Jun 202010
 

Sebenarnya penggunaan watermark ni adalah amat digalakkan supaya tak berlaku gambar yang penat-penat kita snap atau edit disalah gunakan oleh pihak lain. Selain mengurangkan risiko hotlinking gambar, watermark juga dapat menjadi bukti bahawa gambar tersebut adalah hak milik kita atau di edit sendiri oleh kita.

Faham kan fungsi watermark ni? Kalau tak faham boleh tengok contohnya dalam gambar ni.


Actually gambar ni gambar dari blog lama saya. (Klik2big)


Dulu-dulu guna nama fitra studio. Besa lah dulu bercita-cita tinggi nak ada online studio sendiri. Nanti ar lepas grad ke baru buka online editting studio. Amin..

Hah watermark tu ada kat bahagian kiri sebelah bawah tu. yang ada tulis Fitra Studio tu. Yang tu lah watermark. Kalau korang nak ada satu pun boleh je. Sekarang ni banyak website yang menyediakan aplikasi membuat watermark. Search je kat google semua ada. Tapi yang saya punya ni buat sendiri. Sebab tu buruk je.

Oh yang Fitra Studio tu dulu-dulu punya. But now, I’ve changed to the new one. Actually ada dua.. dan of course lah ada dua fungsi. Ini watermark pertama.



Watermark pertama ni saya gunakan untuk gambar-gambar yang saya edit macam letak dialog, edit kaler, contrast, brightness, superimpose, kartun dan sebagainya yang memerlukan saya guna banyak tool photoshop.

Dan watermark yang kedua lak…


Watermark kedua ni saya gunakan untuk gambar-gambar yang saya tak edit dan untuk gambar pure yang terus diletakkan dalam my blog. Oh FYI, gambar-gambar yang saya guna tu, sama ada datang dari album gambar saya sendiri atau pun dari Google Image. Tapi kebanyakannya saya banyak ambik dari google image ar.. banyak skit pilihan…

Nampak tak perbezaan kedua-dua watermark tu. A’ah yang pertama tu ‘Editted by Fitrihadi.com’ dan yang kedua lak ‘I Love To Read Fitrihadi.com’. Kedua-duanya tu ada fungsi yang tersendiri.

Kenapa ada dua? Mungkin sebab dari dulu lagi, saya suka edit gambar dan tak nak orang lain curi hasil kerja saya jadi mesti ada watermark ‘editted by’ tu. Tapi kengkadang malas gak nak edit terus tempek je kat blog. Sebab tu ada watermark yang kedua tu. kalau hanya ada salah satu dari dua watermark tu mesti akan ada yang pertikaikan gambar tu.

Ye la kalau ada watermark ‘editted by’ je pastu letak kat gambar yang saya tak edit, pelik ar kan. Begitulah jugak kalau hanya ada watermark ‘I love to read’ tu je, kalau letak kat gambar yang saya edit, mesti orang akan kata itu orang lain edit. That’s why lah..

Oh dan ada lagi satu watermark yang tak perlu letak fitrihadi.com tu tapi ianya saya sendiri yang edit dan reka. Tengok contoh bawah ni yang diambil dari Page Contest2U.



A’ah watermark yang saya maksudkan tu ialah kotak dialog tu. antara ciri-ciri yang korang dapat kenal ialah:
1. Kotak dialog tersebut berwarna hitam sehitam-hitamnya
2. Dan border/framenya pulak berwarna hijau sama macam kaler watermark fitrihadi.com tu.
3. Dan akhir sekali perkataannya berwarna hijau sama macam warna border/frame kotak dialog tu.

Perasan tak mamat gelap yang ada border berkaler tu. Itu sebenarnya ‘Shy Guy‘. My mascot untuk blog lama dulu. Kerana dialah saya menang tiket MAS tu dan macam-macam lagi. Tapi semenjak berpindah ke WP ni, saya belum ajak dia pindah ke sini secara rasminya lagi. Adess… nanti lah i’ll invite him to be the mascot of this blog.


Actually I hate him hahaha


So itu sahaja entry soh seh soh seh kali ni. Terasa nostalgia lak bila cerita pasal blog lama kat sini. Selamat beristirehat di hujung minggu! Chill! :)

Yang sentiasa pendiam,
– fitrihadi –
(Visited 75 times, 1 visits today)
LIHAT JUGA:  Fitrihadi.com Officially Launched!

Comments

  1. […] untuk memudahkan orang nak kenal blog tu. Selain nak cari kelainan melalui logo, boleh jugak buat watermark dan trademark korang yang tersendiri. Supaya, senang dan jelas bagi pembaca korang nak kenal blog korang. Apa […]


LIKE KAMI DI FACEBOOK