Jul 242010
 

Cinta jarak jauh sememangnya suatu hubungan yang penuh dengan dugaan serta mainan perasaan. Tanpa ikatan yang sah, tanpa kepercayaan yang utuh mahupun rasa ikhlas dan tabah mungkin akan menyebabkan hubungan korang kecundang di tengah jalan.

Ingat tak lirik lagu Babe yang dinyanyikan oleh kumpulan KRU?

Sehari dua mungkin boleh ku harung
Masuk ketiga berlewah ku termenung
Selepas seminggu fikiran bercelaru
Meruap-ruap bimbangku

Dari lirik tersebut boleh kita katakan memang adat bagi orang bercinta ni untuk ada macam-macam perasaan yang kurang menyenangkan. Dan bagi yang manghadapi cinta jarak jauh lagilah 100 kali ganda beratnya berbanding yang bercinta jarak dekat ni.



Apakah masalah yang sering dihadapi dalam cinta jarak jauh?
  • Perasaan susah hati kerana merasakan pasangan akan curang
  • Rasa sunyi dan tiada teman istimewa
  • Rasa nak cari pasangan baru kerana sunyi
  • Hati makin sensitif lantas mudah bergaduh
  • Berasa rendah diri kerana tak dapat hadir dalam hidup pasangan sepanjang masa atau tak dapat membahagiakan pasangan

Oleh itu, korang sebagai pencinta agung perlulah mempunyai jati diri serta ketetapan hati yang kuat agar hubungan ini berakhir di jinjang pelamin. Sememangnya ia memerlukan pengorbanan dan kepercayaan yang tinggi.

berikut ada beberapa tips yang boleh dijadikan panduan agar korang dapat mengharung hidup-hidup ini yang jauh dari si dia;

  • sentiasa yakinkan dan buktikan bahawa dialah cinta korang yang satu
  • sentiasa berhubung tak kiralah melalui FB, e-mail, YM, sms atau telegram hehe. Untuk mengubati rindu masing-masing, sentiasalah bertukar gambar supaya ingatan kepada pasangan sentiasa bertaut kuat di minda.
  • Jangan lokek untuk mengeluarkan belanja dan belilah sesuatu serta poskan agar si dia terasa dihargai.
  • Tolong buang segala perasaan sunyi, syak wasangka serta perasaan negatif yang bersarang di hati. Jika dilihat, inilah penyebab utama kenapa cinta jarak jauh sering kecundang di tengah jalan.
  • Biasakan diri berjauhan darinya. Sibukkan diri agak agar kurang berfikir tentang si dia. tapi janganlah sampai lupakan terus. Ini dah jadi kes lupa daratan dah ni
LIHAT JUGA:  (Panas) Antara Perempuan Cantik Dan Perempuan Tak Cantik...

Sebenarnya tips tu semua takdelah susah kan? Apa yang penting adalah komitmen dari kedua-dua pasangan tu sendiri. Kalau ada sabar dan ikhlas di hati tu, insyaallah suatu hari nanti bersatu korang di atas pelamin menjadi raja dan ratu sehari.

Ingat apa yang selalu saya katakan tak kira di mana-mana blog dan ruangan komen tentang cinta; “Takkan ada cinta sejati selagi manusia tak berpuas hati dengan apa yang dia ada”

Yang kecundang di tengah jalan,
– errr… –

P/s: ada teguran atau tambahan info, sila tinggalkan di ruangan komen ye :)

(Visited 48 times, 1 visits today)

Comments

  1. fina fento says:

    mengalami..sakit sangat. haih.

    1. FITRIHADI says:

      ye ke??erm sabau je laa…nanti ada duit kahwin ar cepat2 hehe

  2. matun says:

    cinta jarak jauhku sudah berakhir..
    tggl kenangan je…jodoh x lme kn…
    urmmm…:(


LIKE KAMI DI FACEBOOK