan.. kalau ada siapa-siapa nk saya setup custom-made pc boleh hubungi saya. saya boleh bagi cadangan skit. nak tolong pasang sekali dengan Windows 7 ultimate pun boleh.. ada yang nak?

Perancangan lepas ni nak tambah Graphic Card. Then tambah RAM. Serta tambah sistem pengudaraan yang baik. Dah cukup untuk dapatkan sebuah PC berkuasa tinggi.

Ok ar selamat berhujung minggu!

P/s: Actually Central Processing Unit a.k.a. CPU tu adalah cip processor. Dan benda yg korang sebut CPU tu sebenarnya dipanggil casing. sekian info IT kali ni. faham tak? erkkk :)
(Visited 508 times, 1 visits today)
LIHAT JUGA:  (Senarai) 30 Idea Gambar Untuk Dikongsi Ke Instagram

Comments

  1. amoi says:

    kat mana weyh kedai ni?
    selalu nampak PC WORLD dgn Mircroscan je
    haha

    1. FITRIHADI says:

      stygix ni seberang jalan/depan dengan PC world ar…sederet dengan kedai komputer viewcom tu.. ada kat sebelah kedai roti tu…uii PC world mahal ar..tak sanggup aku..haha

      1. amoi says:

        ko tgh ckp kedai2 ni kat Taman Kerjasama ke?

        HAHA~

        1. FITRIHADI says:

          ye ar..kat taman kerjasama bukit beruang..ada je kat area tu..ko gi ar terjah..memang barang dia boleh pakai..

          1. amoi says:

            aku tak penah perasan dgn kedai ni kat sana.
            selalu terjah PC World atau Microscan kat EP sana.

            hihi

            btw, LCD Samsung ko tu lebih kurang mcm aku punya. kecuali errr. aku tak ingat aku punya bape inchi. hihi.

            1. FITRIHADI says:

              lepas ni cari ar stygix tu..power barang- dia.

              oh LCD aku punya E1920..ada tulis kat penjuru kiri tu..gambar dia cantik gak..

              1. amoi says:

                aku punya sync master 943. haha. beli kat EP. RM300. 19inch kot.

  2. […] This post was mentioned on Twitter by Fitri Hadi, Fitri Hadi. Fitri Hadi said: (Tips) Mari Membeli Custom Made PC Bersama Fitrihadi (Medium Performance) http://bit.ly/dzVAoT […]

  3. sharinginfoz says:

    memang bagus custom made ni, puas hati kan, spec tinggi

    1. FITRIHADI says:

      a’ah memang puas hati..kedai jual yg pasang siap nk ambik untung je kengakadang..

      1. Affan says:

        tapi tu lah kena pandai cari barang die.
        Kalau macam aku yang kurang arif bab2 ni, aku rasa better bawak sorg kawan ya temankan. Kang tak pasal2 kena tipu.

        1. FITRIHADI says:

          a’ah bawak je kawan ko sorang yang pandai IT..nnti dia tolong pilih ikut kemampuan..jgn kena tipu sudeyy

  4. izulman says:

    Bab-bab komputer ni I gave up. Serius tak suke n tak pandai =.=”

    1. FITRIHADI says:

      boleh je belajar slow-slow…kalau dah minat tu memang best ar belajar

      1. izulman says:

        maybe sb tak minat kot hahaha

  5. nash says:

    pergh..nice gak la sebab dapat guna laptop yang boleh membantu ko..aku nie hostel da la sempit..tak mampu kot nak bawak laptop disini..hehehe

    1. FITRIHADI says:

      selalu kalau jalan jauh elok guna laptop ar…tapi aku dah ada transport takpe je nak guna desktop…nnti abis study baru angkut bawak balik umah…

  6. no name says:

    beli lah asus…hahaha

    1. FITRIHADI says:

      asus apa barang hahaha

  7. awaniz says:

    harga spec ni kalau zaman aku beli computer dah 2000k ++ … hampeh betol, rasa nak kembali masa dulu, pulangkan pc then beli baru ikot harga skang… mybe ley dapat spec lebih gila…

    1. FITRIHADI says:

      harga komputer memang cepat turun kalau ada keluar barang baru…tambah2 graphic card tu.. lepas sebulan dua turun harga..sebab tu nak beli graphic card kena tunggu dia betul2 murah..

  8. Affan says:

    Wah best gak custom made ni kan.
    Kira bajet 2k tu dah mantap lah kot.
    Memang teringin gak nak pasang sendiri ni, jimat pun jimat gak. Kalau beli yang dah siap pasang, mau 2.5k gak kot.

    1. FITRIHADI says:

      kalau bajet RM2000 dah boleh beli sekali graphic card yang power..

      beli custom made memang jimat..performance pun boleh jadi mantap kalau spec dia terbaik…

  9. Mohd Hafiz says:

    duh.. lain pulak dgn kisah saya… baru je sebulan ada bini baru sy… tp biar betul murah kt sana… kalau kt sini mahal.. hd tu sy nak jugak lh… hehehe…

    1. FITRIHADI says:

      memang sini murah sebab diorang beli banyak2 dapat harga murah.. lagipun diorang nak bersaing dengan kedai lain..sebab tu murah kot..

  10. hyprobulksms says:

    Saya boleh dapatklan tawaran harga yang lebih baik untuk setiap setup yang sama dengan spec ni.

    1. FITRIHADI says:

      oh ye ke?? napa tak gitau awal2..

  11. While we are dealing with items in the vicinity of (Tips) Mari Membeli Custom Made PC Bersama Fitrihadi (Medium Performance) | Fitrihadi [dot] com, Most laptops companies, if they are over produce, have clearance sales to get rid of excess inventory. You can grab on to this opportunity when they go on sale. Also look for seasonal sales around the end of the year or back to school.

  12. pilotHans says:

    wah bagus tips ni…..nnti saya beli PC baru pun nak kuar entry camni..haahah… ^_^ skrang 24inch lcd pun daa murah daa……i3 okay..i7 pun okay klo poket tebal…..bile laa nak beli pc baru nie..haih

  13. faeiz says:

    terbaiklah bro..kalu aku pandai bab komputer ni kan best…leh buat sendiri

    1. FITRIHADI says:

      tak susah pun sebenarnya… belajar ar slow2..


LIKE KAMI DI FACEBOOK