Sep 092010
 

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar walillahilham…

Alhamdulillah. Sebulan berlalu. Hari ni hari terakhir kita berpuasa. Makcik-makcik, pakcik-pakcik semua dah sibuk ready untuk raya esok. Ketupat, lemang, nasi impit, rendang, kuah kacang jangan lupa buat ye hehe



Sempena kedatangan syawal ni saya dengan penuh tawadhu’ dan rendah dirinya, nak minta maaf atas segala kekasaran dan keterlanjuran serta apa-apa saja yang buatkan korang tersentuh hati. Saya tau tak semua orang suka dengan apa yang kita buat.

Kadangkala kita tak sedar dengan kesalahan yang kita buat. Beruntunglah masih ada yang cuba menegur dan mengambil berat. Memang kita tak boleh jadi orang lain, tapi kita boleh jadi orang yang lebih baik, kan?

Dan di kesempatan ni jugak, saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil-Fitri. Semoga Syawal ni membawa seribu pengertian buat pembaca Fitrihadi.com dan seluruh warga Malaysia seantero dunia.

oh dan lagi satu saya nak bagitahu pada yang belum tahu atau yang baru kenal saya, HADI tu nama arwah ayah saya. Bukan nama saya. Nama saya Fitri. Harap lepas ni korang tak keliru dah. Memang niat saya letak nama Hadi tu sebagai penghormatan atas segala pengorbanan ayah saya selama ni. Dialah ‘hero’ yang kini buatkan saya jadi lebih matang dalam menghadapi hidup ni sebagai seorang lelaki, anak dan seorang insan.



Akhir kata, semoga roh ayah saya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin.. AL-FATIHAH…
(Visited 41 times, 1 visits today)
LIHAT JUGA:  Samsung GT-E1080F - Peganti Sementara Handphone Aku Yang Rosak

Comments

  1. Sky0ne says:

    selamat hari raya bro!

    1. FITRIHADI says:

      selamat hari raya :))

  2. fina fento says:

    Selamat hari raya semua :)

    1. FITRIHADI says:

      selamat hari raya :)

  3. hassanah says:

    lah igtkn hadi tu nme ko jugak,

    selamat hari weyh “,

    1. FITRIHADI says:

      tak ar..tu nama ayah…selamat hari raya :)

  4. […] This post was mentioned on Twitter by Fitri Hadi, Fitri Hadi. Fitri Hadi said: Salam Aidilfitri + Sebenarnya Hadi Adalah Nama Arwah Ayah Saya! http://bit.ly/ct3Gjg […]

  5. naem says:

    al fatihah.
    slamat ary rya bro :)

    1. FITRIHADI says:

      selamar hari raya gak :)

  6. kyuubi says:

    slmt menymbt hari raya n maafkan segala salah silap. manatau ada komen yg tak berkenan di hati.. :D
    rasanya dah lma sgt x singgh sini…

    1. FITRIHADI says:

      takde pe lah..ok je semuanya

      selamat hari raya gak..maaf zahir batin :)


LIKE KAMI DI FACEBOOK