Salam,

Sebagai menghargai pembaca dan juga blogger-blogger kreatif di luar sana, Fitrihadi.com sentiasa mengalu-alukan artikel mahupun perkongsian ilmu yang menarik dari korang untuk tatapan pembaca Fitrihadi.com. Jadi, marilah bersama-sama menyertai kumpulan penulis Fitrihadi.com.



Jika korang berminat untuk menerbitkan artikel korang di blog Fitrihadi.com, baca dahulu syarat-syarat dan kriteria yang perlu korang ikut di bawah!

1. Bahasa
Kami menerima sebarang artikel berbahasa melayu. Walaupun blog Fitrihadi.com adalah blog dari Malaysia, dan berbahasa melayu, kami juga menerima artikel yang menggunakan bahasa Inggeris kerana rata-rata blogger chinese tempatan lebih gemar membaca dalam bahasa Inggeris.

Tips menulis;

  • Gunakan bahasa percakapan seharian yang lebih rileks, dekat dihati dan mudah difahami
  • Pastikan artikel tersebut adalah sesuatu yang baru dan menarik untuk dibaca
  • Seboleh-bolehnya sesuatu artikel mestilah mempunyai lebih kurang 200 patah perkataan. Namun jika artikel tersebut adalah artikel yang lebih kepada gambar, kami masih boleh menerima artikel tersebut.
  • Pastikan gambar yang korang guna, mendapat kebenaran tuan punya gambar. Jika boleh sertakan sekali credit atau sumber gambar berkenaan.

2. Topik Berkaitan
Setakat ini, kami menerima sebarang topik yang berkaitan dengan;

  • Teknologi dan gadget
  • Tutorial Blog dan blogospehere
  • Grafik dan tutorial berkaitan grafik
  • Isu remaja dan cinta
  • Tips Kehidupan
  • Artikel Kelakar (Kartun, lawak, dan apa saja)
  • Atau ada sebarang pengumuman tentang aktiviti dan contest? Boleh juga di siarkan di sini!

3. Penghantaran
Format yang perlu dihantar adalah dalam bentuk .doc atau .docx (ditulis menggunakan Microsoft Word). Format HTML juga diterima.

Sila emailkan segala artikel, gambar dan file berkaitan ke fitrihadidotcom[at]gmail[dot]com. Artikel korang akan ditambah dengan gambar jika perlu dan akan diberitahu sebelum diterbitkan.

*Kami akan menghubungi korang dalam tempoh seminggu jika kami bersetuju untuk menerbitkan artikel tersebut di Fitrihadi.com. Sila sertakan nama penulis dan alamat blog untuk disiarkan bersama-sama artikel!

Tanpa bantuan dan kerjasama dari korang, maka tiadalah berdirinya Fitrihadi.com seperti sekarang ni. Terima kasih!

P/s: masih blur untuk meneruskan kerja-kerja blogging…

Related Posts with Thumbnails