Jun 182010
 

Dah Upgrade Ke WordPress 3.0 yang lebih gempak? Belum? Ini ada sebab kenapa korang perlu upgrade ke wordpress 3.0. Default theme untuk wordpress 3.0 iaitu theme Twenty Ten nampak macam power je. Bagus untuk mencuba segala function dan design layout secara OPTIMUM dan MAKSIMUM. Cuba tengok contoh theme twenty ten ni. Compact, slim dan padat!


Klik untuk besarkan.


Apa yang bestnya theme Twenty Ten ni?

Pertama; Boleh pilih gambar untuk header dengan mudah!



Sama ada korang pilih dari yang sedia ada atau pun yang korang upload sendiri dari komputer korang (pilihan sendiri lah..). Dan yang best setiap entry korang boleh set nak guna header yang korang set untuk homepage ataupun header yang berlainan. hah best kan?

Kedua; boleh tukar background page dengan mudah!



Korang boleh pilih sama ada nak letak gambar atau pun pilih kaler je. dan yang lagi menarik inilah theme pertama yang menggunakan editing background page yang mesra pengguna. Senang untuk korang pilih atau upload gambar backgrounf tu, nak set sendiri kat mana nak letak background picture tu atau nak set gambar tu berulang atau seketul je kat background blog korang tu.

Ketiga; drop down menu yang mudah



Walaupun masih agak biasa designnya tapi masih mudah untuk korang set drop down menu tu. dan tak perlu susah2 macam versi terdahulu. hanya drag and drop je untuk letak menu tu di bawah mana-mana menu.

Keempat; setting style untuk frontpage blog korang



Sama ada korang guna ‘Aside’ iaitu homepage yang hanya ada perkataan untuk snippet(ringkasan) entry korang atau ‘Gallery’ yang mana ada seketul gambar untuk setiap snippet entry korang serta ada button ‘more gallery’ untuk tengok hanya gambar-gambar yang ada dalam entry tu tanpa pembacaan. Actually korang boleh letak kategori setiap entry korang sama ada ‘Aside’ untuk entry yang hanya ada penulisan atau ‘Gallery’ untuk entry yang ada banyak gambar.

Kelima; Editor style yang baru



Preview untuk theme Twenty Ten ni akan menunjukkan preview yang lebih real dengan setting theme korang. bukannya preview yang lebih kepada default font wordpress.. faham ke? erkk guna lah dulu baru korang faham..

Keenam; one atau two column page

Errr actually theme mistique yang saya guna pun ada function ni. Korang boleh set sama ada korang nak tunjuk page tu tanpa ada sidebar atau ada sidebar.

Ketujuh; lebih widget area

Ada penambahan dua ruang untuk widget seperti footer yang mana ada 4 ruang untuk widget. Bagus untuk korang yang gila widget ek..

Dan banyak lagi feature yang best-best disediakan untuk pengguna theme Twenty Ten ni! Kalau korang tengok video tentang wordpress 3.0 ni, memang sesiapa pun akan tertarik untuk upgrade ke wordpress 3.0.



Tapi apa pun kalau rasa belum bersedia untuk upgrade pun takpe. ye lah mungkin kebanyakan plugin dan theme yang korang guna tak support wordpress 3.0. Tapi kalau nak guna default theme Twenty Ten ni dengan plugin sikit boleh upgrade dulu.

Saya belum lagi kot sebab tak berapa ready lagi untuk menerima wordpress 3.0. kang rosak blog ni, naya! nak backup dulu. Adess. Jadi terpulang pada korang nak upgrade ke tak. Yang penting blogging mesti diteruskan. Naikkan martabat blogger sebagai tempat perkongsian ilmu yang mantap di Malaysia mahupun di dunia! oh semangat gilerr..

Yang tak suka layout blog sendiri,
– fitrihadi –
(Visited 18 times, 1 visits today)
LIHAT JUGA:  (Review) Lenovo Ideapad Z400 Touch Screen

Comments

  1. Wan Perlis says:

    aku pun tak upgrade lagi ni
    nak kena tanya kpd yg xpert dulu

    1. FITRIHADI says:

      a’ah baik tunggu jap..tunggu semua plug ins dah theme tu dah update baru kita bleh upgrade

  2. izharyahya says:

    ye..same.masih xready nak upgrade.huhu

    1. FITRIHADI says:

      a’ah nak upgrade boleh je. tapi pastikan dah buat full backup dan jugak pastikan semua plugins dan theme tu dah ada update untuk wp 3.0

  3. A-Y-I-E says:

    ok bro.. aku skg ni pakai theme mainstream.. kalau aku bertukar theme.. adakah plugin-plugin aku akan hilang???

    1. FITRIHADI says:

      plugin tak hilang..tapi widget kat sidebar tu maybe akan hilang kalau tukar theme..jadi kena save coding setiap widget tu..


LIKE KAMI DI FACEBOOK