Sep 062010
 

Salam,

Lepas maghrib tadi, saya lepak depan TV sambil ditemani batuk2 dan sakit kepala kerana demam. Jadi tak terawikh le..oh takde motif lak gi cerita pasal diri sendiri..sorry.. actually just nak bagitau, bagi yang tak tengok buletin utama malam tadi, diorang a.k.a pihak pengurusan TV3 dah mintak maaf dalam satu slot berita tersebut.

Iklan yang mana dikatakan menyentuh sensitiviti agama tu dah ditarik sepenuhnya dari tayangan umum. So lepas ni please stop any speculasi..benda ni dah tersebar..semua orang dah tau..tak perlu ada entry terbaru nak bercerita pasal Iklan ala-ala Illumination dan budha tu..



Bagi saya, mungkin TV3 nak tunjukkan yang diorang ada kreativiti tertinggi dan teknologi canggih untuk buat iklan yang gempak dan colourful serta meriah. Saya dah tengok, memang teknik grafik serta CGI-nya power belaka dan mungkin kosnya tinggi. Rugi siapa yang buat iklan tu..

Nak tengok iklan tu?? gi ar search kat youtube atau korek mana2 blog yang rajin ulas isu ni.. banyak je..saya malas nak perbesarkan hal ni.. Benda dah lepas, pihak yang berkenaan pun dah mintak maaf jadi better stop that entry berantai pasal video tu…okay?

Peace!

Salam Ramadhan..

P/s: korang masih tertunggu ke keputusan Contest Duit Raya Fitrihadi.com? Sabar ek. Senarai penuh peserta tak keluar lagi..kena tunggu dulu.. hehe

P/s/s: Demam sebab naik bus hari tu lupa bawak sweater… 9 jam dalam bas yang sejuk gila bagaikan terperangkap di kutub utara. arghhh bahana btul bila lupa ambik sweater..
(Visited 3 times, 1 visits today)
LIHAT JUGA:  (Video) Tonton Maharaja Lawak Mega Minggu Ke Lapan 8

Comments

  1. zik says:

    tuh sapa yang tengah tengok laptop tuh bro??? aku pun buat jugak pasal iklan tuh..huhu

  2. syidashukor says:

    i ada tengok iklan tu . tapi kat youtube haha . pelik jugak tengok iklan tu mula2 . tapi nak buat macam mana , dah jadi . lain kali jadi pengajaran sebelum nak buat iklan . nak buat 1 msia tapi perayaan digabungkan . dah jatuh hukum haram pulak .

  3. brenn says:

    aku rasa diorang nak tengok sri pentas kena bakar baru puas hati kot..entah la=)

  4. adamfaiz says:

    Bagus la dah minta maaf..memang patut pun

  5. Zida says:

    Errmm. Baguslahh kalau dah mintak maaf. Kita pun tak payahlah nak perbesarkan isu ni. Tapi seysly Zida cakap grafik dia memang la cun~

    1. FITRIHADI says:

      a’ah grafik dia gempak..TV3 memang power ar..

  6. Wan Perlis says:

    hampeh la tv3 pasal iklan tu
    camna leh lulus


LIKE KAMI DI FACEBOOK