Sep 182010
 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,



Berita yang sedih ni adalah berkenaan dengan pelakon M. Rajoli kita yang meninggal pada pukul 10.55 malam tadi akibat penyakit kelenjar kanser otak. Berita ni disahkan oleh Harian Metro sendiri. Berikut sedikit petikan dari Harian Metro berkenaan artikel berkenaan.

KUALA LUMPUR: Pelawak dan pelakon terkenal M. Rajoli meninggal dunia di Hospital Ampang di sini, pada pukul 10.55 malam ini akibat penyakit kelenjar kanser otak.
Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Harun Salim Bachik berkata, Allahyarham dirawat di hospital itu sejak tengah malam semalam setelah mengalami komplikasi penyakit itu.

“Allahyarham meninggal akibat penyakit lamanya itu dan dijangka akan disembahyang dan dikebumi di Keramat petang esok,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata hampir keseluruhan anggota keluarga Allahyarham berada bersamanya sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya.

Harun berkata, pemergian Allahyarham adalah kehilangan besar kepada industri perfileman negara kerana Allahyarham adalah ‘bintang yang sentiasa menyinar’. M Rajoli atau nama penuhnya Mohd Rajoli @ Mohd Rajab Mohamed, 64, menghidap penyakit kelenjar kanser otak sejak 2007 dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

Semoga roh Allahyarham M. Rajoli dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang musli. Al-fatihah…

LIHAT JUGA:  (Video) Rancangan Walimatul Urus - Lisa Surihani & Yusry KRU

Dalam kenangan…


Sekian laporan dari krew ‘Khabar Hangin’ untuk Fitrihadi.com. Salam 1 Malaysia.
(Visited 47 times, 1 visits today)

Comments

  1. housemate says:

    aku suka watak dia kalau jadi imam. menjadi. skarang dah meninggal.. innalillah dan alfatihah

  2. Yiedpozi says:

    aku suka lakonan beliau ketika beliau masih hidup…
    Al-fatihah… Sama2 kita doakan agar roh beliau dicucuri rahmat…

  3. kyuubi says:

    biar benar ni…mari kita sama2 doakan beliau…


LIKE KAMI DI FACEBOOK