Mengumumkan Pemenang Contest Duit Raya Fitrihadi.com! Tahniah Korang!
Salam,
Macam mana persiapan hari raya? Dah ready? Jangan nanti bila sampai malam raya baru nak kalut ke hulu hilir macam kucing nak beranak.. tak gitu?
Baju raya macam mana? Kebelakangan ni ekonomi kureng je.. korang berjimat tak? ke sebat je apa yang nak? baju raya sepasang dua cukup la.. hehe

So, berbalik pada tujuan entry ni, saya nak umukan pemenang Contest Duit Raya Fitrihadi.com setelah beberapa hari tergendala sebab kurang sihat lepas balik naik bas hari tu. Ni semua gara-gara terlupa bawak sweater before naik bas..adoii
Dengan ini saya umumkan pemenangnya. Pemenang tempat KETIGA dengan hadiahnya RM20… Jatuh kepada…
SAUDARA DAUSPOZI!!!!
Actually sedara dauspozi ni buat satu video ucapan..walaupun ringkas tapi kemas dan ada part yang kelakar nya.. selalu orang kasi lagu raya skema ja, tapi si dauspozi ni kasi lagu raya lain skit..Korang terjahlah VIDEO DEDIKASI DAUSPOZI ni.
Dan seterusnya pemenang tempat KEDUA dengan hadiahnya berjumlah RM30.. Dimenangi oleh…
SEDARA HADI a.k.a. ENPEANUT!!!!
sedara ni smart gak..walaupun nampak segan-segan tapi still boleh buat video ucapan yang dibintangi oleh si dia sendiri.. walaupun cuba nak cover-cover dari family, tapi si Hadi ni usaha gak rakam untuk contest ni. tu yang respek tu.. terharu skit.. hehe nak tengok tak video bro Hadi ni?? jom ke ENTRY SEDARA HADI NI!
dan pemenang yang dinanti-nantikan selama ni.. tempat PERTAMA dengan hadiahnya RM50…di sandang oleh..beg sandang…ehh bukan bukan..di sandang oleh…….
SAUDARI IRWANI!!!!
Actually saudari Irwani ni buat kartun shin chan hehe one of my favourite kartun yang kelakar.. dan kartun Irwani ni macam betul-betul tengah tengok kartun shin chan.. bersahaja je gaya badan dan dialognya. Korang boleh terjah KARTUN SHIN CHAN OLEH IRWANI ni..
Kepada yang tak menang tu, saya mohon agar diampunkan segala kesalahan saya dari hujung rambut hingga hujung kaki. Kalau boleh saya nak semua orang menang. Tapi dah memang adat pertandingan; ada yang menang dan ada yang kalah.
Insyaallah lepas ni akan ada lagi contest di blog Fitrihadi.com ni. Walaupun tak kerap tapi at least sebulan atau dua bulan sekali boleh kot. Okay?
Alhamdulillah tamat sudah contest ni. Walaupun ada sikit halangan dan kritikan tapi saya tetap berusaha untuk habiskan apa yang saya dah mulakan.
Akhir kata dari saya, semoga puasa korang penuh dengan hikmah dan keberkatan. Nak ucap raya? Oh nak simpan dulu untuk satu entry ucapan raya nanti hehe selamat membuat kuih raya!
P/s: yang menang tu sila emailkan num akaun (maybank @ CIMB @ BIMB ) dan nama pemilik akaun tu untuk confirmation (kang salah bank-in duit lak).. Emailkan butiran tersebut kepada fitrihadidotcom@gmail.com


nur.sa
ketiga2 tu mmg layak menang. yang kartun sin chan tu pun bila saya baca pun saya gelak.. sah layak no 1..hehe
selamat hari raya semua..! :)
nur.sa recently posted..bermaafanlah secara ikhlas
FITRIHADI
a’ah apa pun thanks sebab join contest ni…selamat hari raya
FITRIHADI recently posted..Adoii Tergoda Sungguh Dengan Bibir Lisa Surihani Ni
Hadi
fuh ! bahang nk dekat exam ni rezeki mencurah pulak , huhu . anyway thanks pilih hadi sebagai pemenang ! sob..sob..sob <- menangis sebab tak sangka !
Hadi recently posted..Ucapan Selamat Hari Raya !
FITRIHADI
sama -sama bro.. video tu boleh tahan gak..hehehe buat ar lagi video macam tu.. aku rasa sekarang ni ramai nak layan vlog..blog dah makin kureng bahangnya..
FITRIHADI recently posted..Adoii Tergoda Sungguh Dengan Bibir Lisa Surihani Ni