Jul 122010
 

Salam,

So korang dah tau kan kenapa blog ni terbengkalai sekejap. Actually saya baru masuk UPM. So hari Sabtu adalah hari last orientasi universiti a.k.a Minggu Perkasa Putra 2010. Masuk je hari ahad rasa macam baru lepas habis exam terakhir untuk diploma. Memang lega gila. Hari ahad ni dengan aktiviti yang dah lama tak buat – lepas solat subuh terus tido sampai tengah hari haha buruk punya perangai :p

Tapi masa nak turun lunch tu ada my chinese friends ni nak outing gi Mid Valley Megamall. Sebab dah bosan gila, terus buat keputusan untuk follow diorang. My roomate pun ikut sekali sebab dia kena tinggal dengan kengkawan dia. Actually kawan kitorang tu dah gerak sejak awal pagi lagi untuk ke Mid. Jadi, bila dah my chinese friend ni nak gerak ke Mid, so kitorang pun follow lah. Saya pun ada hal nak dilangsaikan kat Mid tu.



Kat Mid Valley tu kitorang berpecah gak. Chinese with their business lah. Kalau nak angkut sekali rasanya tak sesuai kot. So saya and my roomate gi makan dulu sebab lunch tadi tak terbalas lagi. Dapat lah merasa one of my fav food; assorted meats noodle. Yang penting sizzling tu, baru best. Lepas dah kenyang, kitorang terus gerak gi kedai Maxis. Rasanya mesti korang taukan saya nak beli apa. hehe of course lah this kinda things.



Actually speed untuk broadband ni bergantung pada kepadatan pengguna dan signal coverage kat sesuatu kawasan tu. Dah cek kat Maxis punya map, dan area serdang ni memang Maxis dapat full coverage serta guna HSDPA untuk line tenet. Memang worth it lah buat masa sekarang ni.

Harga? Oh untuk pendaftaran just bayar RM100 je. Modem dapat FREE! Dan lepas dua jam dah boleh guna. Pakej yang saya ambik just pakej 3.0 GB je. Setiap bulan just bayar RM68. rasanya cukup lah untuk update blog serta blogwalking kat blog korang. kalau tak cukup boleh je online kat bangunan fakulti Sains Komputer (my faculty). Situ je dah ada dekat 10 wi-fi hotspot yang berbeza. pilih je mana satu. takpun online je kat mana-mana lab komputer yang kosong. lagi stable haha UPM memang best ar.

Nasihat saya sebelum pilih broadband adalah; survey ar dengan kawan-kawan dulu mana yang bagus untuk sesuatu kawasan tu. My roomate guna Celcom Broadband, dia kata asyik putus je. P1 lak seems like too mahal lah. So maxis je lah pilihan terbaik. So far saya guna takde lah ada masalah pun. harap kekal lah sampai bila-bila pun.

Dah habis daftar Maxis Broadband ni apa lagi, gi cari makanan ar nak tapau untuk dinner. Tapi sebab nk start kehidupan di universiti ni takleh makan banyak-banyak kena berjimat cermat. Apatah lagi bayangan PTPTN belum lagi muncul. alahai.. jadi better ambik makan yang sikit dan murah.


Inilah makanan yang kecik dan murah tu haha :p


Saja nak cuba resepi KFC yang terbaru. Biasalah saya ni kan promoter tak rasmi KFC, Mcd dan apa-apa yang sewaktu dengannya. Kena lah cuba apa-apa yang baru, tambah-tambah KFC Toasted Pocketful ni. Harga dia RM 7.15 je kalau beli ala carte. Kalau beli set punya dalam RM 9.50 kot. Memang superb ar rasa dia. Ada rasa rangup keropok, ayam, jagung, mayonis dan apa ntah lagi resepi rahsia dia. perghh heaven ar! KFC please gimme more!

Dah abis tapau tu pe lagi. Gi cari my chinese friends tu dan terus balik kolej. hoho berlalu satu hari ahad yang penuh sesak seperti dalam tren komuter. Alahai memang tin sardin betullah komuter ni. and smelly also.. aiyaaa :p


Ni lah my roomate yang giloss! Wajah terpaksa dirahsiakan! haha


Lepas ni ada lagi cerita pasal orientasi universiti yang lepas tu. Banyak gak nak cerita sebab ada pengalaman manis berlaku on me. hehe nanti ar. Nak pilih gambar yang best-best skit. See ya!

Yang malas basuh baju,
– fitrihadi –
(Visited 24 times, 1 visits today)
LIHAT JUGA:  Hibernating…

Comments

  1. toasted pocketful tuh mmg sedap….. i loike it…

    1. FITRIHADI says:

      memang sedap ar.rasa nk gi bli lg ar.jom blanja saya hehe

  2. azuan says:

    ukm la best…mane3 boleh online hahaa..

    aku ingat nk pkai celcom..nie tuk masa kt kg hehee

  3. ken says:

    is the maxis broadband good? =)

  4. syidashukor says:

    dah ada broadband phewitt ! :DD lepas ni boleh lah update blog salu :D

  5. Hazzy says:

    dapat roomate gilos, jgn jadi gilos macam dia dah le

    With Love,
    Gathering Geng Blogger 2010 Meriah dan Berinformasi

  6. zuhaimi zul says:

    dah ader berukband ek… semoga berukband anda tidak membawa stress melampau pada anda…hahahha

  7. ann says:

    aku pun guna maxis broadband..mmg berbaloi2 lah…

  8. Sir Marcello says:

    hahaha dah dapat kawan baru..
    belajar rajin2…

  9. Christine Jalleh says:

    Congratulations on getting in to USM :D What course are you majoring in?

    I used to work in the Serdang/Seri Kembangan/Kajang area. UPM campus is quite beautiful and big, right? Have you tried the Kajang satay yet?

    Why did you guys split up from your Chinese buddies? Since you ate at KFC, they would have joined you too. Go out with them againlah (next time together). Give it a try, ok?

    Have fun with uni life but DON’T FORGET TO STUDY! :D

  10. arek says:

    bende yg ko mkn tu mmg sedap lg sedap mkn panas2, da sejuk tak ranggup da..

  11. Ali ridha says:

    ohh Maxis broadband ye.aku guna dalam 3 bulan cam tu.

  12. Ali ridha says:

    lama dah aku tak de kawan cina.


LIKE KAMI DI FACEBOOK