Aug 142010
 

Semalam adalah hari pertama tayangan filem The Expendable ni kalau tak silap. So me and my friends ramai-ramai terjah panggung sebab nak tengok penangan hero-hero tua yang bergabung dan meletup dalam cita The Expandable ni.



First of all, saya bagi 4 setengah bintang untuk filem The Expendable ni. Filem ni memang gempak. Lagipun director filem ni adalah hero filem tu sendiri; Sylvester Stallone. Siapa yang kata filem mamat rambo ni tak gempak memang korang berasal dari planet lain ar hehe

Filem ni berkisarkan tentang sekumpulan hero-hero tua yang bergabung dan kumpulan tersebut bernama The Expendable. Tugas diorang lebih kepada menyelamatkan tawanan-tawanan serta memusnahkan kumpulan-kumpulan penjahat dalam sesuatu kawasan tu. Diorang ni macam askar elit kelas pertama ar. Memang mantap ar.

Salah satu keistimewaan filem ni adalah himpunan hero-hero filem yang memang gagah perkasa dalam fighting macam Sylvester Stallone sendri, Jason Statham dari filem The Transporter, Jet Li, Stone Cold Steve Austin dari WWE, serta beberapa lagi pelakon ‘jantan’ yang memang terbaik dari ladang.



Sepanjang filem ni berlangsung korang takkan bosan sebab jalan cerita dia penuh dengan aksi. Dan kengkadang diselit dengan sedikit adegan kelakar. Contohnya yang kelakar bila Arnold ‘Susah Eja’ jadi guest actor dalam filem ni keluar dalam satu part untuk berunding dengan Sylvester dan Bruce Willis. Apa pun, korang gi tengok ar sendiri kalau nak tau apa yang kelakarnya.

Actually filem ni hanya sesuai untuk 18 tahun ke atas dan mungkin hanya sesuai untuk lelaki macho serta jantan-jantan di luar sana sebab aksi-aksi dalam filem ni memang kejam. Ye la. Misi diorang adalah bunuh semua penjahat-penjahat durjana. Jadi cara diorang bunuh tu agak jelas dan… erkkk ngeri for certain people.

Nak bawak awek tengok?? boleh je tapi pastikan dia ni ganas macam korang gak. Kalau jenis jiwang 24 karat tu baik tengok filem lain je sebab filem ni boleh dikatakan agak ‘jantan’ dan ‘berani’ untuk ditonton. Kang trauma makwe korang tu nak keluar dengan korang haha

erm nak bagitau apa lagi ek?? cukup lah kot. nak tau lebih lanjut korang gi tonton sendiri. Memang terbaik ar filem ni. Sesuai untuk korang yang suka filem aksi ganas dan lasak. Tak rugi bayar tiket RM10 untuk filem ni. Dan bawah ni ada buah tangan skit untuk korang. Tengok dulu preview filem ni dan kalau minat gi ar terjah panggung wayang A.S.A.P!



P/s: Keganasan adalah hak milik setiap syaitan. Jauhilah Keganasan!
(Visited 19 times, 1 visits today)
LIHAT JUGA:  (Official Trailer) The Amazing Spiderman

Comments

  1. […] This post was mentioned on Twitter by mollamolla, Fitri Hadi. Fitri Hadi said: (Movie Review) The Expendable – Himpunan Hero-Hero Yang Otai dan Gempak Gila! http://bit.ly/agD3RY […]

  2. kisahsensasi says:

    yesss…. antara filem yang nak plan tengok esok nie – AHAD….

  3. rasanya … inilah 1st time filem yang himpun RAMAI hero2 yang gagah perkasa…

  4. syidashukor says:

    fit ! i baru tengok cerita ni semalam with my bf and his friends , and i rasa scary kot ! hahah . tapi part arnold tu mmg kelakar . haha

  5. Arrul says:

    perghh~ lyn,kene tgok gak ni

  6. intanizani says:

    mcm best
    nak tgk la!

  7. penyubiru says:

    cam best jer..nak kena pi tengok ni..

  8. serol says:

    aku peminat filem aksi! so movie ni mesti kena tengok..haha

  9. zik says:

    ada jet li tuh…. feveret..

  10. zhoprenia says:

    nak tengok citer ni tapi tak tau bler leh g tengok. bulan puasa kan………….

  11. fahmi ibrahim says:

    download2… haha…

  12. New rings says:

    I was very happy to find this site.I wanted to thank you for this great read!! I definitely enjoying every little bit of it and I have you bookmarked to check out new stuff you post.


LIKE KAMI DI FACEBOOK