Jul 142010
 

Malam tadi saya ke Sesi Gerak Ilmu yang di anjurkan oleh Kelab Al-Biruni. Adalah 1 setengah jam sesi tu walaupun masa sebenar diorang tulis dua jam. Dengan adanya kelab Al-Biruni ni, ia menjadikan UPM ni satu tempat yang istimewa untuk korang datang belajar di sini.

First impression yang saya dapat dalam sesi tu adalah Kelab Al-Biruni ni adalah sebuah kelab yang menolong mahasiswa melayu UPM untuk dapatkan CGPA 3.5 ke atas. Dan juga untuk dapatkan CGPA first class honour. Yupp memang betul pun. Ahli diorang semua super-superb!



Cuma apa yang nak dikongsikan disini adalah kelab Al-Biruni ni adalah sebuah kelab ‘ekslusif’ yang mana hanya pelajar yang mendapat 3.5 ke atas setiap semester je boleh join. Kalau kureng dari 3.5 memang kena buang jap sampailah korang boleh dapat CGPA 3.5 atau ke atas balik lepas tu.

Then apa yang menarik adalah Kelab Al-Biruni ni mendapat sokongan serta bantuan dari kerajaan Malaysia. Sebab apa? Sebab kelab ni memang memperjuangkan nasib dan reputasi orang melayu. Oh kelab ini untuk melayu je tau. Chinese dan Indian are not allowed. Sorry guys! ye lah. Korang kan dah pandai dan superb. So kitorang ni melayu kena dijaga supaya result kitorang akan lebih baik dari semester ke semester. Dilema pelajar dalam UPM ni adalah kalau terlalu aktif dalam ko-ku atau persatuan, result exam akan jatuh. Tu je!

Jadi, untuk maklumat lanjut korang boleh ke mini-site kelab Al-Biruni ni. Dengan adanya kelab Al-Biruni ni insyaallah result korang akan terjaga kalau korang ikut setiap tips dan nasihat yang diorang berikan. Bukan tu saja, korang yang layak join, akan dapat jadi tutor atau pemimpin untuk pimpin pelajar lain yang kurang berjaya.

Dan sikit tips yang saya dapat dari Sesi Gerak Ilmu tadi tu ialah kalau nak result korang 3.5 ke atas sampai habis pengajian, first semester korang mesti score gila-gila. Segala ko-ku dan aktiviti persatuan tu korang slow-slow dulu. Insyaallah kalau first semester dah dapat 3.5 ke atas, after that semester, pointer korang mesti susah nak jatuh. Percayalah. Tapi kena lah score gak. kalau tak score memang nangka busuk lah result korang :p

Ok? Tips ni pun sesuai untuk semua pelajar di universiti lain. Ingat plan ni korang kena start dari SEKARANG! bukan besok bukan minggu depan. Belajar bersungguh-sungguh dari sekarang! Apa yang penting? Kerjasama Dapatkan CGPA yang paling power dalam sem pertama. Ingat tu. Salam 1.15AM dari bilik tidur fitrihadi.com. Majulah blog untuk negara!

Yang suka warna biru,
– fitrihadi –
(Visited 34 times, 1 visits today)
LIHAT JUGA:  Universiti Putra Malaysia, Kolej Ke 6 UPM

Comments

  1. azuan says:

    aku la tue..peljar yg score sem satu sahaja wakaka….

  2. ReD says:

    mesti la mau support club type mcm ini…cemerlang woo! good luck Fit;)
    Latest Entry : Miliki Kereta Mengikut Umur Anda. Tengok Mana Yang Sempat Laaa…

  3. […] This post was mentioned on Twitter by Aisumi Chan Kawa'i. Aisumi Chan Kawa'i said: RT @fitrihadidotcom: salah satu keistimewaan blajar di upm http://fitrihadi.com/2010/07/kelab-al-biruni/ […]

  4. Ikin says:

    Waaaa..bestnya group macam tu..Sokong2!
    Gudluck!^^

  5. Wawa~* says:

    dulu2 saya pernah dapat award from this club… tp x penah join aktiviti dia, huhuhu… alhmdlillah ada klab2 mcm ni utk student2 melayu utk terus maju :)


LIKE KAMI DI FACEBOOK