Salam,

Hari ni dah 2 September. Maknanya dah dua hari Contest Duit Raya Fitrihadi.com dah ditutup. Jadi pada korang yang tak sempat join tu saya mintak maaf. Lepas ni insyaallah kalau ada rezeki lebih, saya buat lagi contest. Tapi takdelah contest segempak Denaihati punya contest “Hidup Seorang Blogger”. Saya blogger biasa-biasa je. Bukan masanya lagi nak buat contest gempak seumpama tu. hehe

Dari apa yang saya lihat, Contest Duit Raya Fitrihadi.com ni, awal-awal macam takde sambutan je. Rasa macam dah give-up. Alahai sedih skit. Blog Fitrihadi.com ni pernah beberapa kali buat contest. Memang tak berapa mendapat sambutan. Maybe konsep contest tu agak nonsense dan takde liputan meluas. adoii

But lately, bila dah nak sampai kepada tarikh tamat, barulah banyak blogger yang join contest ni. Alhamdulillah. Setakat ni, inilah contest yang paling mendapat sambutan di Fitrihadi.com. So lepas entry ni dipublish, akan keluar satu senarai penuh peserta contest duit raya tu. Entry peserta yang lama tu bukan officially senarai penuh pun. Itu senarai peserta yang join before entry senarai peserta tu publish. (Entry tu just untuk tarik lebih banyak penyertaan hehe) Jangan risau, nama korang takkan tertinggal punya. Insyaallah.. Tak lupa gak, terima kasih banyak-banyak lah pada yang join. Korang memang cool habis..

Dan maybe dalam minggu depan akan keluar senarai pemenang. Sebab hari Sabtu saya dah berada kat kampung, jadi mudah skit nak terjah penyertaan korang guna streamyx. Guna Maxis Broadband ni leceh skit. Kengkadang risau bandwidth dia habis, kang tak pasal-pasal connection jadi slow. Adoiiii

Dan alhamdulillah umah sewa kitorang kat Melaka ni dah confirm dapat internet starting awal bulan ni. Baru je tulis komen pasal Streamyx terus dapat tenet.. hoho boleh lah nak aktif blogging macam dulu. Banyak benda nak update ni.

Akhir kata, selamat menjalani ibadah puasa. Eh dah berapa hari kita puasa? Dah dua minggu kan?? wohoo raya dah dekat!

Yang suka naik bas,
- fitrihadi -

Related Posts with Thumbnails